Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengenal pasti lebih 5,000 syarikat terbabit dalam penipuan pungutan dan tuntutan balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak ia dilaksanakan pada 1 April 2015.
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromaniam berkata JKDM juga telah membuka kertas siasatan terhadap semua syarikat terbabit dengan sebahagiannya telah didakwa di mahkamah.
"Mereka ini yang 'hardcore' (tegar), bukan kurang faham mengenai GST kerana yang itu (tidak faham) kita tidak bawa ke mahkamah. Syarikat (hardcore) ini yang telah memungut GST, tidak bayar dan menipu," katanya kepada pemberita selepas acara Kayuhan Amal Kastam 1Malaysia (KAK1M), di sini hari ini.
Katanya JKDM akan terus mendidik syarikat yang telah mendaftar GST melalui strategi mesra pelanggan iaitu 'pematuhan melalui pendidikan' berbanding penguatkuasaan serta tindakan penghukuman.
"Untuk mengurangkan isu penipuan ini, kita turut memperkenalkan program Duta GST. Pada awal pelaksanaan banyak syarikat yang kurang faham, sebab itulah kita ambil pendekatan lebih mesra," katanya.
Subromaniam berkata setakat 31 Dis 2017, sebanyak 465,000 telah mendaftar GST, melebihi sasaran awal 200,000 syarikat.
Ditanya sasaran kutipan GST pada tahun ini, beliau berkata JKDM menetapkan sasaran RM43 bilion, meningkat sebanyak RM1 bilion berbanding 2017.
"Bagaimanapun, kami percaya kami boleh mencapai lebih daripada itu. Tahun lepas kita telah mencapai sasaran ditetapkan kerajaan RM42 bilion dan angka sebenar akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Januari ini," katanya.
Berhubung KAK1M, Subromaniam berkata acara itu yang diadakan di seluruh negara secara serentak bertujuan mempromosikan amalan gaya hidup sihat dan memberi peluang kepada masyarakat berinteraksi dengan pihak JKDM.
Pada program itu, JKDM turut menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Persatuan Sindrom Down Malaysia (PSDM) hasil kutipan dana pada program itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 20 2018
Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromaniam berkata JKDM juga telah membuka kertas siasatan terhadap semua syarikat terbabit dengan sebahagiannya telah didakwa di mahkamah. - Gambar fail
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Jumlah mangsa banjir di daerah ini kekal 300 orang daripada 69 keluarga.
Malaysia terus komited sokong OIC
Malaysia terus berpegang teguh kepada sokongan terhadap pertubuhan kerjasama islam (OIC) dalam mempromosi keamanan, keselamatan dan pembangunan ummah.
PM Anwar hadir Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Pulau Pinang
Perdana Menteri menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 Peringkat Pulau Pinang di Tapak Pesta Sungai Nibong, George Town.
Masih terlalu awal bincang pertukaran Mohd Shukri - Pas
Masih terlalu awal untuk membincangkan isu pertukaran kepemimpinan di Perlis susulan Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli kini disiasat SPRM.
Linkin Park bakal reunion, vokalis Evanescence ganti mendiang Chester Bennington?
Satu sumber memberitahu kumpulan legenda Linkin Park akan reunion sekali gus melakukan siri jelajah konsert pada 2025.
Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor berkata ia berdasarkan keterangan mangsa.
Sentuhan berbisa Erling Haaland hakis kegusaran Guardiola
Kemenangan itu melanjutkan rekod tanpa kalah Man City dalam EPL kepada 20 perlawanan.
AWANI Ringkas: PM: Kerajaan belum ada keputusan muktamad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Pemuda maut motosikal bergesel lori di BKE
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Seorang pemuda maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan lori di Kilometer 13.9 Lebuhraya Butterworth Kulim (BKE), tengah hari Sabtu.
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Pemain veteran Portugal itu dua kali menemui penyudah dalam tempoh 12 minit pertama sebelum melengkapkan hatriknya selepas rehat.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
LHDN kutip cukai RM183.3 bilion pada 2023, tertinggi dalam sejarah
Beliau merakamkan penghargaan kepada semua pembayar cukai yang menyumbang kepada pendapatan negara.
Program memfail borang nyata cukai keuntungan modal mulai 1 Mac 2024
Pelupusan aset modal tersebut bagi tempoh 1 Januari 2024 hingga 29 Februari 2024 adalah dikecualikan cukai.
Kerajaan akan gubal undang-undang Cukai Barang Bernilai Tinggi - Ahmad Maslan
Kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan Cukai Barang Bernilai Tinggi pada kadar lima hingga 10 peratus terhadap barang bernilai tinggi tertentu.
New Zealand batal larangan generasi merokok, bantu tampung pemotongan cukai
New Zealand akan membatalkan larangan generasi merokok untuk membantu menampung pemotongan cukai yang dijanjikan.
'Influencer’ tunjuk mewah dipantau LHDN
LHDN telah mengenal pasti pempengaruh atau influencer di media sosial serta individu yang gemar menayang wang tunai dan kemewahan bagi memastikan mereka tidak lari daripada membayar cukai.
Aktiviti pengumpulan dana dapat diteruskan menerusi pengecualian CGT - SC
SC menyambut baik langkah itu kerana kerajaan telah mempertimbangkan langkah dalam mengimbangi keperluan untuk meluaskan asas cukai.