KUALA LUMPUR: Bank-bank kini menyemak semula kadar rujukan mereka selepas Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 2.00 peratus daripada 1.75 peratus.
Dalam kenyataan pada Khamis, Affin Bank Bhd menjelaskan Affin Bank, Affin Islamic Bank Bhd dan Affin Hwang Investment Bank menyemak semula kadar rujukan pinjaman/pembiayaan masing-masing dengan kenaikan 25 mata asas berkuat kuasa 13 Mei, 2022.
Selaras dengan semakan itu, Kadar Semasa bagi Deposit Tetap Affin Bank dan Deposit Berjangka-i Affin Islamic Bank juga diselaraskan meningkat mulai 13 Mei.
Menurut Hong Leong Bank Bhd (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank Bhd pula, kedua-dua bank menyemak semula kadar asas dan kadar asas Islam kepada 2.88 peratus daripada 2.63 peratus.
Pinjaman dan pembiayaan berasaskan kadar pinjaman asas dan kadar pembiayaan Islam akan disemak kepada 5.89 peratus daripada 5.64 peratus, berkuat kuasa 17 Mei, menurut kedua-dua bank itu dalam kenyataan berasingan.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB, Domenic Fuda berkata kadar yang disemak itu masih kompetitif untuk pelaburan dan penggunaan dalam merangsangkan ekonomi Malaysia, terutama bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan peminjam korporat yang ingin mengukuhkan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Dalam kenyataan lain, Bank Islam Malaysia Bhd menjelaskan ia juga menyemak semula kadar asas dan kadar pembiayaan asas sebanyak 25 mata asas kepada 2.77 peratus dan 5.72 peratus, manakala kadar deposit bank itu juga diselaraskan meningkat sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa mulai 17 Mei, 2022.
"Kami menyedari cabaran berterusan yang dihadapi oleh pelanggan dan ingin memastikan bantuan kewangan kami kekal tersedia untuk mereka mendapatkan semula kedudukan kewangan yang kukuh," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Mohd Muazzam Mohamed.
Sementara itu, Bank Muamalat memaklumkan ia menyemak semula kadar asas dan kadar pembiayaan asas masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.81 peratus daripada 2.56 peratus dan 5.81 peratus berkuat kuasa 13 Mei.
Sejajar dengan kenaikan kadar asas dan kadar pembiayaan asas, bank turut menyemak semula kadar deposit Akaun Berjangka Tetap-i sebanyak 25 mata asas.
Sementara itu, Public Bank Bhd akan menaikkan kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) / kadar pembiayaan asas (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa 13 Mei, 2022.
Susulan itu, kadar asas akan berada pada 2.52 peratus daripada 2.27 peratus dan kadar pinjaman asas/kadar pembiayaan asas akan berada pada 5.72 peratus daripada 5.47 peratus," kata bank itu dalam satu kenyataan hari ini.
Pada masa yang sama, kadar deposit tetap Public Bank juga akan dinaikkan dengan sewajarnya sebanyak 0.25 peratus bagi semua tempoh, berkuat kuasa pada tarikh yang sama.
Bernama
Thu May 12 2022
Semakan semula kadar rujukan dibuat selaras dengan pengumuman kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia sebanyak 25 mata asas daripada 1.75 peratus kepada 2.00 peratus pada Rabu. - Gambar fail
Prestasi Bursa Malaysia setakat 7 Mei 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.48 bilion unit bernilai RM3.12 bilion daripada 3.87 bilion unit bernilai RM3.15 bilion pada minggu lepas.
Pekerjaan masa depan: 3 hari seminggu ke pejabat, rangsang produktiviti pekerja, syarikat?
Tinjauan Workmonitor 2024 di Malaysia yang dilakukan Randstad Malaysia mendapati dua daripada lima rakyat negara ini sanggup berhenti sekiranya diminta bekerja lebih kerap di pejabat. Trend ini amat kuat dalam kalangan generasi muda, dengan hampir separuh daripada Gen Z (49 peratus) dan Milenium (47 peratus) menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.
Bagaimana untuk memahami hubungan antara struktur lanskap dan budaya pekerjaan ketika ini? Bersama Perunding Sumber Manusia, Faizal Ridzuan.
Bagaimana untuk memahami hubungan antara struktur lanskap dan budaya pekerjaan ketika ini? Bersama Perunding Sumber Manusia, Faizal Ridzuan.
Keupayaan merancang, melaksanakan reformasi dasar negara
Bagaimana dinamika ekonomi, sosial dan budaya semasa dalam mempengaruhi pembangunan dan transformasi negara seperti Malaysia? Kupasa bersama Ketua Ekonomi Buruh, Kementerian Sumber Manusia dan Emiratis, UAE, Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari.
OPR: Pengaruh keputusan bank pusat Asia lain
Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkongsi pandangan berkenaan unjuran kadar dasar semalaman (OPR) yang dijadualkan pada 8-9 Mei 2024.
Haji 2024: Boleh undang stres, jangan pandang mudah cuaca panas
Cuaca panas di Tanah Suci dijangka mencecah 50 darjah Celcius tahun ini.
AWANI Ringkas: Goldman Sachs selesai membayar penalti AS$2.9 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
KPDN Melaka tumpaskan sindiket seleweng diesel bersubsidi
Serbuan dibuat hasil pemantauan intensif anggotanya di lokasi 'panas' aktiviti penyeludupan dan pemindahan bahan api itu ke luar Melaka.
“Arwah Hail Amir mesra orangnya, mudah berkawan” - Chuari Selamat
Suatu hal yang istimewa mengenai Hail Amir ialah beliau tidak pernah sesekali lupa menghargai komposer dan penulis lirik, kata Chuari.
Ayat 'jika PH ditakdirkan menang' bayangkan moral dan semangat PN runtuh - Fahmi
Katanya, ayat berkenaan juga seolah-olah membayangkan bahawa PN sedia mengaku kalah pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu, Sabtu ini.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$113.76 bilion pada akhir Mac 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$1.61 bilion, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh
Kadar antara bank jangka pendek ditutup kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Rizab Antarabangsa BNM berjumlah AS$113.4 bilion pada 15 April 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$113.4 bilion pada 15 April, 2024 berbanding dengan US$113.8 bilion pada 29 Mac, 2024.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.