Wanita UMNO Pahang mencadangkan kerajaan mewujudkan pusat pemulihan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai usaha membawa mereka kembali ke pangkal jalan.
Ketuanya, Datuk Siti Hajar Mubin optimis kerajaan mampu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membantu golongan itu kerana hukum Islam tidak boleh dikompromi.
Wanita UMNO Pahang menolak sekeras-kerasnya cadangan kumpulan penyokong LGBT supaya golongan itu diiktiraf bagi memudahkan mereka mendapat pembelaan dan dapat memperjuangkan hak mereka yang didakwa sebagai hak kebebasan manusia.
"LGBT ialah satu kumpulan yang membentuk satu badan bebas di luar negara untuk membantu dan memperjuangkan golongan yang mengalami kecelaruan gender.
"Kumpulan ini telah mencabar kedaulatan undang-undang negara dan Islam sebagai agama persekutuan seperti mahu memansuhkan pengharaman liwat dan seks songsang, katanya pada sidang media selepas menghadiri program Sukarelawan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Wanita Islam dan Parti Politik Solidariti Tolak LGBT di Dewan UMNO Temerloh di sini, hari ini.
"Usaha ini dilihat semakin berhasil apabila suara dan permintaan mereka mendapat perhatian dan layanan atas dasar menyantuni golongan transgender... pengiktirafan ini bermakna menggalakkan ia berkembang dan tidak mustahil mereka akan menuntut perkara lain selepas ini," katanya.
Siti Hajar berkata, Wanita UMNO tidak mendiskriminasikan golongan LGBT dan masih menghormati mereka, namun terdapat perkara yang tidak boleh dihalalkan.
Turut hadir pada majlis itu ialah Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin, yang juga Anggota Parlimen Temerloh, dan program sehari itu disertai 500 sukarelawan dari seluruh Pahang. -- Bernama
Bernama
Fri Aug 17 2018
optimis kerajaan mampu mencari jalan penyelesaian terbaik untuk membantu golongan LGBT kerana hukum Islam tidak boleh dikompromi. - Facebook/Siti Hajar Mubin
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
MB zahir terima kasih atas komitmen PM bangunkan Kedah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menzahirkan ucapan terima kasih dan penghargaan di atas kesediaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendengar dan meluluskan permintaan Kedah berkaitan projek-projek pembangunan di negeri ini.
PM arah TPM cari solusi tingkat pelajar TVET
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut meminta TPM, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk mencari jalan penyelesaian dalam menangani kekurangan pelajar TVET bagi memeuhi permintaan industri berteknologi tinggi.
Masalah di Kedah selesai dalam tempoh dua bulan- PM
Kerajaan Persekutuan memberikan komitmen untuk menoktahkan masalah miskin tegar membabitlan 2,500 keluarga di negeri Kedah dalam tempoh dua bulan.
China padam impian Malaysia beraksi di pentas final
Hasrat Malaysia untuk menamatkan kemarau 32 tahun menjulang Piala Thomas tidak kesampaian apabila tewas kepada tuan rumah China, 1-3 dalam aksi suku akhir edisi 2024.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 4 Mei 2024.
14 terkorban, banjir dan tanah runtuh di Sulawesi Selatan
Pasukan mencari dan menyelamat kebangsaan Indonesia (Basarnas) mengesahkan 14 terkorban susulan banjir dan tanah runtuh yang melanda Kabupaten Luwu di wilayah Sulawesi Selatan pada Jumaat.
Iraq luluskan RUU anti-LGBTQ
PARLIMEN Iraq pada Sabtu meluluskan rang undang-undang (RUU) yang menjenayahkan hubungan sejenis.
PKR tak pernah jadi ahli Liberal International, tak setuju LGBT, Israel - Anwar
Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah menjadi ahli kepada pertubuhan Liberal International (LI) seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pendirian kerajaan jelas, tidak terima LGBT - Mohd Na'im
Kerajaan berpendirian tegas tidak menerima sebarang aktiviti berkaitan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) khususnya dalam kalangan masyarakat Islam.
Jakim pandang serius usaha promosi buku dorong anak-anak terpengaruh budaya LGBT
Jakim memandang serius sebarang usaha mempromosi buku yang boleh mendorong anak-anak terpengaruh dengan budaya lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Kumpulan The 1975 diarah bayar denda RM12.3 juta kepada penganjur
Denda itu dikenakan susulan dakwaan pelanggaran kontrak yang dikaitkan dengan persembahan kontroversi mereka di Malaysia bulan lepas.
LGBT: Kertas siasatan pengikut ajaran 'The Ahmadi' ke Pejabat Peguam Negara
Kertas siasatan terhadap lapan pengikut fahaman The Ahmadi yang melakukan perhimpunan berkaitan hak-hak LGBT di depan Sogo, telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara semalam.
JAWI siasat himpunan LGBT, ajaran Ahmadi - Menteri Agama
JAWI telah melakukan siasatan terhadap kumpulan yang membawa sepanduk berkaitan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dan ajaran Ahmadi di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur Sabtu lalu.
GVF23: Fahmi nafi arah cipta naratif jahat terhadap Pas, selar sebaran poster fitnah
Fahmi berkata beliau telah mengambil tindakan segera dengan mengutuk keras aksi biadab The 1975 di Twitter.
Mufti Pulau Pinang pertahan tindakan KKD batal Festival Good Vibes
KKD berhak membatalkan Festival Good Vibes 2023 susulan aksi dan kenyataan biadab kumpulan dari United Kingdom 'The 1975' ketika persembahan di SIC, Sepang, Jumaat lepas.
Good Vibes Festival: Kerajaan cari solusi bantu artis, vendor tidak dibayar - Fahmi
MyCreative Ventures cari solusi terbaik bagi membantu artis tempatan dan vendor yang tidak mendapat bayaran susulan pembatalan Good Vibes Festival.