Tugas menerapkan nilai-nilai murni dan keperibadian mulia perlu dipikul oleh sistem persekolahan.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata ia merupakan satu strategi daya saing negara bagi memastikan generasi seterusnya berilmu dan dalam masa yang sama tidak menyalahgunakan ilmu yang ada.

"Kita boleh cipta itu, cipta ini, tetapi kalau kita tidak beri perhatian dengan jenis ilmu, mungkin manusia itu tidak sesuai dengan ilmu yang diperolehinya.

"Kalau seseorang tidak ada nilai-nilai murni dan mempunyai pemikiran jenayah dia akan salah guna ilmu yang ada padanya.

"Kalau dahulu kita dapat maklumat ini (nilai-nilai murni) dari ibu bapa, tetapi sekarang ibu bapa bekerja, dan tugas menerapkan nilai-nilai murni perlu pindah kepada sistem persekolahan untuk membentuk peribadi mulia," katanya dalam program Bicara Khas TV1 RTM pada Isnin malam.