Rakaman video seorang wanita yang mecurigakan sedang menabur sesuatu di hadapan sebuah kedai yang ditutup, telah viral di media sosial.

Video yang dimuat naik di laman Facebook Kelab Penjejak Alam Mistik/Ghaib semalam, mula mendapat perhatian pengguna media sosial.

Berdasarkan rakaman video tersebut, seorang wanita bertudung dilihat duduk di hadapan kedai berkenaan dalam keadaan yang mencurigakan.

Wanita tersebut kemudian mengeluarkan sesuatu yang menyerupai pasir hitam dari beg tangannnya, sebelum menabur di hadapan kedai berkenaan.

Tindakan ini jelas dirakam menerusi kamera litar tertutup yang dipasang di hadapan kedai tersebut.

Walaupun lokasi kejadian tidak dinyatakan, tetapi ia mengundang kemarahan netizen.

Hal ini kerana, mereka mempercayai bahawa wanita tersebut sedang menggunakan ilmu hitam terhadap pemilik kedai tersebut.

Mereka turut menyifatkan perbuatan itu sebagai ‘tidak masuk akal’ dan menyeru agar pihak terbabit tidak melakukan sesuatu atas sebab dengki atau cemburu.

Seorang pengguna, Mar Daus berkata, “Sifat seorang manusia yang mempunyai hasrat dengki apabila melihat orang lain bahagia.”

“Kes dengki, cemburu, dan tidak panjang akal. Banyak orang macam ini. Itulah sebab kita susah nak maju apatah lagi nak bantu pulihkan ekonomi negara.

“Tak payah kata negara, ekonomi keluarga/setempat pun tidak maju lagi,” kata Ver Benn.

Namun, masih belum ada sebarang pengesahan atas insiden ini.