Walaupun ada usul dan gesaan dari Angkatan Muda Keadilan (AMK) pada Kongress Nasional AMK semalam supaya exco Pas di Selangor melepaskan jawatan.

Naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kesemua mereka mempunyai tugas dan agenda untuk mempertahankan Islam.

“Dia nak provokasi, biarlah... kita kekal dengan keputusan kita dengan alasan yang besar iaitu agenda Islam.

“Kalau kita keluar mungkin agenda Islam tidak dipedulikan sebab kita tahu DAP bukan parti Islam.. dia tak bercakap soal Islam, PKR pun tak mengaku dia parti Islam.

“Siapa yang akan ambil berat tentang kedudukan Islam kalau Pas tak ada? Itu alasan besar kita. Nak desak, desak lah… hak kita (untuk) berkeras,”katanya kepada pemberita.

Mohd amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan menjelaskan, Pas mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengarahkan exconya melepaskan jawatan exco.

Pas juga mengulangi pendiriannya supaya jawatan lantikan politik PKR di Kelantan dikekalkan.

Katanya, Pas Kelantan belum menerima sebarang surat perletakkan jawatan dari ahli PKR yang memegang jawatan lantikan politik sehingga hari ini.

Sementara itu, mengulas mengenai rancangan dan inisiatif PKR untuk mengangkat ketuanan rakyat dalam manifesto pru ke 14 nanti, Mohd Amar berkata semua parti politik tanah air mengangkat ketuanan rakyat dalam perjuangan parti.

Menurut beliau, ianya termasuk memberikan tumpuan untuk kepentingan rakyat dan Pas sendiri katanya menambahkan ketuanan Islam sebagai landasan perjuangan parti.

“Semua parti boleh menabur janji dalam manifestonya namun samada ianya boleh terlaksana atau sebaliknya,” tambah Mohd Amar.