KUALA LUMPUR: Petronas dijangka meningkatkan perbelanjaan modal (capex) pada separuh kedua 2022 yang dilihat akan memberi manfaat kepada syarikat minyak dan gas tempatan (O&G) yang kecil.
Pada separuh pertama, Petronas membelanjakan capex sebanyak RM18.9 bilion, disumbangkan terutamanya menerusi projek huluan.
Menurut Penganalisis Kenanga Research, Steven Chan, pemain industri seperti Dayang Enterprise Holdings Bhd akan mendapat kelebihan daripada permintaan yang lebih tinggi daripada kerja-kerja penyelenggaraan, pembinaan dan pengubahsuaian (MCM) luar pesisir dan pentauliahan dan sambungan (HUC).
Katanya, aktiviti segmen brownfield yang lebih tinggi seperti perkhidmatan telaga serta perkhidmatan dan pengoptimuman pengeluaran telaga pula akan memberi manfaat kepada Uzma Bhd manakala Velesto Energy Bhd meraih kelebihan dari segi peningkatan permintaan bagi pelantar jack-up.
"Bagaimanapun, terdapat kebimbangan mengenai capex Petronas yang akan terjejas apabila ia meningkatkan komitmen dividennya kepada kerajaan sebanyak RM50 bilion tahun ini berbanding RM25 bilion pada 2021.
"Kami tidak melihat ini sebagai gangguan kerana Petronas dijangka merekodkan hasil tahun kewangan berakhir 31 Disember 2022 (FY22) yang lebih kukuh (tanpa berlaku kejatuhan utama dalam harga minyak pada separuh kedua).
"Selain itu, Petronas juga memiliki penampan tunai yang kukuh sebanyak RM103 bilion, tertinggi sejak 2018," jelasnya dalam nota kajian pada Isnin.
Pada 30 Ogos lalu, Petronas mengumumkan dividen tambahan sebanyak RM25 bilion, menjadikan angka keseluruhan pembayaran dividen kepada kerajaan berjumlah RM50 bilion tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata pembayaran dividen yang akan dibuat pada akhir 2022 itu adalah pembayaran kedua tertinggi selepas RM54 bilion termasuk RM30 bilion dividen khas yang dibayar pada 2019.
Namun, beliau turut menekankan pembayaran tambahan itu juga bergantung kepada garis panduan obligasi yang dilaksanakan membabitkan peruntukan modal bagi memastikan perniagaan Petronas berjalan seperti biasa dan mengambil kira keperluan syarikat untuk terus berkembang.
Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2022, Petronas merekodkan pendapatan sebanyak RM172.1 bilion, berbanding RM109.6 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya manakala keuntungan selepas cukai (PAT) melonjak 146% kepada RM46.4 bilion, berbanding RM18.8 bilion sebelum ini.
Petronas pada Mac lalu dilaporkan bercadang untuk melabur di antara RM40 bilion hingga RM50 bilion bagi capex pada tahun ini disokong oleh harga minyak yang lebih tinggi.
Peruntukan itu adalah sama seperti jumlah sebelum pandemik COVID-19 dan lebih tinggi daripada capex pada 2021 dan 2021.
Sehubungan itu, Chan mengekalkan pandangan 'overweight' terhadap sektor O&G dipacu harga minyak mentah yang kukuh, dirangsang oleh perbelanjaan capex dan aktiviti yang semakin meningkat.
"Kami turut mengekalkan unjuran harga minyak mentah Brent sekitar AS$100 hingga AS$110 setong bagi 2022 hingga 2023.
"Ini berbeza daripada unjuran Petronas antara AS$90 hingga AS$95 setong pada separuh kedua dengan cenderung kepada penurunan pada 2023," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Sep 13 2022
Pada separuh pertama, Petronas membelanjakan capex sebanyak RM18.9 bilion, disumbangkan terutamanya menerusi projek huluan.
Warga asing rompak pemandu e-hailing wanita ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing disyaki terlibat dengan kes rompakan bersenjata seorang pemandu e-hailing wanita di Sibu.
