LIGA MALAYSIA akan bermula tidak lama lagi dan semua pasukan sedang sibuk melakukan persediaan bagi memperkuatkan skuad masing-masing.
Pelbagai kontroversi dibincangkan di media sosial mengenai perpindahan pemain namun apa yang penting adalah saingan yang bakal menanti peminat-peminat liga bola sepak tempatan.
Ini merupakan 10 pemain yang bakal menjadi tumpuan dalam saingan liga tahun ini.
1. Diogo Santo (JDT)
Diogo Luis Santo sah menyertai JDT musim ini daripada kelab juara liga Thailand, Buriram United. Santo adalah penyerang berbisa dan yang paling hebat pernah beraksi di Thailand.
Pemain Brazil itu menjaringkan 101 gol dalam 105 perlawanan di Thailand. Mampukah Santo melakukan perkara yang sama di Malaysia?
2. Akhyar Rashid (JDT)
Pemain favourite Malaysia, Akhyar, 19 tahun, mendapat pujian dan sokongan ramai ketika menyarung jersi Harimau Malaya. Walaupun tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama skuad bimbingan Tan Cheng Hoe, namun apabila Akhyar masuk sebagai pemain gantian, sorakan yang kuat dapat didengari di stadium.
Perpindahan Akhyar ataupun Mat Yat dari Kedah ke Johor Darul Ta’zim (JDT) mungkin dipalit kontroversi namun apa yang pasti, semua tidak sabar untuk menyaksikan kelibat pemain itu bersama JDT, terutama sekali bergandingan dengan Safawi Rashid.
3. Firdaus Saiyadi (Perak)
Perak akhirnya menemui pemain yang terbaik untuk mengisi posisi sayap kanan iaitu Firdaus Saiyadi. Firdaus menyertai Perak pada pertengahan musim apabila kembali cergas untuk beraksi akibat masalah disiplin yang menyebabkannya sepi seketika dalam arena bola sepak tempatan.
Pemain itu menebus kembali kepercayaan kepada pasukannya dengan membantu skuad the Bos Gaurus itu memenangi Piala Malaysia 2018.
4. Anmar Almubaraki (Kedah)
Anmar Almubaraki, 27 tahun dibawa ke Kedah oleh jurulatih baharu pasukan itu, Aidil Sharin untuk menggantikan tempat Sandro Mendonca di posisi nombor 10.
Pemain kelahiran Iraq yang beraksi di Belanda sejak zaman remajanya bersama FC Twente itu kemungkinan terpaksa beraksi di posisi sayap kiri kerana skuad Lang Merah itu kehilangan Syazwan Zainal.
5. Safawi Rashid (JDT)
Pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mula beraksi untuk pasukan T-Team pada 2015 namun mula menyerlah selepas menyertai JDT pada 2017 dan sudah pasti empat gol dalam Sukan Asia 2018 dan dua gol dalam kelayakan Piala Asia 2019 menaikkan lagi reputasinya sebagai penyerang tempatan yang hebat.
Adakah pemain berusia 21 tahun itu bakal meneruskan kecemerlangan bersama JDT tahun ini?
6. Faiz Nasir (Selangor)
Faiz Nasir, 26 tahun menyertai Selangor untuk tahun ini dari Terengganu.
Playmaker kelahiran Kelantan itu diharap dapat mengakhiri kebergantungan skuad the Red Giants terhadap Amri Yahyah sudahpun sampai ke penghujung kerjayanya.
Gandingannya bersama Evan Dimas dijangka dapat membantu bahagian serangan dengan lebih baik musim ini.
7. Akram Mahinan (PKNS)
Akram Mahinan menyertai PKNS selepas beraksi semusim bersama Kedah.
Pemain berusia 25 tahun itu dikatakan pengganti terbaik untuk Romel Morales yang dicari oleh pengendali pasukan, Datuk K. Rajagobal yang membina asas pasukannya dengan pemain tengah yang teknikal dan yang mempunyai mental yang kuat.
