Proses pendaftaran keahlian untuk parti UMNO akan dikenalkan kembali melalui atas talian atau online.
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata ini adalah antara pengumuman Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, semasa ucapannya di dalam perjumpaan tertutup selama lebih dua jam bersama perwakilan UMNO seluruh negara di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
"Tadi Presiden mengumumkan satu perubahan dalam proses keahlian UMNO di mana proses pendaftaran ahli akan dikenalkan kembali secara atas talian atau online. Tetapi kali ini dibuat dengan lebih mudah lagi dan kelulusan itu diberikan di dalam masa yang bukan segera tetapi singkat.
"Proses ini akan diluluskan oleh ibu pejabat dan bukannya bahagian. Ini kerana banyak aduan diterima sekiranya keahlian dibuat oleh bahagian, ianya amat lembab dan ada kalanya borang hilang dan ada pelbagai halangan untuk orang muda masuk parti," kata Khairy semasa sidang media selepas sesi perjumpaan tertutup itu.
Khairy berkata, dengan adanya sistem atas talian yang dikendalikan di peringkat ibu pejabat, beliau yakin ia akan membuka ruang yang lebih luas lagi untuk orang muda menyertai UMNO.
"Bagi saya ini satu petanda yang baik. Presiden telah berani menunjukkan bahawa UMNO bersedia untuk mengubah proses keahlian kita supaya ia lebih mesra kepada golongan muda.
"Keremajaan parti itu menjadi fokus utama. Bukan sahaja muka muda tapi muka baru keseluruhannya. Parti kita patut ada rejuvenation di setiap peringkat," katanya.
Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata ucapan Najib mencerminkan apa yang selalu disebut-sebut oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Sebenarnya saya dapati ucapan Presiden mencerminkan apa yang Tun sebut iaitu kepimpinan parti di peringkat negeri, bahagian dan cawangan mesti lebih inklusif terutamanya untuk memberi peluang kepada golongan muda.
"Ini juga telah disebut dalam blog chedet.com. Dan saya percaya Presiden pun sedar mengenai budaya kita yang kadang-kadang menyekat orang muda yang berkaliber daripada terlibat secara langsung dengan parti," katanya.
Pada tahun 2009, pendaftaran keahlian UMNO secara online diumumkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi di mana setiap permohonan yang diterima akan dimasukkan ke dalam cawangan PWTC sementara proses semakan dibuat bersama pihak cawangan dan bahagian terbabit.
T K Letchumy Tamboo
Tue Nov 25 2014
Khairy dan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bersama Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Samsudin (kanan) beramah mesra ketika hadir pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno Ke-68 di PWTC hari ini. - fotoBERNAMA
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
KPDNHEP, platform e-dagang bekerjasama bendung penjualan minyak masak dalam talian
KPDNHEP bekerjasama dengan beberapa penyedia platform e-dagang tempatan dalam usaha membendung aktiviti penjualan minyak masak secara dalam talian.
Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan.
KLWBC 2020: Raikan pesta buku atas talian terbesar di Malaysia
Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dibatalkan akibat persekitaran Covid-19 pada April lalu.
Normal Baharu: Temu janji doktor dan pesakit secara dalam talian
IJN sedang melakukan kajian bagi membolehkan pesakit tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya melakukan temujanji dalam talian.
Normal baharu: Prosiding Mahkamah Rayuan disiar secara langsung bermula esok
Buat pertama kalinya dalam sejarah badan kehakiman negara, pendengaran kes di Mahkamah Rayuan akan disiarkan secara langsung dalam talian.
Masyarakat Sikh sambut tahun baharu secara maya melalui e-Vaisakhi
Selain merupakan tahun baharu kepada masyarakat Sikh, Vaisakhi juga merupakan festival menuai musim bunga.
COVID-19: Ketika atau selepas PKP, seniman jangan berhenti berkarya - Nizam Rahmat
Nizam berharap seniman tidak berhenti berkarya biarpun pameran fizikal tidak dapat diadakan.
Berniaga dalam talian, pasarkan di kawasan kejiranan cara terbaik 'cari makan' semasa PKP
Melalui kaedah itu, peniaga dapat memastikan bahawa barangan, terutama makanan untuk juadah berbuka, yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan cepat.
KWSP Jalan Raja Laut ditutup bagi proses disinfeksi bermula Selasa
Penutupan pejabat itu adalah susulan seorang ahli KWSP disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.