Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata, hudud yang dicadangkan oleh PAS bukanlah hudud yang Islamik sebaliknya ia adalah 'hudud PAS'.
Katanya tujuan parti itu melaksanakan hukum tersebut bukanlah atas nama Islam tetapi kerana hendak meraih sokongan pada pilihan raya umum akan datang.
"Hudud yang dicadangkan PAS bukan hudud Islamik, tetapi hudud PAS kerana ianya (bersifat) tidak adil.
"Apa niat PAS? Ia bukannya kerana Islam tetapi kerana hendak memenangi pilihan raya," kata Dr Mahathir pada sidang media selepas menghadiri sebuah forum di Cyberjaya pada Sabtu.
Menurutnya, hukum itu tidak adil kerana apabila ianya melibatkan seorang Islam dan bukan Islam, kedua-duanya tidak menerima hukuman yang sama adil.
"Apabila seorang Islam dan bukan Islam dihukum kerana mencuri, seorang dipotong tangan tetapi seorang lagi hanya dipenjara dua bulan... adilkah itu?
"Ia satu undang-undang yang tidak adil... dan jika ianya tidak adil, ia bukan Islamik," tegasnya.
Selain itu, beliau juga berkata hukuman rejam sampai mati yang terkandung dalam 'hudud PAS' itu tidak disebut di dalam Al-Quran.
Tambah Dr Mahathir lagi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Kelantan yang menyokong enakmen tersebut semasa ia dibentangkan juga tidak tahu yang mereka sokong sebenarnya.
Katanya lagi, 'hudud PAS' itu salah dan tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana Malaysia adalah sebuah negara majmuk.
Haider Yutim
Sat Apr 04 2015
Dr Mahathir berkata, berkata hukuman rejam sampai mati yang terkandung dalam 'hudud PAS' itu tidak disebut di dalam Al-Quran.
Sock Tao nafi kempen PH langgar akta
Pang Sock Tao menafikan pihaknya melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 ketika berkempen seperti didakwa pembangkang.
YouTube perkenal ciri 'Jump Ahead', langkau terus ke bahagian menarik
Jump Ahead yang telah diuji sejak beberapa bulan yang lalu membolehkan penonton terus melangkau ke bahagian yang menarik di dalam video mengikut pola tontonan pengguna yang lain.
Lelaki kekal dilepas dan dibebaskan tuduhan rogol budak umur 4 tahun
Mahkamah Tinggi mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang membebas dan melepaskan seorang lelaki daripada tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang kanak-kanak.
[TERKINI] Reaksi peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional
Bersama kita di dalam talian Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid, untuk memberi pandangan secara terus berkenaan dengan pelancaran Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS).
[TERKINI] Majlis Peluncuran Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim & Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki hadir ke Majlis Peluncuran Strategi Pembenterasan Rasuah Nasional (National Anti-Corruption Strategy [NACS]) Anjuran SPRM di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC), Putrajaya.
Kerajaan tegas tak benarkan mana-mana syarikat berdaftar di Israel berada di Malaysia – PM Anwar
Lockheed Martin dan BAE System tidak berdaftar di Israel sepertimana syarikat perkapalan ZIM.
Apple sedang bangunkan cip kendiri untuk jalankan perisian AI
Cip AI kendiri ini akan digunakan di pusat data Apple dengan ini
Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan
Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.
AWANI Ringkas: Proton catat pertumbuhan 17.1% untuk April
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
BJAK masih tawar khidmat pembaharuan cukai jalan, caj pembekal rasmi JPJ ditanggung
JPJ memandang serius kandungan iklan BJAK berhubung perkhidmatan urus niaga pembaharuan LKM secara online yang ditawarkan kepada orang awam.
Wanita antara dua ditahan selepas lebih 20 kereta peronda polis ekori mereka
Polis menahan dua individu selepas lebih 20 buah kereta peronda polis mengejar mereka kira-kira 50 kilometer, selepas lari dari pemeriksaan di Jalan Utara, Petaling Jaya menghala ke Cyberjaya.
Cyberjaya jadi pusat data, isu kelestarian perlu ditangani - Cyberview
Permintaan yang sentiasa meningkat menjadikan pusat data sebagai tulang belakang pada era digital.
Sistem penyejukan berpusat di Cyberjaya, kurangkan pelepasan 7,000 tan karbon dioksida setahun
Sistem penyejukan berpusat yang dilaksanakan sejak 1999 itu, digunakan di lebih 46 bangunan di Cyberjaya setakat ini.
Ibu muda didakwa bunuh anak 18 bulan
Umishahirah Khalid yang kelihatan sugul mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.
Pameran Kejuruteraan Sains Kuala Lumpur julung kali berlangsung di Cyberjaya
Pameran berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan metametik (STEM) itu juga diadakan secara hibrid di beberapa tempat berbeza.
Projek bekalan kuasa di Cyberjaya, selari cita-cita jadi negeri pintar - MB Selangor
Pembangunan projek bekalan kuasa dan inisiatif tenaga boleh baharu di Cyberjaya, dekat sini, dilihat selari dengan cita-cita Selangor menjadi negeri pintar menjelang 2025, kata Menteri Besar Selangor
Cyberjaya jadi tumpuan syarikat teknologi perluas, manfaat pendigitalan
Ia dilihat memanfaatkan para pemain teknologi, pemilik hartanah, penyewa dan penduduk setempat selain turut memangkin perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
Sindiket penipuan tawaran kerja di Cyberjaya tumpas
Mangsa sindiket dikatakan perlu menjadi jurujual produk dengan tawaran gaji lumayan dan komisen sampingan.
Kontraktor mengaku tidak bersalah tiga pertuduhan cabul di Tamarind Square, Cyberjaya
Fariz Sollehim Mohamed, 20, membuat pengakuan itu selepas tiga pertuduhan berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Ayuni Izzati Sulaiman di Mahkamah Majistret Sepang di sini.
Penghantar makanan ditahan cabul dua wanita di Tamarind Square
Polis hari ini menahan seorang khidmat penghantar makanan yang disyaki terlibat dalam dua kes mencabul wanita di kawasan parkir pusat komersial Tamarind Square, di sini, petang semalam.