KUANTAN:Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang mendapati bekas pemain importnya Mohamadou Sumareh bersalah terhadap empat kesalahan, mengenakan hukuman gantung dua tahun bagi setiap kesalahan tersebut, daripada sebarang aktiviti bola sepak.
Bagaimanapun Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PBNP Rizal Chek Hashim berkata, hukuman bagi keempat-empat kesalahan itu yang dilakukan sewaktu pemain itu bersama skuad Tok Gajah, berjalan serentak dan pemain naturalisasi pertama Malaysia itu hanya perlu menjalani hukuman selama dua tahun.
"Keputusan dibuat selepas Jawatankuasa Tatatertib PBNP bersidang hari ini, bagi meneliti dan mengkaji pertuduhan terhadap pemain tersebut, yang didapati melanggar terma-terma kontrak yang dilaporkan PBNP dan pasukan Liga Super Pahang kepada kami.
"Pertuduhan ini telah melalui proses notis dan pendengaran seperti termaktub dalam peruntukan undang-undang PBNP dan pemain terlibat telah diberikan notis sebanyak dua kali, bagi menjawab pertuduhan terhadapnya," katanya pada sidang media selepas mesyuarat jawatankuasa berlangsung di sini, semalam.
Rizal mendakwa Sumareh yang kini menyertai kelab Thailand Police Tero FC, juga telah diminta untuk berdepan dengan Jawatankuasa Tatatertib PBNP bagi menjawab semua pertuduhan terhadapnya, namun pemain itu dikatakan memilih untuk tidak hadir.
BACA: Sumareh hanya ikat kontrak enam bulan dengan Police Tero
BACA: Isu penamatan kontrak Forkey Doe jelas, ambil tindakan undang-undang terhadap Sumareh - PBNP
Sehubungan itu, Rizal berkata pihaknya akan memaklumkan hukuman tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), untuk dipanjangkan kepada pihak yang berkaitan.
Mengulas lanjut, Rizal berkata Sumareh yang mendapat gelaran 'Keli Boy' daripada penyokong Tok Gajah didapati telah membuat kenyataan akhbar tanpa kebenaran PBNP, yang telah melanggar artikel 61 kod tatatertib FAM, artikel 4.11 kontrak pemain dan artikel 10.05 Perlembagaan PBNP 2004.
Bagi pertuduhan kedua, pemain kelahiran Gambia berusia 26 tahun itu didapati telah melanggar artikel 6.6 kontrak pemain kerana merujuk terus kepada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) (Dispute Resolution Chamber), tanpa terlebih dahulu merujuk kepada FAM.
"Pemain itu turut didapati gagal menghadirkan diri ke sesi latihan bersama pasukan mulai 3 hingga 28 Ogos lalu dan pertuduhan terakhir ialah gagal menghadiri perlawanan Liga Super bertarikh 28 Ogos lalu antara Pahang dan Johor Darul Ta'zim, yang merupakan pelanggaran artikel 5.1 kontrak beliau," katanya.
BACA: FAM tidak terlibat bantu FAS dapatkan khidmat Sumareh
BACA: PBNP ambil tindakan undang-undang terhadap Sumareh
Sumareh yang mula menyarungkan jersi Tok Gajah pada tahun 2017 dikatakan telah menghantar surat pembatalan kontrak kepada PBNP pada 4 Ogos lalu, berdasarkan klausa 8.6 yang menyatakan pemain boleh membatalkan kontrak jika pasukan tidak membayar gaji lebih daripada satu kali.
Bagaimanapun, PBNP dilaporkan menafikan dakwaan itu sebaliknya berpegang kepada perjanjian yang telah ditandatangani serta persetujuan yang dicapai secara bersama oleh kedua-dua pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 28 2020
Rizal mendakwa Sumareh (gambar) telah diminta berdepan Jawatankuasa Tatatertib PBNP bagi menjawab semua pertuduhan terhadapnya, namun pemain itu dikatakan memilih untuk tidak hadir. - Gambar fail/Astro ARENA
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
Banduan akhir: 'Ampunkan kami jika ini Syawal terakhir'
Setiap kali menjelang syawal sudah tentu rata-rata masyarakat beragama Islam sibuk dengan persiapan juadah, pakaian baharu serta kuih raya.
Penganggur dituduh bunuh bapa kandung guna botol kicap
Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh bapa kandungnya dua minggu lalu.
Kompaun RM10,000: KKM bincang dengan Peguam Negara
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengkaji semula Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).
Kerajaan tidak seharusnya mansuh hukuman mati mandatori - Keluarga mangsa
Kerajaan perlu mempertimbangkan semula langkah pemansuhan perkataan mandatori dalam hukuman mati kerana ia memberi keadilan kepada keluarga.
Hukum cucuk besi panas untuk pesalah sumbang mahram
Pelaku sumbang mahram layak dihukum dengan mencucuk besi panas agar mereka faham perasaan mangsa
Tiada cadangan pinda hukuman terhadap individu enggan bayar cukai pendapatan
Kerajaan tidak bercadang meminda atau memansuhkan hukuman sedia ada terhadap individu yang enggan membayar cukai pendapatan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.