Ini ditegaskan kedua-dua pemimpin parti tersebut, Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda Suhaizan Kaiat.
Mohamad, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata Tahaluf Siyasi bersama PKR dan DAP membawa kebaikan bagi PAS.
"Tanpa kesepakatan ini, tidak mungkin PAS boleh membentuk kerajaan di beberapa negeri," kata beliau dalam ucapan perasmiannya di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-56 di Dewan Jubli Perak di Shah Alam petang tadi.
Beliau juga berkata setiap tindakan yang bakal diambil PAS perlu diteliti agar sokongan golongan bukan Islam terhadap parti itu tidak hilang.
Sementara itu, Suhaizan pula membangkitkan soal peratusan pengundian yang diterima Pakatan Rakyat, khususnya PAS dalam Pilihanraya Umum ke-13.
"Pencapaian terbaik PAS adalah semasa kita bersama Pakatan Rakyat," kata Suhaizan, merujuk kepada undi popular yang diraih gabungan tersebut.
Pemilihan bagi Dewan Pemuda akan diadakan pada pagi Rabu dan keputusannya dijangka akan diumumkan pada hari yang sama.
Tumpuan terarah kepada perebutan kerusi Ketua Pemuda antara penyandangnya Suhaizan dan pencabarnya Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak kepada mantan Mursyidul Am parti Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Muktamar bagi Dewan Muslimat dan Dewan Ulama' juga akan diadakan pada Rabu.
Hafiz Marzukhi
Tue Jun 02 2015
Mat Sabu juga berkata setiap tindakan yang bakal diambil PAS perlu diteliti agar sokongan golongan bukan Islam terhadap parti itu tidak hilang.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
‘Tidak mustahil Palestin dibebaskan oleh masyarakat Eropah’ - Mat Sabu
Mohamad memberi gambaran bahawa tidak mustahil Palestin akan dibebaskan oleh masyarakat Eropah kerana mereka lebih memahami nilai kemanusiaan.
Kartel padi, beras: KPKM tidak campur siasatan MyCC - Mat Sabu
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan berikrar tidak akan melindungi mana-mana pihak yang terlibat dengan kartel padi dan beras.
Amanah masih perlukan 'Abang Mat'
Parti Amanah Negara (Amanah) masih memerlukan sentuhan dan ketokohan Datuk Seri Mohamad Sabu sebagai presiden yang disegani lawan dan kawan untuk mengemudi serta menstabilkan parti itu.
Kerajaan Perpaduan tidak akan bertukar selepas PRU16 - Mat Sabu
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu yakin Kerajaan Perpaduan akan kekal memerintah negara ini selepas Pilihan Raya Umum ke-16.
Bekalan beras: KPKM telah bincang dengan wakil kerajaan India - Mat Sabu
Beliau berkata melalui pertemuan itu kerajaan India akan menjawab surat (perbincangan) itu minggu depan.
'Fatwa' Pas, Hadi Awang berubah setiap pilihan raya - Mohamad Sabu
Dakwaan kononnya Pas memutuskan hubungan dengan DAP kerana parti itu menolak hudud juga hanyalah alasan yang sengaja direka.
PRU15: Amanah yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen - Mat Sabu
Parti Amanah Negara (Amanah) yakin menang lebih 11 kerusi Parlimen yang dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Sabtu ini.
Anak Mat Sabu kekal bebas kes dadah
Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan perayu (pendakwaan) bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tersalah arah ketika membuat keputusan melepas dan membebaskan responden.
Demonstrasi tidak selesai inflasi, Annuar ajak Mat Sabu berjumpa bincang isu harga barang
Annuar alu-alukan cadangan daripada semua pihak untuk sama-sama tangani isu inflasi.
Kalau kami mahu, PM sekarang pun boleh ditukar - Mat Sabu
Kata Mohamad, selepas PH menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama kerajaan, mereka akan terus menghormatinya.