Ratu terjun negara, Pandelela Rinong Pamg terlepas pingat gangsa acara 10m platform wanita pada pusingan kedua Siri Dunia Terjun FINA di Beijing, China, hari ini.
Penerjun kelahiran Sarawak itu, bagaimanapun menunjukkan peningkatan prestasi berbanding pusingan pertama Siri Dunia di Sagaminara, Jepun baru-baru ini, apabila gagal layak ke final.
Menurut laman web rasmi www.fina.org, pada kejohanan yang berlangsung di Pusat Akuatik Nasional Beijing itu, Pandelela mencatat 330.15 mata selepas lima terjunan.
Beliau berada di kedudukan kelima selepas dua terjunan pertama, namun pada terjunan ketiga, prestasi Pandelela dilihat lebih baik apabila berjaya melonjakkan diri ke tempat keempat.
Namun, Pandelela terpaksa bersaing sengit dengan penerjun dari Kanada, Meaghan Benfeito yang meraih pingat gangsa setelah mengumpul 336.40 mata.
Pingat emas dan perak acara itu didominasi penerjun China, Zhang Jiaqi (400.05) dan Ren Qian (371.20).
Terdahulu, Pandelela layak ke saingan final selepas mengungguli pusingan separuh akhir A dengan mengumpul 326.95 mata.
Untuk rekod, ini kali kedua Pandelela terlepas pingat gangsa pada kejohanan itu setelah gandingannya bersama Nur Dhabitah Sabri berakhir di kedudukan keempat dalam acara 10m platform seirama wanita pada hari pertama saingan tersebut.
Sementara itu, gandingan Lee Mun Yee dan penerjun muda, Hanis Nazirul Jaya Surya dalam acara 10m platform seirama campuran berakhir di tempat tercorot selepas mengumpul 267.00 mata.
Pingat emas acara itu diraih penerjun China, Si Yajie/Lian Junjie yang mengumpul 346.38 mata, diikuti penerjun Rusia, Nikita Shleikher/Iuliia Timoshinina (301.26) dan Meaghan Benfeito/Nathan Zsombor-Murray dari Kanada (300.96) di tempat ketiga.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 09 2019
Pandelela mencatat 330.15 mata selepas lima terjunan.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
Lai Ching-te dari DPP menang Pilihan Raya Taiwan
Lai berdepan saingan tiga penjuru dengan Hou Yu-ih dari Kuomintang (KMT) dan Ko Wen-je dari Parti Rakyat Taiwan.
Pilihan Raya Taiwan: Rakyat mula jalankan tanggungjawab masing-masing
Pilihan raya tersebut menyusul ketika Beijing meningkatkan tekanan untuk mendapatkan pulau itu menerima kedaulatannya.
Beijing alami lebih banyak salji, gelombang sejuk dijangka melanda
Kawasan perbandaran Beijing mengalami lebih banyak salji pada Khamis dengan gelombang sejuk dijangka melanda ibu negara China itu pada Jumaat.
33 maut hujan paling lebat landa Beijing
Sekurang-kurangnya lima pekerja bantuan adalah antara mangsa yang maut. 18 orang lagi mangsa masih hilang.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Blinken tiba di China bagi kendurkan ketegangan
Beberapa siri pertemuan dengan wakil kerajaan berpangkat tinggi dirancang sebelum Blinken berlepas pada Isnin.
Gelombang panas landa beijing, suhu cecah 39 darjah Celsius
Bandar raya Beijing mengeluarkan amaran pada tahap oren berikutan suhu tinggi diramal mencecah 39 darjah Celsius pada Jumaat, menurut pihak berkuasa cuaca tempatan.
Diplomat kanan China, AS bincang tingkatkan hubungan dua hala
Perbincangan itu diadakan di Beijing pada 5 Jun, lapor Sputnik yang memetik Kementerian Luar China pada Selasa.
Presiden Xi mahu Beijing terajui bidang sains dan teknologi
China komited meneruskan strategi keterbukaan serta sedia berganding tangan dengan semua untuk mempromosi inovasi sains dan teknologi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.