Isu pembangunan kawasan lereng bukit di negeri ini akan dibangkitkan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bulan depan bagi menggesa kerajaan negeri pimpinan DAP menghentikan segera projek-projek pembangunan di lereng bukit.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Muhamad Farid Saad berkata projek-projek pembangunan berkenaan perlu dihentikan bagi membolehkan kajian terperinci dijalankan terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat daripada kejadian tanah runtuh.
"Semua pembangunan di lereng bukit perlu dihentikan serta merta sehingga pihak pemaju menyediakan pelan penyuraian air dan pelan pengukuhan tanah lereng bukit yang berkait secara langsung dengan cadangan pembangunan.
"Saya telah menghantar cadangan usul itu kepada Speaker Dewan dan berharap Speaker meluluskannya untuk dibentang dan dibahaskan pada sidang Dewan akan datang November ini," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Muhammad Farid ditemui ketika meninjau keadaan di kawasan tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai di Tanjung Bungah di sini, yang menyebabkan 11 pekerja projek pembinaan rumah mampu milik itu tertimbus. Setakat ini tujuh ditemukan mati manakala usaha mencari dan menyelamat empat lagi giat dijalankan.
Turut meninjau keadaan di kawasan itu Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid yang juga wakil rakyat kawasan Teluk Air Tawar.
Muhamad Farid berkata usul itu bukan pertama kali dibawa ke sidang dewan, malah wakil daripada DAP sendiri iaitu ADUN Tanjung Bungah Teh Yee Cheu telah beberapa kali membangkitkannya namun kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan.
"Kerajaan negeri seolah-olah pekak dan mengalami sindrom penafian semata-mata sebab itu mereka langsung tidak peduli bantahan daripada kami (wakil rakyat BN), pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk yang membantah pembangunan projek di lereng bukit.
"Mereka menganggap tidak serius, tetapi semalam kita sendiri lihat alam marah pada kita," katanya.
Beliau berkata semua pembangunan di tanah bukit pada ketinggian melebihi 75 meter juga sepatutnya tidak dibenarkan dalam keadaan apa sekali pun dan sebarang kelulusan untuk pembangunan hendaklah selaras serta mematuhi Rancangan Struktur Negeri Pulau Pinang 2020.
Sementara itu, Ketua Pemuda BN negeri Hng Chee Wey berkata kerajaan negeri seharusnya mengkaji semula garis panduan kebenaran kepada pemaju untuk melakukan projek pembinaan di kawasan lereng bukit.
"Ini bukan sahaja soal over-development, tapi ini kerana kejadian ini telah mengorbankan banyak nyawa, walaupun mereka bukan warganegara.
"Pada masa yang sama tahap keselamatan di tapak-tapak projek pembinaan ketika ini perlu dikenal pasti bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini.
Ketua Bahagian MCA Bukit Bendera Tang Heap Seng pula meminta kerajaan negeri menjalankan siasatan penuh berkaitan insiden itu dengan segera.
"Kami sedia untuk membantu operasi mencari dan menyelamat dalam apa jua cara yang diperlukan.. dalam saat seperti ini fahaman politik harus diketepikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2017
MUHAMAD FARID: Mereka menganggap tidak serius, tetapi semalam kita sendiri lihat alam marah pada kita. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Muhyiddin jumpa RoS pada Isnin berhubung pindaan Perlembagaan Bersatu
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bertemu dengan pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) Isnin ini berhubung pindaan perlembagaan parti itu.
ADUN Jepak meninggal dunia
Jenazah Allahyarham akan diuruskan di Kompleks Pusara Islam Semariang pada jam 7.15 malam sebelum dikebumikan sekitar jam 9 malam.
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
40 ADUN Pulau Pinang angkat sumpah 29 Ogos - Ketua Menteri
Sebanyak 40 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang dijadual mengangkat sumpah pada 29 Ogos ini di bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
Panglima perang bakal MB Kelantan?
Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dikatakan sudah mengadap ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhamad ke lima pagi tadi.
PRN: Calon veteran diganti orang muda perkara biasa dalam parti - Teo
Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP Teo Nie Ching berkata pertukaran calon veteran kepada calon muda pada pilihan raya, merupakan perkara biasa dalam mana-mana parti.
PRN Kedah: 'Gelombang hijau' masih bergelora atau bakal berubah?
Status Kedah sebagai 'swing state' atau senario politik negeri sering berubah, bakal ditentukan pada PRN kali ini.
DUN Sabah lulus RUU Antilompat Parti
DUN Sabah meluluskan Rang Undang-undang Perlembagaan Negeri Sabah (Pindaan) 2023 berkaitan antilompat parti.
Kerajaan Perak stabil, 'very bad' kalau Pesuruhjaya Pas bohong - Saarani
Saarani minta semua pihak berpolitik secara bertanggungjawab dan tidak mencetuskan polemik yang tidak bermanfaat, hanya mengundang resah.