Muay Thai: Johan Ghazali fikir nak menang, bukan ganjaran
Muhamad Johan Ghazali Zulfikar menegaskan wang ringgit bukan motivasi utamanya setiap kali beraksi di gelanggang.
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia lawat Malaysia pada Selasa
Volker Turk, Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia akan mengadakan Lawatan Kerja ke Malaysia pada Selasa.
AWANI Borneo [03/06/2024] – Hari Keputeraan #agongkita | Pelan induk saliran mesra alam
AWANI Borneo 3 Jun 2024 bersama Jasmine Abu Bakar.
- #AgongKita : Sultan Ibrahim bersantap Nasi Lemak Wanjo
- Malaysia tekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam
- Kaji data miskin tegar Sabah berbanding Semenanjung - Shafie
- #AgongKita : Sultan Ibrahim bersantap Nasi Lemak Wanjo
- Malaysia tekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam
- Kaji data miskin tegar Sabah berbanding Semenanjung - Shafie
Real Madrid yang menang, Chelsea yang dapat duit!
Real dianggarkan perlu menyelesaikan bayaran hasil kemenangan tersebut dengan jumlah 13 hingga 15 juta pound kepada Chelsea.
Kaji data jurang pendapatan dan kemudahan di Sabah - Shafie
Presiden parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan penelitian semula terhadap data miskin tegar di Sabah perlu dilakukan berdasarkan jurang pendapatan dan kemudahan asas yang ketara di antara negeri tersebut dan semenanjung.
Tarik minat pelajar lepasan SPM isi kekurangan
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia di Sarawak disaran memilih jurusan kejururawatan bagi mengisi kekurangan profesion tersebut.
Penglibatan komuniti penting bagi kelestarian Sarawak
Penglibatan semua lapisan komuniti dalam menjaga dan memelihara ekosistem Geopark adalah amat penting melestarikan sesebuah kawasan terpelihara.
Malaysia tekan penerapan pelan induk saliran mesra alam
Malaysia menekankan penerapan Pelan Induk Saliran Mesra Alam (PISMA) untuk menengani isu di kawasan bandar yang sering dilanda banjir sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membangunkan bandar tahan bencana.
Imigresen tahan enam warga Rohingya disyaki terlibat seludup manusia
Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket penyeludupan manusia dan menahan enam etnik Rohingya dalam operasi khas di sekitar Kota Bharu.
Md Akid tekad pertahan gelaran Cup Prix Malaysia
Juara bertahan kategori CP 150 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Md Akid Aziz bertekad mempertahankan takhtanya dengan memenangi kesemua 10 pusingan pada musim ini.
Petros ambil alih aktiviti jual beli gas asli bermula 1 Julai depan
Petroleum Sarawak Bhd (Petros) akan mengambil alih peranan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dalam semua aktiviti jual beli gas asli di Sarawak.
Perdana Menteri akan bertemu Petronas untuk bincang mengenai projek di Pengerang
Beliau berkata terdapat satu lagi aspek yang perlu dibincangkan berhubung komitmen Saudi Aramco memperluas fasiliti di Pengerang.
Petronas Dagangan catat jualan lebih 16 bilion liter bahan api pada 2023
PDB merekodkan peningkatan perolehan sebanyak dua peratus didorong jumlah jualan lebih tinggi dan keuntungan selepas cukai yang meningkat.
Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino
Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Pendapatan 2023 Petronas turun kepada RM343.6 bilion, seiring syarikat O&G global
Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas mencatatkan prestasi yang berdaya tahan bagi tahun 2023, biarpun dalam persekitaran yang tidak menentu.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
Kami akan teruskan legasi Tun Taib Mahmud - Premier Sarawak
Allahyarham telah memberi sumbangan yang amat besar, malah beliau merupakan seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.
Cadangan loji jana kuasa di Labuan masih di peringkat awal - Petronas
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu di Labuan masih di peringkat awal.