PUTRAJAYA: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan memberi penekanan terhadap bidang penyelidikan pembangunan eksperimental dengan menyalurkan pembiayaan bagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D), kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.
Menurutnya, ia bagi memanfaatkan peruntukan sebanyak RM423 juta oleh kerajaan menerusi Bajet 2022 kepada MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi.
“MOSTI amat menghargai keprihatinan kerajaan dalam memacu aktiviti R&D khususnya di peringkat penyelidikan pembangunan eksperimental oleh pihak industri, institusi pengajian tinggi dan agensi penyelidikan kerajaan.
“Aktiviti R&D mampu menjana pendapatan menerusi usaha pengkomersialan produk serta teknologi tempatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat semalam mengumumkan peruntukan itu termasuk RM295 juta kepada universiti awam untuk terus berperanan dalam ekosistem penyelidikan dan inovasi serta menggalakkan kerjasama dengan industri.
Bagi memperkasakan program strategi MyStartup oleh Cradle Fund Sdn Bhd, Dr Adham berkata pihaknya akan memberi sokongan terhadap setiap peringkat perkembangan dan pertumbuhan syarikat-syarikat pemula yang berpotensi.
Katanya, sebanyak RM20 juta diperuntukkan bagi memulih dan membina daya tahan syarikat-syarikat terbabit.
Menyifatkan Bajet 2022 sebagai input menyeluruh dari segenap lapisan masyarakat, beliau berkata MOSTI terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif yang telah dirangka dan memberi tumpuan kepada matlamat memulihkan kehidupan, serta mata pencarian rakyat.
"Ini selaras dengan tiga bidang fokus Bajet 2022 iaitu 3R; recovery (memulih), resilience (membina daya tahan) dan reform (menyusun semula) yang membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap Keluarga Malaysia," katanya.
Justeru, Dr Adham berkata beliau akan memastikan warga kementerian dan pelbagai agensi di bawah MOSTI sentiasa proaktif memastikan program yang dirancang dapat dilaksanakan agar manfaatnya dirasai seluruh Keluarga Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021
Adham berkata MOSTI terus komited melaksanakan pelbagai inisiatif yang telah dirangka dan memberi tumpuan kepada matlamat memulihkan kehidupan, serta mata pencarian rakyat. - Gambar fail
Premis MARA dijadikan stor, tidak dibuka diberi notis dua bulan pengosongan - Asyraf
Premis-premis Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang dijadikan stor atau tidak dioperasikan seperti dalam perjanjian, akan diberi notis dua bulan untuk dikosongkan.
10 Berita Pilihan - (10 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PRK KKB: Jangan bimbang keluar mengundi kerana keselamatan terjamin - KP Selangor
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, ini kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terjalin.
Malaysia sedia perkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran Lawrence Wong
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia bersedia untuk terus memperkukuh hubungan dengan Singapura di bawah pentadbiran bakal Perdana Menteri republik itu yang baharu, Lawrence Wong.
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 gegarkan timur Taiwan
Gempa bumi dengan magnitud 5.8 melanda pesisir pantai Daerah Hualien di timur Taiwan pada pukul 3.45 petang Jumaat.
AWANI Tonight: Survey predicts PH to retain KKB seat
Pakatan Harapan will likely retain the Kuala Kubu Bharu seat in Saturday’s by-election, according to a survey by Ilham Centre.
AWANI Tonight: Harnessing AI to Enhance Primary Education
Dr Sia Chin Chin from Taylor's University shares insights on effectively integrating AI education to enhance learning outcomes in primary schools.
AWANI Tonight: 10 May 2024
#AWANITonight with @cynthiaAWANI
1. Kuala Kubu Bharu: Survey predicts PH to retain seat
2. Spain, Ireland to recognise Palestinian state on May 21
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Kuala Kubu Bharu: Survey predicts PH to retain seat
2. Spain, Ireland to recognise Palestinian state on May 21
#AWANIEnglish #AWANINews
Syed Saddiq mohon pelepasan sementara pasport untuk ke Singapura dan Taiwan
Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah memfailkan permohonan bagi pelepasan sementara pasportnya untuk membolehkan beliau ke Singapura dan Taiwan.
Beratur panjang demi daging RM18 sekilogram
Orang ramai sanggup berbaris panjang sebelum pukul 7 pagi tadi untuk membeli daging lembu segar yang dijual dengan harga runtuh RM18 sekilogram (kg) di sebuah gerai di Kampung Gong Kemuntong di sini.
Malaysia iktiraf inisiatif, usaha IAEA selesai isu penggunaan teknologi nuklear
Dr Adham turut memaklumkan bahawa Malaysia bersedia serta komited untuk memberi sokongan dan kerjasama kepada IAEA.
MOSTI pelawa kerjasama antarabangsa bagi jayakan Pelan Tindakan Kesihatan Planet Negara
IIASA mempunyai kepakaran dalam analisis sistem bagi pelbagai bidang disiplin terutama yang berkaitan dengan sains alam sekitar.
Pusat Bateri Kenderaan Elektrik Hidrogen dilancarkan
HEBATT merupakan pencapaian penting bagi Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia yang diterajui NMB.
MOSTI salur geran dan pinjaman berjumlah RM215.15 juta kepada syarikat minyak dan gas sejak 2011
Geran dan pinjaman tersebut untuk memastikan sektor minyak dan gas negara mendapat pembiayaan dan pinjaman yang sepatutnya.
MOSTI teliti keperluan industri R&D pengkomersialan dan inovasi
MOSTI juga akan mengenal pasti langkah untuk memesatkan pembangunan harta intelek dan teknologi, seterusnya mempercepat pengkomersialan.
Malaysia fokus wujud bandar pintar - Dr Adham
Malaysia memberi penekanan terhadap pewujudan bandar pintar berdasarkan trend peningkatan jumlah penduduk di kawasan bandar.
SPRM buka 25 kertas siasatan berhubung isu pengurusan COVID-19
Azam berkata ia merangkumi pelbagai isu kesalahan dan telahpun memanggil mereka yang terlibat untuk membantu siasatan.
100,000 pekerjaan bakal diwujud melalui industri dron - Dr Adham
Kerajaan menyasarkan sebanyak 100,000 peluang pekerjaan diwujudkan melalui industri dron di Malaysia selain menyumbang RM50 bilion kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) menjelang 2030.
Pusat komuniti pembawa perubahan 'MakersLab' mula dibuka Mei ini
MakersLab adalah pusat untuk komuniti pembawa perubahan berkumpul, berkongsi buah fikiran serta menjalankan eksperimen.
Bajet 2022: MOSTI fokus bidang penyelidikan pembangunan eksperimental
Ia bagi memanfaatkan peruntukan RM423 juta oleh kerajaan menerusi Bajet 2022 kepada MOSTI dan Kementerian Pengajian Tinggi.