Skuad hoki wanita kebangsaan terus dirundung malang setelah tewas 1-3 kepada naib juara 2016, China pada aksi kedua pusingan awal Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Wanita di Stadium Sunrise, Donghae, Korea Selatan, hari ini.
Ia merupakan kekalahan kedua dialami skuad kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah itu yang tewas dengan jaringan sama kepada pasukan tuan rumah pada aksi pembukaan, semalam.
Pada aksi hari ini, China mendahului 2-0 hasil jaringan padang Zhang Jinrong seawal minit ketiga perlawanan sebelum Li Hong menggandakan kedudukan pada minit ke-20, juga menerusi gol padang.
Hanis Nadia Onn berjaya merapatkan kedudukan untuk Malaysia menerusi gol padang pada minit ke-22, namun Cui Qiuxia memastikan kemenangan sulung China melalui pukulan penalti pada minit ke-53.
Mengulas mengenai kekalahan tersebut, Muhammad Dharma Raj mengakui pemainnya gagal memberi saingan sengit kepada pasukan lawan yang berada pada ranking kelapan dunia.
Beliau berkata kehilangan dua tonggak utama, Raja Norsharina Raja Shahbuddin yang patah jari serta Julaini Muhammad Din yang mengalami kecederaan lutut, menjejaskan rentak permainan pasukan kebangsaan.
Sehubungan itu, Muhammad Dharma Raj mengharapkan pemainnya kembali bangkit memberi saingan kepada Jepun pada aksi ketiga, Rabu ini.
Dalam satu lagi perlawanan hari ini, Korea Selatan dan Jepun seri 1-1. -- Bernama
Bernama
Mon May 14 2018
Skuad hoki wanita Malaysia tewas 1-3 kepada naib juara 2016, China, pada Isnin. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Dunia: Skuad hoki 5s wanita negara belasah Oman 10-0
Skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara mempamerkan permulaan meyakinkan pada kempen Piala Dunia Hoki 5s 2024 apabila membelasah tuan rumah Oman 10-0 pada aksi Kumpulan A di Muscat, hari ini.
Malaysian Tigress tumpas 0-3 kepada Kanada
Pasukan Kanada membuka jaringan seawal minit ketiga apabila Sara McManus menyempurnakan pukulan sudut penalti.
Sukan SEA: Malaysian Tigress hampiri kejayaan raih emas
Pasukan hoki wanita kebangsaan berada di landasan tepat untuk merangkul pingat emas selepas mengesahkan tempat di final dengan kejayaan menewaskan Thailand 3-0.
Bekas jurulatih hoki wanita negara William Fidelis meninggal dunia
Fidelis, bekas pemain hoki Negeri Sembilan pada era 60-an dan 70-an, menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.
Hoki: Malaysian Tigress belasah Hong Kong 10-0
Skuad wanita negara membelasah Hong Kong 10-0 pada kejohanan Hoki Siri Terbuka Wanita 2018 di Stadium Sengkang, Singapura.
Malaysia alami kekalahan kedua Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia Wanita
Skuad hoki wanita kebangsaan tewas 1-3 kepada naib juara 2016, China, pada Isnin.
Hoki: Kejohanan Liga Remaja Wanita bermula 19 Feb
Buat julung kali Konfederasi Hoki Malaysia akan memperkenalkan Kejohanan Liga Remaja Wanita 2016 bermula 19 Februari hingga 10 April ini.
M'sia layak ke separuh akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia
Skuad wanita negara layak ke separuh akhir selepas mengalahkan Ghana 2-0 pada saingan suku akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Stadium Nasional Major Dhyan Chand.
Seri 0-0 dengan Wales, skuad hoki wanita meraih satu mata
Skuad hoki wanita meraih satu mata selepas seri 0-0 dengan Wales dalam saingan terakhir Kumpulan B.
Sukan Sea: Skuad hoki wanita pertahan emas, tewaskan Thailand
Skuad hoki wanita negara berada dalam kelas tersendiri apabila berjaya mempertahankan pingat emas dengan menewaskan Thailand 6-1.