KUALA LUMPUR: Coop Bank Pertama (CBP) bakal memperkenalkan beberapa produk baharu berkenaan perbankan runcit dan menyasarkan pertumbuhan 10 peratus hingga 15 peratus dari portfolio runcit sedia ada.
MenterI Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Tan Sri Noh Omar berkata, CBP turut memperkukuh dan memperkenalkan inisiatif digitalisasi bagi meningkatkan pencapaian kepada pelanggan baharu dan kemudahan pelanggannya menerusi perbankan patuh syariah.
Katanya, sebanyak RM700 juta diperuntukkan bagi pembiayaan koperasi dan produk pembiayaan bagi sektor koperasi untuk meningkatkan portfolio kepada 30%.
Ujarnya, produk pembiayaan sektor koperasi terbahagi kepada enam pembiayaan yang dapat dimanfaatkan oleh gerakan koperasi iaitu Pembiayaan Hartanah-i; Pemfaktoran-i; Pembiayaan i-Kontrak; Pembiayaan Penyambung-i (bridging) dan Pembiayaan Berjangka-i serta Pembiayaan Kredit Berputar-i.
“Sehingga September lalu, pendapatan CBP adalah lebih RM299 juta dan menyasarkan peningkatan sehingga RM385 juta menjelang hujung Disember 2021.
“Prestasi CBP pada tahun ini turut ketara diperlihatkan menerusi pemberian moratorium kepada peminjam sebanyak hampir RM4 billion kepada peminjam jelas menunjukkan institusi kewangan ini turut memainkan peranan dalam membantu ekonomi anggotanya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media sesi Kunjungan Hormat dan Taklimat bersama CBP, di sini, pada Isnin.
Turut hadir, Ketua Setiausaha MEDAC, Datuk Suriani Ahmad; Pengerusi CBP, Datuk Baharom Embi dan Timbalan Pengerusi CBP, Nor Hidayah Omar.
Kata Noh, peranan CBP dalam menjayakan Pelan Transformasi Koperasi Negara (TRANSKOM 2021-2025) dikenalpasti sebagai penyediaan sumber dana keada gerakan koperasi dalam lima bidang Ekonomi Utama.
“Lima bidang ini adalah perladangan, pertanian, pelancongan, peruncitan dan perumahan dan lain bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana kerajaan.
“CBP turut dilantik Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sebagai Pengurus Akaun Deposit Koperasi (ADK) pada September 2019 dimana lebih 180 koperasi mencarum di dalam Kumpulan Wang Rizab Statutori (KWRS) dengan jumlah dana diterima melebihi RM80 juta dengan dividen 2020 sebanyak 2.5%.
“CBP membantu pelanggan dalam pelbagai aktviti termasuk memberikan latihan pengurusan kredit pembiayaan syariah yang tepat bagi menggerakkan koperasi ke peringkat lebih baik bahkan menjadi contoh kepada koperasi lain,” katanya.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Tue Nov 16 2021
Sebanyak RM700 juta diperuntukkan bagi pembiayaan koperasi dan produk pembiayaan bagi sektor koperasi untuk meningkatkan portfolio kepada 30%. - Foto DagangNews.com
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
CBP umum 6.5 peratus dividen bagi tahun kewangan 2023
CBP) hari ini mengumumkan kadar dividen bagi Syer Biasa adalah sebanyak 6.50 peratus dan Syer Keutamaan (iRCPS) sebanyak 6.78 peratus bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2023.
CBP agih dividen tertinggi berjumlah RM60.91 juta
CBP mengumumkan pembayaran dividen tertinggi sejak penubuhannya berjumlah RM60.91 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2022.
Keuntungan 2022 CBP melonjak 20 peratus, tertinggi dalam sejarah
Baharom berkata, keuntungan itu melonjak 20 peratus berbanding tahun sebelumnya iaitu sebanyak RM86.14 juta.
Kibar kain rentang 10 meter di dasar laut, CBP catat nama dalam MBOR
CO-OPBANK Pertama (CBP) berjaya mencipta nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi kibaran kain rentang sepanjang 10 meter di dasar laut.
CBP agih wakalah zakat lebih RM500,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah lebih RM512,000 menerusi Program CBP Mahabbah yang mensasarkan golongan asnaf berkelayakan.
CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.
Kempen Hello CBP tawar hadiah keseluruhan lebih RM1 juta
Co-opbank Pertama (CBP) menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah lebih dari RM1 juta menerusi Kempen Hello CBP yang bermula dari 1 Januari 2023 sehingga 31 Disember 2023.
CBP, PR1MA jalin kerjasama bantu pemilikan kediaman menerusi CBP MyPR1MA
Co-opbank Pertama (CBP) menjalin kerjasama bersama PR1MA menerusi Skim CBP MyPR1MA bagi membantu golongan pertengahan memiliki kediaman impian mereka di seluruh negara.
CBP buka semula tawaran syer kepada orang ramai mulai 1 Jan 2023
Langkah itu diyakini dapat membantu meningkatkan bilangan anggota serta modal syer anggota CBP untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.
CBP agih wakalah zakat hampir RM370,000
Co-opbank Pertama (CBP) mengagihkan dana wakalah zakat berjumlah RM367,168 kepada 16 buah masjid dan 400 penerima individu di seluruh negara.