awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azlan Hashim dilantik Pengerusi TM baharu

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
12/07/2021
11:50 MYT
Azlan Hashim dilantik Pengerusi TM baharu
Pelantikan Mohammed Azlan yang merupakan tokoh korporat terkemuka diharap dapat memacu pertumbuhan syarikat dengan lebih baik. - Gambar/ TM
KUALA LUMPUR: Datuk Mohammed Azlan Hashim dilantik sebagai Pengerusi Telekom Malaysia Berhad (TM) baharu berkuat kuasa 1 Ogos ini.
Beliau menggantikan Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang meletakkan jawatan selepas dilantik sebagai Pengerusi Petronas.
Menurut satu kenyataan media, syarikat telekomunikasi itu memaklumkan, pelantikan Mohammed Azlan yang merupakan tokoh korporat terkemuka diharap dapat memacu pertumbuhan syarikat dengan lebih baik.
“Beliau juga adalah Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Beliau membawa bersama pandangan meluas industri dan komersial, yang akan mempertingkat dan memperkaya kepakaran keseluruhan lembaga pengarah.
“Kami berharap kepada bimbingan, nasihat dan kepimpinan Datuk Azlan dalam syarikat meneruskan perjalanan transformasinya serta fasa penciptaan pertumbuhan dan penciptaan nilai yang berikutnya,” ujar kenyataan itu.
BACA: Ahmad Nizam kini Pengerusi PHB, Mohd Bakke terajui Petronas
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan pada Isnin mengumumkan pelantikan Bakke sebagai Pengerusi Petronas bagi menggantikan Tan Sri Ahmad Nizam Salleh yang dilantik sebagai Pengerusi Pelaburan Hartanah Berhad.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#pelaburan
#Malaysia
#KWSP
#EPF
#Petronas
#Khazanah
#Perdana Menteri
#Datuk Mohammed Azlan Hashim
#Telekom Malaysia
#pengerusi baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan