Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berjanji akan menghantar sendiri jenazah pramugari pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang telah berjaya ditemui pada Rabu kepada ahli keluarganya di Palembang.
Itu antara janji Tony yang dimuatnaik di laman Twitter miliknya pada Khamis.
Twit tersebut merujuk kepada penemuan satu mayat wanita lengkap berpakaian pramugari oleh Pasukan Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (BASARNAS) yang kemudiannya telah diterbangkan ke Hospital Surabaya pada Khamis bersama tiga mayat lain untuk proses pengecaman DNA.
Jasad mangsa telah ditemui bersama tag nama ‘Khairunnisa Haidar Fauzi’ yang tersemat di pakaian seragamnya serta memakai jam tangan berjenama Alexander Christie.
Bagaimanapun masih belum ada pengesahan mengenai identiti mayat tersebut.
Tony turut berharap agar berita pesawat QZ8501 telah ditemui adalah benar dan informasi yang diterima mengenainya adalah tepat.
Setakat ini hanya jenazah Hayati Lutfiah Hamid, salah seorang mangsa nahas pesawat QZ8501 yang telah sah dikenal pasti oleh Pusat Pengecaman Mayat Mangsa Bencana Indonesia (DVI).
Pesawat QZ8501 jenis Airbus A320-200 dilaporkan terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia pada 28 Dis 2014, jam 7.24 pagi.
Pesawat yang membawa 162 penumpang dan anak kapal itu telah berlepas dari Surabaya pada 5.35 pagi dan dijadual tiba di Singapura pada 8.20 pagi hari yang sama (28 Dis).
Penumpang pesawat itu terdiri daripada 149 orang warga Indonesia, Korea Selatan (3), Singapura, Malaysia dan United Kingdom (masing-masing seorang).
Pesawat dikendalikan dua juruterbang dan lima petugas kabin.
LIHAT GALERI FOTO KESEDIHAN MENYELUBUNGI NAHAS QZ8501
Azyyati Ahmad
Fri Jan 02 2015
Twit Tony Fernandes merujuk kepada penemuan satu mayat wanita lengkap berpakaian pramugari pada Rabu - Gambar Fail
Utara Gaza hadapi kebuluran yang mungkin merebak ke selatan
Pengarah Program Makanan Dunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Cindy McCain hari ini mengesahkan berlaku kebuluran secara menyeluruh di utara Semenanjung Gaza yang mungkin merebak ke sela
Tumpuan Ahad - 05 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas keterlanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
Kabinet belum bincang kenaikan harga petrol dan diesel, laporan media asing tidak betul - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
AirAsia Berhad bakal buang ratusan pekerja lagi
AirAsia bagaimanapun akan menyediakan bantuan asas seperti manfaat penjagaan kesihatan dan kupon penerbangan sehingga Disember 2020 kepada pekerja terjejas.
Anak kapal penerbangan terima tempias, hilang 70 peratus pendapatan bulanan dek COVID-19
70 peratus pendapatan anak kapal ini bergantung kepada elaun penerbangan.
Malaysia kekurangan pusat jagaan kanak-kanak - TPM
Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya 38,333 pusat penjagaan kanak-kanak yang berdaftar bagi menampung bilangan anak-anak berusia bawah empat tahun yang memerlukan penjagaan.
Mobile Legends: AirAsia Saiyan mahu bertemu MyA sekali lagi untuk tebus kesilapan
Pemain AirAsia Saiyan Ahmad Fuad Razali yang senang dikenali sebagai Fredo berkata kesilapan itu berlaku berikutan masalah teknikal komunikasi ketika kedua-dua pasukan berperang di kawasan Lord.
Gunung Agung: Rakyat Malaysia terkandas di Lombok cemas!
Rakyat Malaysia yang melancong ke Lombok mendakwa tidak dimaklumkan dengan jelas penutupan lapangan terbang Lombok.
AirAsia nasihat penumpang tiba awal di lapangan terbang sepanjang tempoh Tahun Baru Cina
AirAsia dan AirAsia X meminta semua penumpang yang menggunakan perkhidmatannya sepanjang tempoh perayaan Tahun Baru Cina supaya tiba awal di lapangan terbang bagi mengelak kesesakan
Briyani ayam masala mentega, muruku hidangan dalam penerbangan AirAsia sempena Deepavali
Briyani Ayam Masala Mentega akan menjadi satu daripada hidangan baharu dalam menu penerbangan AirAsia selain Muruku, snek kegemaran rakyat Malaysia yang ditawarkan sempena sambutan Deepavali.
MAHB patut bertanggungjawab insiden KLIA2 menakung air - Tony Fernandes
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes hari ini meluahkan rasa kekecewaannya berikutan keadaan KLIA2 yang ditenggelami air.
'Tiada kata yang boleh gambarkan kesedihan ini', ucap takziah Tony
Tony Fernandes telah menyampaikan ucapan takziahnya kepada keluarga mangsa pesawat AirAsia QZ8501, ekoran laporan berita bahawa serpihan pesawat dan mayat telah dijumpai di lokasi pencarian.
Tiba awal di lapangan terbang semasa Hari Raya, kata AirAsia
Air Asia menasihatkan penumpang supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum penerbangan.