Atlet dan pegawai yang terlibat dengan Kem Latihan Berpusat Program 'Road To Tokyo' (RTT) bermula Isnin hingga 30 Jun akan menjalani tiga proses saringan COVID-19.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata semua atlet dan pegawai berkenaan akan menjalani ujian 'swab' pertama pada hari pertama pendaftaran di pusat latihan masing-masing.
"Mereka akan menjalani kuarantin kendiri di bilik asrama dari hari pertama sehingga keputusan ujian diperolehi pada hari kedua atau ketiga selepas ujian.
"Manakala ujian swab kedua adalah pada hari kelima (prasimptom) dan ujian swab ketiga pada hari ke-13 (tiada simptom). Ujian itu akan diselaraskan oleh Institut Sukan Negara (ISN)," katanya dalam kenyataan media, pada Isnin.
Jumlah atlet yang telah melaporkan diri di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara termasuk pemain, jurulatih dan pegawai sokongan semalam berjumlah 38 orang, manakala di Pusat Latihan Perahu Layar di Langkawi, Kedah pula adalah seramai 24 orang.
BACA: Kem Latihan Pusat RTT di Bukit Jalil ditunda kepada 8 Jun
BACA: FAM pertimbang pendekatan kuarantin adakan kem latihan skuad kebangsaan
BACA: Atlet RTT Bukit Jalil boleh tarik nafas lega
Bagaimanapun pendaftaran bagi kem berpusat di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, akan diadakan pada 8 Jun ini bagi memberikan ruang dan masa tambahan untuk proses sanitasi dan persiapan asrama di Casa 1, Majlis Sukan Negara (MSN).
Reezal Merican berkata tujuan beliau melakukan lawatan kerja ke ABM semalam adalah untuk melihat dan memantau perjalanan pendaftaran dan proses kemasukan pegawai, atlet dan jurulatih ke lokasi latihan berpusat itu.
"Semua proses pendaftaran berjalan dengan lancar tanpa sebarang kesulitan.
"Aspek keselamatan dan kesihatan atlet dan semua yang terlibat dalam kem latihan berpusat itu serta pematuhan rapi garis panduan prosedur operasi standard (SOP) pusat kuarantin telah memberi keyakinan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) ketika kelulusan untuk kelonggaran khas diberikan oleh pihak kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 01 2020
Reezal Merican (dua dari kiri) berkata tujuan beliau melakukan lawatan kerja ke ABM adalah untuk melihat dan memantau perjalanan pendaftaran dan proses kemasukan pegawai, atlet dan jurulatih ke lokasi itu. - BERNAMA
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkat bagi manfaat sektor rel negara
Kerjasama awam swasta perlu dipertingkatkan bagi pembangunan dan pembangunan semula infrastruktur serta kemudahan sektor perkhidmatan rel negara ini.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Piala Uber 2024: Pearly-Thinaah disingkirkan?
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky memberi bayangan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M.Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024 di China.
Tiga pemain digugurkan daripada ABM
Akademi Badminton Malaysia (ABM) menggugurkan tiga pemain perseorangan lelaki akademi itu iaitu Lee Shun Yang, Chia Jeng Hon dan Rex Hooi Shao Heng.
ABM lantik Robosin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu
Bekas pemain badminton Indonesia Jeffer Rosobin dijadual menjalankan tugas selaku Ketua Jurulatih Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu.
Aaron-Wooi Yik telah tampil aksi sebenar di separuh akhir - Rexy Mainaky
Selepas kekalahan di aksi final kejohanan Terbuka China, Aaron-Wooi Yik menerima kecaman susulan prestasi hambar dan tewas mudah kepada wakil tuan rumah.
Peraturan pakaian pemain profesional: BAM sangkal dakwaan bekas pemain
Katanya, peraturan tersebut sudah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu.
Justin boleh jadi pengganti Chong Wei - Misbun
Justin disifatkan Misbun sebagai pemain terbaik pernah dibimbingnya sepanjang beliau mengemudi kem perseorangan remaja sebelum ini.
Zii Jia, Jin Wei dalam momentum terbaik
Zii Jia sentiasa tenang apabila beraksi, sekali gus memberi keyakinan dan semangat kepada pemain pasukan Malaysia yang lain.
Sze Fei-Hon Jian sasar kelompok 50 terbaik dunia tahun ini
Pemain beregu lelaki negara Goh Sze Fei menyasarkan untuk berada di kelompok 50 terbaik dunia bersama pasangan baharunya Choong Hon Jian.
Legenda mungkin bersama skuad negara pada kejohanan - Presiden BAM
Buat masa ini, tujuh bekas pemain negara itu tidak boleh campur tangan dalam proses pemilihan pemain.