Polis Sabah menyelamatkan tiga wanita warga asing daripada menjadi mangsa aktiviti pemerdagangan orang dan eksploitasi seks di Sandakan petang semalam.
Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Razarudin Husain berkata, ketiga-tiga wanita yang berumur antara 15 hingga 17 tahun itu diselamatkan di sebuah hotel selepas polis menyerbu hotel itu hasil maklumat awam.
Katanya polis juga menahan seorang lelaki warga asing berumur 18 tahun yang memiliki pasport dipercayai penjaga kepada wanita berkenaan.
"Tangkapan (suspek) dibuat kira-kira 6 petang semalam. Kita juga ada merampas wang tunai kira-kira RM300 daripada suspek lelaki berkenaan. Kesemua wanita ini masih ditahan dan akan dihantar ke pusat perlindungan," katanya.
Razarudin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis serah terima motosikal di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.
Pada majlis itu, Razarudin menerima 39 unit motosikal daripada Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Mahamad Akhir Darus.
Motosikal berkenaan akan diagihkan ke seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di seluruh Sabah untuk kegunaan anggota polis trafik dan anggota di bahagian siasatan jenayah.
Menurut Razarudin walaupun kes berkenaan masih dalam siasatan namun pihaknya tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan akan dijadikan mangsa exploitasi seks.
Katanya kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007.
"Suspek ini mungkin sebagai penjaga. Umur pun baru 18 tahun. Jadi siasatan akan menjurus kepada orang yang sepatutnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 11 2017
Polis Sabah menyelamatkan tiga wanita warga asing daripada menjadi mangsa aktiviti pemerdagangan orang dan eksploitasi seks di Sandakan petang semalam. -Gambar hiasan
Piala Asia B-23: Indonesia hantar Korea Selatan pulang dari Qatar 2024
Penjaga gol Garuda Muda, Ernando Ari muncul wira selepas menafikan dua sepakan penalti bagi mengakhiri cabaran Young Taegeuk Warriors.
LATAR umum penutupan sementara persimpangan Ijok, Puncak Alam
Penutupan itu untuk memberi laluan kepada kerja-kerja pemasangan rasuk jambatan bagi menyiapkan persimpangan Eco Business Park V.
Sirah Nabi Muhammad SAW akan ‘lebih hidup’ selepas ini…
Penerokaan teknologi ini yang dibuat kerajaan Arab Saudi mampu mencambah pemahaman umat Islam yang mengunjunginya.
Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
AWANI Pagi: Kesan kesihatan makan lewat malam
Benarkah dakwaan makan lewat malam boleh mengakibatkan masalah kesihatan dan obesiti, hingga wujud desakan kedai makan 24 jam dilarang beroperasi 24 jam? Ikuti penjelasannya bersama Prof Dr Norhasmah Sulaiman, Profesor Jabatan Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains, Kesihatan Universiti Putra Malaysia.
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.
Ruhainies mohon maaf kepada Bella Astillah, luah hasrat untuk bertemu
"Dengan rasa rendah hati, saya ingin mohon maaf kepada Bella Astillah atas segalanya yang telah berlaku."
Universiti perlu tapis aktiviti namun tidak sehingga ganggu keterbukaan, autonomi - Pakar
Abu Hafiz berpandangan ia perlu dilaksana bagi mengelakkan kontroversi khususnya membabitkan isu sensitif serta polisi negara.
'Man Kubur' tolak rasa malu, teruskan legasi ayah hasilkan kepok kubur
Dikman mengakui minat terhadap pembuatan kepok timbul sejak di bangku sekolah rendah lagi apabila sering membantu bapanya di bengkel.
UTM lancar Hab Malaysia Erasmus+
Ia bermatlamat meningkatkan kerjasama antara universiti dan diplomat yang mampu memberi panduan kepada pihak dalam sektor pendidikan tinggi.
Ibu dan anak antara didakwa eksploitasi wanita untuk seks
Seorang ibu dan anak lelakinya bersama seorang wanita warga Indonesia dituduh memperdagangkan dua wanita bagi tujuan eksploitasi seks.
Perdagang wanita untuk eksploitasi seks: Buruh tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang buruh binaan yang didakwa memperdagang seorang wanita berusia 29 tahun bagi tujuan eksploitasi seks pada 11 Mac lepas hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Peniaga mengaku tidak bersalah perdagang dua wanita untuk seks
Seorang peniaga hari ini mengaku tidak memperdagangkan dua wanita warga Indonesia bagi tujuan eksploitasi seks di Bahau, Jempol.
Ibu kandung, bapa tiri didakwa eksploitasi seks anak perempuan OKU
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah atas kesalahan memperdagangkan anak perempuan OKU mereka bagi tujuan eksploitasi seks.
Dikurung dan dipaksa lakukan seks, tiga suspek termasuk dua wanita asing ditahan
Polis menahan tiga individu termasuk dua wanita warga Tanzania selepas dipercayai memperdagangkan rakan senegara mereka untuk tujuan eksploitasi seks.
Dua wanita warga asing mangsa eksploitasi seks diselamatkan
Wanita berusia 27 dan 28 tahun itu diselamatkan di sebuah hotel di Bayan Lepas.
Rogol warga Mongolia: PDRM tidak kompromi anggota terbabit jenayah
Huzir berkata pihaknya telah menerima arahan Jabatan Peguam Negara untuk menuduh pegawai berpangkat Inspektor itu selepas dua kertas siasatan dibuka iaitu ATIPSOM 2007 dan Kanun Keseksaan.
Inspektor tidak mengaku bersalah perdagang dua wanita Mongolia
Hazrul Hizham Ghazali bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Tiga wanita asing terselamat daripada jadi mangsa pemerdagangan orang
Wanita yang berumur antara 15 hingga 17 tahun itu diselamatkan di sebuah hotel selepas polis menyerbu hotel itu hasil maklumat awam.
Pekerja spa didakwa perdagang dua beradik untuk eksploitasi seks
Lor Weng Thye, 35, mengaku tidak bersalah ketika kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.