KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar empat hingga lima peratus tahun ini, disokong oleh permintaan kukuh dalam negeri dan keadaan sektor luaran yang bertambah baik, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
Beliau berkata, ekonomi global yang bertambah baik berserta dengan peningkatan kitaran teknologi akan memberi manfaat kepada eksport Malaysia, terutamanya memandangkan negara merupakan peserta dominan dalam industri semikonduktor global.
Pada masa yang sama Abdul Rasheed berkata pembaharuan yang dilaksanakan termasuk Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal dan Rangka Kerja Fiskal Jangka Sederhana akan menyokong pengurangan defisit fiskal kepada antara -3 peratus hingga -3.5 peratus daripada KDNK menjelang 2025.
"Kerajaan komited untuk memastikan kemampanan fiskal melalui beberapa inisiatif pembaharuan dasar fiskal.
"Langkah ini akan disokong oleh peningkatan hasil dan pengoptimuman perbelanjaan, termasuklah peluasan asas cukai," katanya dalam ucap tama beliau pada Simposium Kewangan Islam 2024 maya, anjuran Fitch Ratings, hari ini.
Abdul Ghaffour juga berkata daya tahan sektor luaran negara adalah kelebihan utama Malaysia dan ini disumbang oleh lebihan akaun semasa, tahap hutang luar negeri yang boleh diurus, kedudukan aset luaran bersih dan tahap rizab antarabangsa yang mencukupi.
"Kedudukan ini membolehkan Malaysia mengharungi keadaan kewangan global yang tidak menentu daripada kedudukan yang kukuh dan memastikan pasaran kewangan domestik terus kekal teratur," katanya.
Beliau berkata pada 2023 sahaja kira-kira AS$70 bilion (RM329 bilion) pelaburan telah diluluskan dengan pelaburan langsung asing menyumbang sebanyak 57 peratus.
Hampir 74 peratus daripada projek yang diluluskan antara 2021 hingga 2023 juga telah dilaksanakan, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
Ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada kadar empat hingga lima peratus tahun ini, disokong oleh permintaan kukuh dalam negeri dan keadaan sektor luaran yang bertambah baik, kata Gabenor BNM Datuk Abdul Rasheed Ghaffour. - Gambar fail/BERNAMA
Bekas pegawai PTG didakwa tipu status Tanah Rizab Melayu
Rosli Che Mohamed, 64, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ibrahim Osman.
AWANI Ringkas: Menteri Besar Perlis beri keterangan kepada SPRM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki bunuh kekasih terlepas hukuman gantung, ganti jel 30 tahun
Seorang penyelenggara stor yang membunuh teman wanitanya dengan menjerut leher menggunakan kain tudung terselamat daripada tali gantung.
Empat lelaki ditahan bantu siasatan kes gaduh di kuil
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan dan usaha mengesan suspek lain sedang giat dijalankan.
Pencarum perlu upskill dan reskill untuk tingkatkan jumlah wang persaraan - Pakar
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Selasa. Antara lain, beliau menasihatkan agar pencarum tingkatkan juga literasi kewangan.
[TERKINI] SPRM sahkan MB Perlis diambil keterangan
Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya bagi membantu siasatan kes melibatkan anak lelakinya.
Biotoksin masih tinggi, penternak diminta jangan jual kupang - Jabatan Perikanan
Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Bintang 'Spider-Man' Tom Holland zahir hasrat kahwini aktres Zendaya
Bintang Spider-Man itu dikatakan sudah berbincang dengan Zendaya untuk berkahwin.
Kes lelaki Israel: Kertas siasatan 10 suspek akan dirujuk AGC minggu ini
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, perbincangan akan diadakan bagi membuat keputusan terhadap tindakan lanjut yang akan dikenakan terhadap suspek terlibat.
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
Niaga hadapan FBM KLCI dijangka terus catat momentum meningkat minggu depan
Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengekalkan trajektori meningkat minggu depan.
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar kepada RM5.1 bilion pada Januari
Aliran keluar portfolio asing Malaysia melebar pada Januari, apabila warga asing menjual bersih sekuriti hutang bernilai RM5.1 bilion.
Elak birokrasi, tumpu usaha tarik pelabur asing - Tengku Zafrul
Semua kementerian perlu memberi tumpuan terhadap usaha menarik pelaburan dari luar negara dengan mengurangkan birokrasi.
Inflasi Malaysia 2.4 peratus pada Jun, terendah bagi separuh pertama 2023
Inflasi Malaysia pada Jun 2023 mereda kepada 2.4 peratus, angka terendah bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan sentimen berhati-hati
Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan lebih rendah berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat.
Ringgit susut berikutan pengukuhan dolar AS
Ringgit meneruskan penurunannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal Isnin.
Elon Musk minta jumpa PM Anwar minggu depan
Bilionair Elon Musk menyatakan hasrat untuk bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada minggu depan berhubung penambahan pelaburan di Malaysia.
Anwar umum duti setem dikurang kepada 0.10 peratus, tingkat daya saing pasaran saham
Kerajaan mengumumkan kadar duti setem bagi saham yang didagangkan di Sekuriti Bursa Malaysia dikurangkan daripada 0.15 peratus kepada 0.10 peratus daripada nilai kontrak.
AmInvestment semak turun unjuran pendapatan Malaysia Airports bagi FY23-FY24
Bagaimanapun, keuntungan bersih FY25 dikekalkan dengan menjangkakan peningkatan yang mampan dalam trafik penumpang MAHB.
Pelabur asing kembali ke Bursa Malaysia, beli RM11.5 juta ekuiti minggu lepas - MIDF
Bursa Malaysia menyaksikan kehadiran semula dana asing pada minggu lepas dengan pembelian bersih ke atas ekuiti tempatan bernilai RM11.5 juta.