awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek ada pengetahuan, kemahiran dalam pembuatan bahan letupan - Polis
Kes petrol RON95 disyaki tercemar: KPDN Sarawak buka kertas siasatan
Terowong terpanjang di dunia dibuka di Xinjiang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKPK sedia penyelesaian untuk bantu PKS uruskan hutang

Bernama
Bernama
14/08/2020
21:09 MYT
AKPK sedia penyelesaian untuk bantu PKS uruskan hutang
BNM berkata langkah itu dibuat berikutan perpindahan fungsi Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SDRS) daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada AKPK. - Gambar Fail
Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), akan menawarkan penyelesaian khusus untuk membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS), termasuk PKS mikro bagi menguruskan hutang mereka dan mempromosikan amalan pengurusan kewangan yang berhemat, berkuat kuasa pada 1 September .
Dalam satu kenyataan, BNM berkata langkah itu dibuat berikutan perpindahan fungsi Skim Penyelesaian Pinjaman Kecil (SDRS) daripada Bank Negara Malaysia (BNM) kepada AKPK.
"Dengan pemindahan ini, AKPK akan menjadi platform sehenti untuk individu dan PKS mendapatkan perkhidmatan penstrukturan hutang, pendidikan dan khidmat nasihat kewangan," katanya.
"AKPK boleh memberikan perkhidmatan penstrukturan hutang dan khidmat nasihat yang lebih cekap dan holistik untuk PKS yang mempunyai pinjaman dengan beberapa bank," kata bank pusat itu.
Selain itu, BNM berkata AKPK berada pada kedudukan yang baik untuk menjalankan fungsi ini berikutan pengalaman dan kepakarannya yang luas dalam membantu individu yang mengalami masalah kewangan menguruskan kewangan mereka menerusi Program Pengurusan Hutang yang berstruktur.
AKPK juga memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan kemampuan kewangan rakyat Malaysia melalui program pendidikan dan kaunseling kewangan yang disesuaikan.
Sejak ditubuhkan pada tahun 2006, AKPK telah menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada 1,096 juta individu dan daripada jumlah itu sebanyak sebanyak 324,815 peserta telah memohon untuk mendaftar ke Program Pengurusan Hutang (DMP).
Lebih daripada 28,000 peserta yang berdaftar dalam DMP telah melunaskan hutang mereka dalam agregat berjumlah RM1.28 bilion, katanya.
"Melangkah ke depan, PKS yang menghadapi masalah pembayaran balik pinjaman juga boleh menghubungi AKPK untuk mendapatkan bantuan dalam membuat pelan pembayaran semula yang sesuai dengan bank.
"PKS dapt mengakses dengan mudah dan selesa bagi mendapatkan SDRS melalui saluran dalam talian AKPK dan 12 cawangannya di seluruh negara," katanya.
Memandangkan tempoh moratorium automatik yang berakhir pada 30 September 2020, PKS yang masih menghadapi kesukaran untuk memenuhi kewajipan pinjaman mereka disarankan untuk mendapatkan nasihat mengenai bantuan pembayaran balik daripada bank masing-masing.
SDRS di bawah AKPK adalah penyelesaian tambahan bagi PKS untuk mendapatkan bantuan dan nasihat mengenai penjadualan dan penstrukturan semula hutang, ia melengkapkan usaha dilakukan industri perbankan bagi memberikan bantuan kepada PKS yang terjejas.
Sejak tahun 2003, SDRS telah membantu lebih daripada 1,200 PKS untuk menjadual dan menyusun semula pembiayaan perniagaan mereka berjumlah RM1.7 bilion.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#AKPK
#bank
#Bank Negara
#Bank Negara Malaysia
#pendidikan
#PKS
#rakyat
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan