UMNO perlu lebih agresif menangkis serangan dan tohmahan bertali arus oleh ''keyboard warrior'' terhadap parti itu di media sosial, dalam usaha menarik penyertaan lebih ramai golongan muda, demikian saranan beberapa pemimpin muda.
Setiausaha Agung Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Nor Liyana Izzati Mohd Fauzi berkata perkara itu penting bagi mengelak generasi masa kini mempercayai bulat-bulat gambaran negatif serta maklumat tidak sahih disebarkan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan mereka berisiko menjauhi UMNO, yang akan menyambut ulang tahun ke-71 penubuhannya esok (11 Mei)
Katanya jentera media sosial UMNO melibatkan penggunaan medium seperti Facebook, Twitter dan Instagram perlu diperkasakan lagi dengan menyalurkan fakta jelas bagi memudahkan pemahaman generasi Y berhubung pelbagai isu termasuk fitnah politik yang sering ditimbulkan pihak tertentu untuk menjatuhkan parti.
"Media sosial merupakan sumber rujukan utama belia ketika ini, justeru UMNO perlu mengambil pendekatan serius bersifat menyeluruh dan terancang dalam menyalurkan maklumat berkaitan parti selain menentang segala dakyah terutama daripada pembangkang bagi memastikan parti mendapat sokongan anak muda.
"Sokongan mereka amat penting dalam memastikan UMNO terus relevan seiring usaha meremajakan parti seperti diuar-uarkan pemimpin tertinggi parti sekali gus memastikan persiapan ampuh bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Pengerusi Kelab UMNO Luar Negara dari Tanta, Mesir, Shahrul Naim Mat Ludin berkata pemimpin UMNO daripada semua sayap parti, juga perlu aktif menggunakan platform media sosial serta berinteraksi secara kreatif dengan generasi Y di lapangan terbabit.
Ia, katanya merupakan alternatif terbaik bagi mendekati generasi muda sekali gus mendengar suara hati mereka menerusi kaedah yang lebih mesra, santai dan tidak terlalu protokol.
"Pendekatan aktif di media sosial seperti diamalkan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin antara contoh terbaik yang seharusnya dicontohi anggota UMNO lain dalam usaha menarik sokongan anak muda terhadap parti.
"Pelancaran aplikasi Malaysia4All oleh Penerangan UMNO Malaysia baru-baru ini, dilihat sebagai antara satu langkah positif dan bersifat kehadapan parti dalam menggunakan sepenuhnya medium internet," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa Biro Kebajikan UMNO Malaysia Dr Muhamad Akmal Saleh berkata kredit perlu diberikan kepada kepimpinan tertinggi UMNO kerana tidak ketinggalan menggunakan media sosial sebagai salah satu alat untuk berinteraksi dengan ahli UMNO dan juga rakyat khususnya generasi muda.
"Dulu suara anak muda mungkin susah atau sukar nak didengari sebab pelbagai lapisan perlu dilalui untuk sampai ke pemimpin atasan dan kini kita perlu memberikan kredit kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang aktif dalam media sosial," katanya.
Beliau berkata pelbagai masalah disuarakan pengikut laman sosial presiden UMNO itu termasuk pemimpin yang lain, dan respons yang diberikan juga tepat dan cepat.
Dr Muhamad Akmal berkata transformasi UMNO juga perlu dilakukan secara dalaman, sambil anggota UMNO perlu lebih terbuka untuk membincangkan usul-usul sensitif orang Melayu seperti hak istimewa orang Melayu supaya dilihat lebih terbuka.
"Kita ada TN50 dengan kita membincangkan wawasan jangka masa 20 hingga 30 tahun yang akan datang jadi kita harus lebih terbuka, ahli UMNO harus mampu untuk duduk berbincang apakah relevannya hak istimewa orang Melayu dan betapa pentingnya hak itu.
"Kita harus lihat UMNO itu relevan bukan saja di mata rakyat Melayu tapi di mata hati setiap rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 10 2017
Media sosial merupakan sumber rujukan utama belia ketika ini, justeru UMNO perlu mengambil pendekatan serius bersifat menyeluruh dan terancang dalam menyalurkan maklumat berkaitan parti.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Sistem tagal bukan sekadar konservasi ikan Sungai Moroli, malah jadi tarikan pelancong
Tagal, sistem konservasi hidupan akuatik sungai diwarisi bergenerasi lamanya penduduk negeri ini mewujudkan simbiosis dengan menyediakan bekalan makanan mampan buat penduduk.
Jangkauan pasaran industri pembrokeran harus berubah dalam persekitaran teknologi disruptif
Industri pembrokeran saham perlu bersaing dan mengubah cara ia menjangkau pasaran dalam persekitaran teknologi disruptif.
Lee Lam Thye harap dapat cetus inspirasi buat generasi muda ceburi kesukarelawanan
Lee Lam Thye berharap buku autobiografinya akan memberi inspirasi kepada generasi muda untuk memupuk semangat kesukarelawanan sebagai cara bagi menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat.
'Jangan gopoh buat keputusan' - Tengku Zafrul titip pesan kepada para pelajar
Beliau juga berharap anak muda lebih berminat menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi selepas tamat persekolahan.
Martabatkan seni pantun dalam kalangan generasi muda
Generasi muda pada masa kini perlu diberi pendedahan secara lebih meluas mengenai seni pantun bagi memartabatkan warisan budaya masyarakat.
Generasi muda main peranan penting pastikan Malaysia bebas rasuah
Sokongan dan komitmen generasi muda memainkan peranan penting dalam memastikan Malaysia bebas daripada rasuah.
Pudarnya dialek di Perak beri kesan terhadap identiti, jati diri - Pakar Bahasa
Beliau mendapati golongan remaja Perak terutamanya mereka yang berusia 15 tahun ke bawah tidak bertutur dalam dialek negeri itu.
Festival silat platform promosi, warisan untuk generasi muda - Aminuddin
Penting untuk semua pihak menyokong usaha kerajaan Negeri Sembilan dalam memelihara dan mempromosikan seni silat.
Pelajar Malaysia di luar negara perlu kembali, terajui pembangunan negara - Johari
Johari berkata negara ASEAN terutama Malaysia, perlu lebih banyak melabur dalam pendidikan dan pembangunan bakat.