awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Supermax gantung operasi kilang Meru selama tiga hari

Bernama
Bernama
09/02/2021
21:19 MYT
COVID-19: Supermax gantung operasi kilang Meru selama tiga hari
Penutupan sementara pada 10-12 Februari adalah sejajar usaha meminimumkan risiko penyebaran virus COVID-19. - Facebook Supermax Corporation Bhd
KUALA LUMPUR:Supermax Corp Bhd bertindak menggantung sementara operasi di kilang pengeluarannya di Meru dekat Klang, Selangor, selama tiga hari mulai 10 Februari 2021, berikutan beberapa kes positif COVID-19 membabitkan kalangan pekerjanya.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat pengeluar sarung tangan getah itu berkata ia mencatat kes pertama virus tersebut yang dipercayai berpunca daripada pihak pengangkut luaran, walaupun telah melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
"Aspek keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan komuniti tempatan merupakan keutamaan dalam usaha membendung penularan ini.
"Penutupan sementara pada 10-12 Februari ini adalah sejajar dengan usaha untuk meminimumkan risiko penyebaran virus tersebut," katanya.
Syarikat itu juga menegaskan bahawa ia telah menjalankan ujian saringan COVID-19 berkala bagi kalangan pekerja asing dan tempatan di semua kilang miliknya.
"Supermax juga memberi kerjasama erat kepada Kementerian Kesihatan dan akan terus mematuhi SOP COVID-19 yang telah ditetapkan.
"Usaha pembasmian kuman di semua premis dan asrama pekerja akan turut diteruskan secara lebih kerap dengan melaksanakan semua langkah-langkah kawalan secara ketat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gantung operasi
#operasi
#gantung
#kilang
#Meru
#Klang
#COVID-19
#tutup
#risiko penyebaran virus
#ujian saringan
#pekerja asing
#Pekerja
#kawalan ketat
#pembasmian kuman
#asrama pekerja
#sarung tangan getah
#Kes Pertama
#pengangkut luaran
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan