KETUA jurulatih skuad bawah-22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui bahawa para pemainnya masih mencari rentak pada separuh masa pertama aksi Kumpulan A, Sukan SEA 2019 menentang Myanmar hari ini.
Keadaan itu menyaksikan Malaysia terikat 1-1 di Stadium Memorial Rizal, walaupun anak-anak buahnya telah mempamerkan prestasi yang lebih baik pada babak kedua, sekali gus terpaksa berpuas hati dengan satu mata.
"Kita harus faham yang perlawanan pertama bukan mudah, para pemain dah lama tak bermain (secara berpasukan). Pemain kita gabra dan hadapi kesukaran pada separuh masa pertama, tetapi bertambah baik dan kita mendapat lebih banyak peluang berbanding Myanmar pada separuh masa kedua.
"Selepas ini kita harus memastikan bahawa peluang yang dicipta ditukar menjadi gol. Kalau kita tidak mampu menghasilkan gol daripada serangan-serangan yang kita lakukan, kita mungkin akan hadapi masalah dari segi perbezaan jaringan nanti," katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Pada aksi tersebut, Myanmar yang menampilkan aksi menyerang dan pantas, mengejutkan Malaysia dengan jaringan Kyaw Soe Moe pada minit ke-13, sebelum tandukan Muhammad Hadi Fayyadh Abdul Razak menyelamatkan skuad negara daripada kekalahan pada minit ke-24.
Kim Swee turut menjelaskan bahawa penyerang, Muhammad Akhyar Abdul Rashid hanya mengalami kekejangan otot kerana kesukaran beraksi di permukaan padang sintetik dan bukannya kecederaan serius.
Sementara itu, ketua jurulatih pasukan Myanmar, Velizar Popov berkata, beliau akan meneruskan taktikal menyerang pada perlawanan seterusnya.
" Saya berpendapat ia adalah keputusan yang adil. Malaysia menampilkan aksi yang hebat dan sukar untuk kami mengalahkan mereka. Namun permainan taktikal kami berhasil.
"Kami akan memperagakan rentak yang sama pada setiap perlawanan. Saya tidak melihat keperluan untuk melakukan perubahan," kata jurulatih kelahiran Bulgaria itu yang pernah membimbing skuad Kelantan pada 2016.
Myanmar seterusnya akan bertemu tuan rumah, Filipina pada Rabu ini, manakala Malaysia akan bertemu Filipina pada Jumaat ini selepas rehat selama tiga hari.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 25 2019
KIM SWEE: Kita harus faham yang perlawananan pertama bukan mudah, para pemain dah lama tak bermain (secara berpasukan).
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
Vietnam 'hantar' Harimau Muda pulang awal
Kekalahan itu menafikan hasrat menggunung skuad B-22 kebangsaan bimbingan E. Elavarasan untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Kim Swee nasihat elak tekan pemain bawa pulang pingat, fokus setiap perlawanan
Kim Swee melihat faktor tekanan untuk membawa pulang pingat sebagai antara cabaran utama dalam kejohanan berkonsepkan karnival itu.
Pengendali baharu skuad bola sepak B-22 diumumkan Mac nanti
Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam memaklumkan, setakat ini badan induk itu telah menerima sejumlah 12 permohonan termasuk empat jurulatih asing yang berminat untuk mengisi jawatan berkenaan.
FAM pertaruh pengalaman, kematangan Kim Swee
Ia kegagalan kedua Kim Swee sebagai jurulatih skuad muda negara tahun ini selepas pasukannya tidak layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23.
Mereka banyak bercakap dan inginkan publisiti - Kim Swee
Jurulatih yang membawa Malaysia merangkul emas pada edisi Sukan Edisi 2011 di Jakarta itu menyifatkan tindakan sesetengah pihak itu sebagai meraih publisiti.
Sukan SEA: Kim Swee sedia pendekatan berbeza terhadap Timor Leste
Datuk Ong Kim Swee desak pemainnya untuk tidak membahayakan peluang itu dan memberi tumpuan penuh untuk muncul di tangga kedua Kumpulan A.
'Terima kasih coach!'
Bintang Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mengakui dia berasa penat untuk beraksi selepas terpaksa mengharungi jadual perlawanan yang padat sepanjang tahun ini.
Digugurkan... titik perubahan Safawi Rasid
Kim Swee semalam mengesahkan tidak menyenaraikan Muhammad Safawi dalam skuad negara ke Sukan SEA 2019 di Filipina, demi kebaikan pemain itu yang telah mengharungi begitu banyak perlawanan musim ini.
B-22: Keupayaan bermain di posisi berbeza keutamaan Kim Swee
Fokus Kim Swee kini adalah memberi keutamaan kepada pemain yang mempunyai kelebihan beraksi, di beberapa posisi berbeza.
Sathianathan enggan lepas khidmat Syahmi
Syahmi adalah antara 26 nama yang tersenarai untuk menjalani latihan pusat kendalian Datuk Ong Kim Swee menjelang Kejohanan Piala AFF B-22 di Kemboja.