'False Start' pada saringan kesembilan acara 100m lelaki ternyata mengganggu momentum sekali gus merencatkan prestasi jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan di Sukan Komanwel 2018 di sini hari ini.
Pelari berusia 19 tahun itu mencatatkan masa 10.50s untuk berada di tempat keempat saringan kesembilan pusingan pertama di Carrara Sports and Leisure Centre.
"Mungkin saya agak hilang fokus sikit lepas nampak orang sebelah lebih laju dan memintas saya.
"Lagi pun masa cubaan pertama sebelum 'false start' saya sudah bersedia tapi disebabkan kejadian itu saya terganggu dan hilang fokus. Bila masuk cubaan kedua, saya masih terkesan dan terus tidak fokus," katanya.
Masa yang dicatat Khairul Hafiz itu jauh tersasar dari rekod peribadi yang juga merupakan rekod kebangsaan iaitu 10.18 yang dilakukan di Sukan Malaysia (SUKMA) 2016 serta catatan masa tahunannya iaitu 10.24s.
Hanya dua terbaik daripada setiap saringan dan enam pelari terpantas keseluruhan layak mara ke pusingan separuh akhir, petang ini.
Peluang beraksi buat pertama kali di Sukan Komanwel merupakan satu pengalaman yang akan membuatkan beliau lebih matang dan berdaya saing di masa hadapan.
Khairul Hafiz, yang juga dikenali sebagai 'The Speedy Jantan' akan menggalas cabaran negara dalam acara 4x100m, Jumaat ini.
Selain Khairul Hafiz, skuad 4x100m negara dibarisi Jonathan Nyepa, Nixson Kennedy, Badrul Hisyam Abdul Manap dan Rayzam Shah Wan Sofian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 08 2018
Fokus larian Khairul Hafiz terganggu hingga menjejas prestasi. - Gambar fail
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Atlet perlu bersedia jika Malaysia anjur Sukan Komanwel 2026 - Nicol
Sama ada Malaysia menganjurkan temasya itu atau tidak, atlet negara di bawah program pembangunan dan latihan MSN sentiasa menjalani latihan.
Hadiah kereta menanti pemenang pingat Sukan Olimpik di Paris - Hannah
Jawatankuasa Road To Gold (RTG) telah menerima tawaran daripada sebuah syarikat kereta yang berminat memberi ganjaran kepada atlet negara.
Tiada campur tangan, 'entiti' atau kemelut dalaman - Hannah
Komunikasi antara atlet, jurulatih dan Persekutuan Renang Malaysia (MAS) perlu dipertingkatkan bagi mengelak isu kegagalan di Doha berulang.
Khairulnizam masih ada peluang terakhir ke Olimpik Paris 2024
Satu peluang terakhir untuk layak ke Paris 2024 apabila bertanding di Last Chance Regatta di Hyeres, Perancis April ini.
Nasihat Shalin pada atlet negara, jangan cepat selesa, pastikan imbuhan diterima selari pencapaian
Atlet negara juga dinasihatkan perlu ada mentaliti pantang menyerah kalah seperti atlet era terdahulu.
Mod 'gear lima' buru tiket Olimpik
Nazifuddin berkata, mereka mempunyai tempoh sehingga April untuk 'pecut' mendapatkan slot ke temasya terbesar dunia tersebut.
Lapan atlet negara layak ke Piala Dunia Wushu 2024
Lapan atlet negara yang berentap di Kejohanan Wushu Dunia 2023 minggu lepas layak untuk membawa cabaran negara ke Piala Dunia Wushu 2024 di Jepun, Nov depan.
Ariana Nur Dania layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Ariana Nur Dania mempamerkan aksi membanggakan dengan berjaya mara ke pentas final Kejohanan Benua Asia di Bangkok, Thailand hari ini.
Pencapaian di Hangzhou bagi bayangan emas untuk Sukan Paralimpik Paris
Atlet negara di Sukan Para Asia 2022 Hangzhou sekali lagi membuktikan kehebatan mereka apabila terus mengekalkan rentak cemerlang mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.
Nasib atlet RTG Selasa ini - Hannah
Persoalan mengenai nasib atlet yang tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) bakal terjawab dalam mesyuarat jawatankuasa penilaian program tersebut Selasa ini.