8. Mohamadou Sumareh (Pahang)
Siapa tidak kenal dengan kebolehan pemain naturalisasi negara ini? Beraksi untuk Pahang sejak 2017, Sumareh sudahpun menjaringkan sembilan gol untuk skuad Tok Gajah.
Pemain kelahiran Gambia berusia 24 tahun itu dijangka terus menyerlah dalam kancah liga tempatan musim ini selepas mempamerkan aksi cemerlang bersama skuad kebangsaan tahun lepas.
9. Sanjar Shakhmedov (Terengganu)
Penghijrahan Faiz Nasir ke Selangor bakal menyaksikan Sanjar berganding dengan Lee Tuck di bahagian tengah skuad Terengganu.
Bekas pemain Lokomotiv Tashkent di Uzbekistan itu dipilih sebagai pemain terbaik pasukan itu tahun lalu, menjaringkan sembilan gol untuk dua musim bersama kelab itu.
10. Shukor Adan (Melaka United)
Shukor bakal mencecah usia 40 tahun pada September 2019, namun pengalamannya dikatakan dapat membantu skuad Melaka United yang tidak mempunyai ketua di bahagian pertahanan skuad Melaka United.
Persoalaannya kini mampukah Shukor melakukannya?
Nota: Artikel ini adalah penulisan bersama dengan Ian Johan Ariff dan Ketua Editor Semuanya Bola, Ahmad Muzammil.
Astro Awani
Sat Jan 05 2019
Semakin ramai pemain berkualiti beraksi di Liga Malaysia dan ini merupakan 10 pemain tumpuan musim ini.
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penghijrahan ke TFC keputusan sendiri - Akhyar Rashid
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Akhyar Rashid mengakui penghijrahannya ke skuad Penyu musim ini, atas pilihannya sendiri.
Safawi, Akhyar barakan Terengganu FC
Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC (TFC).
Mantapkan jentera tengah Harimau Malaya
'Jantung' skuad negara kurang menyerlah di sebalik momentum luar biasa yang ditunjukkan di bahagian serangan dan pertahanan.
Tunggu sampai seru, Eyka Farhana tak tolak bersuamikan Akhyar Rashid
Bagaimanapun, Eyka memberitahu dia enggan terlalu bercerita mengenai hubungan mereka kerana ingin memberi tumpuan sepenuhnya kepada karier seninya.
Jaringan Akhyar bantu Harimau Malaya kalahkan Turkmenistan
Gol tunggal Malaysia terhasil pada minit ke-29 apabila pemain sayap lincah, Mohd Akhyar Rashid menjaringkan gol cantik menewaskan penjaga gol lawan.
TFC nafi Akhyar bakal berhijrah ke Terengganu
Menurut Ab Rasid, tiada sebarang perbincangan antara TFC dan JDT melibatkan pemain skuad kebangsaan kelahiran Kedah itu.
Selepas Mickey dan Yan, kini Akhyar pula disahkan positif COVID-19
Situasi terbaharu itu menyaksikan kini tiga pemain Malaysia positif COVID-19 selepas Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim beberapa hari lepas.
Keputusan AIAC mengenai kes Akhyar diketahui hujung bulan ini
Pada hujung tahun lalu, KFA mengemukakan rayuan selepas tidak berpuas hati dengan keputusan FAM yang menetapkan pampasan RM75,000 kepada mana-mana pasukan yang mahu mendapatkan khidmat Akhyar.
Kelayakan AFC B-23: Akhyar, Faisal pastikan Malaysia benam Filipina
Akhyar jaring dua gol untuk bantu Malaysia menewaskan Filipina 3-0.
Ini 10 Pemain Tumpuan Liga Malaysia 2019
JDT juara lagi musim ini? Ini merupakan 10 pemain tempatan dan import yang bakal menjadi tumpuan dalam saingan Liga Malaysia 2019.