Pas juga mengharapkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak meminggirkan Kelantan dan Terengganu seperti yang dilakukan oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Untuk itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas mengharapkan royalti Petroleum dikembalikan kepada Kelantan dan Terengganu seperti yang dijanjikan dalam manifesto (PH).

"Kita harap apa yang Pakatan Harapan janjikan dalam manifesto mereka akan dikotakan sekali gus tidak meminggirkan Kelantan dan Terengganu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Kesyukuran Kemenangan Pas di Parlimen Kubang Kerian di sini hari ini.