Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengingatkan parti-parti pembangkang agar membincangkan sebarang pandangan melalui semangat muafakat.

Jelasnya, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk bersaing memberikan kenyataan sesama parti pembangkang, sebaliknya meletakkan kepentingan parti dan negara.

"Saya mengingatkan parti-parti pembangkang agar membincangkan pandangan secara muafakat. Sekiranya ada pandangan kita perlu bincang.

"Pada ketika ini tiada keperluan untuk bersaing dari segi kenyataan. Saya anjurkan supaya semua parti duduk berbincang dan meletak kepentingan negara lebih daripada kepentingan kepartian," kepada media selepas merasmikan Majlis Menyemarak Inisiatif Peduli Rakyat di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan Setiausaha Agong Pas, Datuk Takiyuddin Hassan yang berkata penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam Pakatan Harapan meletakkan parti itu dalam sebuah pakatan yang masih belum tentu arah tujunya.

Jelasnya lagi, hubungan Pas dan PKR masih baik seperti sebelum ini.

"Hubungan Pas dan PKR baik dan kita ambil sikap untuk bincang dengan Pas sejak dari zaman reformasi lagi.

"Jika ada perbezaan pendapat mesti selesai secara rundingan. Sebelum ini pun kita selesai melalui muafakat," katanya lagi.