KUALA LUMPUR:Orang UMNO, sama ada yang progresif mahupun konservatif tidak boleh berada pada kedudukan second fiddle atau tempat kedua pada tempoh yang lama.

Demikian penjelasan Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan mengenai hubungan politik yang dijalinkan antara parti tersebut dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Jelas beliau, perasaan itu bagaimanapun bukan bermakna UMNO tidak memikirkan tentang rakyat, polisi dan dasar.

"Kekuatan asas UMNO merupakan aset yang tidak boleh dinafikan, walaupun kita perlukan undi atas pagar, tetapi apaibla undi itu berpecah-belah, siapa yang ada kekuatan asas paling besar, dia adalah parti yang mempunyai aset yang paling besar.


"Jadi, walaupun kita membawa kepada lembaran poilitik baharu, ada perkara tertentu, saya harap rakan saya dalam Pas dan Bersatu boleh hormati dengan pendirian UMNO ini.

"Tidaklah bermaksud kita akan buli, tapi akan ada beberapa perkara yang kita akan pohon mencerminkan kedudukan dominan UMNO ini," katanya.


Beliau berkata demikian dalam Program Dialog UMNO-Bersatu yang disiarkan di saluran 501 pada Jumaat.

Dalam perkembangan sama, Shahril Hamdan berkata, situasi yang berlaku di Perak pada Jumaat merupakan peluang kepada Bersatu untuk mengangkat Menteri Besar dalam kalangan UMNO.

BACA: LAPOR LANGSUNG: Pemimpin PH menghadap Sultan Perak: Apa bakal jadi esok?

"Sebelum ini ADUN UMNO lebih ramai dalam sidang DUN Perak dan Ahli Parlimen UMNO lebih ramai dalam Dewan Rakyat, boleh mengangkat MB dan PM daripada Bersatu, ini peluang kepada Bersatu," katanya.