Bukan UMNO yang dibenci rakyat sebaliknya tingkah laku sesetengah pemimpin di dalam parti Melayu itu yang tidak disukai rakyat.
Menurut Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tingkah laku sesetengah pemimpin di semua peringkat tidak disukai rakyat, sehingga terpalit pada parti.
“Rakyat tidak benci pada UMNO tetapi benci pada tingkah laku sesetengah pemimpin UMNO. Sama ada di peringkat Bahagian, Negeri dan atas, kita kena jaga tingkah laku kita.
”Oleh kerana peri laku sesetengah pemimpin mementingkan peribadi, menyebabkan UMNO rosak. UMNO sebagai institusi rosak disebabkan individu yang memimpin di peringkat Cawangan, Bahagian. Kita (ahli UMNO) harus muhasabah dan sedar gerak kerja penting. 26 tahun kita sengsara ada duri dalam daging dalam UMNO, cabutlah duri itu, jangan dicampak kepada kawan. Kali ini kita tarik semula mereka bersama kita,” ketika berucap merasmikan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Jeli di Pusat Dakwah Jeli, Pondok Moden di sini hari ini.
Datuk Seri Ahmad Zahid menambah, sikap seperti "cah keting" merasakan diri hebat dan ingin menonjol dengan menjatuhkan orang lain merupakan sikap yang merosakkan parti dan menjadi duri dalam daging.
Sehubungan itu katanya, sifat merasakan diri hebat perlu dikikis kerana dalam UMNO semua pihak memerlukan antara satu sama lain.
Ahli parti juga diminta menanam kepercayaan antara satu sama lain dengan meletakkan kebersamaan dalam semua perkara.
Dalam pada itu, Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, menyarankan agar UMNO Kelantan agar memberikan perhatian kepada pengundi tempatan yang mewakili 85 peratus pengundi berdaftar di Kelantan.
Muhafandi Muhamad
Fri Aug 19 2016
Timbalan Perdana Menteri merangkap Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jeli sempena majlis pemimpin bersama rakyat hari ini. - Foto Bernama
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Lubang benam: Laluan KM73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli ditutup
Laluan KM 73.850 Jalan Kampung Sungai Sam-Jeli (FT 066) berhampiran Kampung Kubur Datu di Jeli ditutup kepada semua kenderaan akibat lubang benam (sinkhole).
Kos pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang RM60,000
JKR menganggarkan kerja-kerja pembinaan jalan sementara di Kampung Lata Janggut Seberang di sini, akan menelan kos sebanyak RM60,000.
Pelancongan domestik rancak sempena pembukaan sempadan, Jeli tinjau prospek penambahbaikan
Pelancongan domestik menjadi tumpuan rakyat tempatan selepas fasa peralihan Pelan Pemulihan Negara.
Wanita dipercayai alami 'halusinasi' di atas pokok akhirnya diselamatkan
Wanita itu tanpa sedar telah memanjat pokok berkenaan sehingga ketinggian 30 kaki (9.1 meter).
Perhilitan Kelantan tangkap 5 gajah betina berkeliaran di kampung
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap sekumpulan lima ekor gajah betina di Kampung Kuala Tiga di sini semalam.
Terserempak ular sawa 100kg semasa hendak menoreh getah
APM akan menyerahkan reptilia berkenaan kepada Jabatan Perhilitan dalam masa terdekat.
Kanak-kanak meninggal dunia tercekik gula-gula jeli
Seorang kanak-kanak berusia empat tahun meninggal dunia selepas tercekik gula-gula jeli di rumahnya di Kampung Batu Manikar pada Rabu malam.
Semalaman lembu 'Kak Ha' dalam perigi, akhirnya diselamatkan bomba
Lembu dengan berat lebih 150 kilogram itu dipercayai terjatuh dalam sebuah perigi tanpa air di Kampung Baru Sungai Mekong lewat petang Sabtu.
Baru 7 tahun tetapi sudah ketagih air ketum
Kanak-kanak seawal usia tujuh tahun antara yang dikesan terjebak dengan ketagihan air ketum di Kedah.
Jambatan menghubungkan Gua Musang dan Jeli runtuh
Sebuah jambatan sepanjang 1 kilometer di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang, Kelantan runtuh selepas dihanyutkan arus deras yang melepasi paras jambatan dalam kejadian banjir 23 Dis lalu.