KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih tertinggi sebanyak RM806.23 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Julai 2022 berbanding RM588.32 juta yang disaksikan semasa tahun sebelumnya berikutan pendapatan pembinaan serta hartanah yang lebih kukuh.
Syarikat kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur itu berkata pendapatan luar negaranya melonjak tiga kali ganda kepada RM292 juta daripada hanya RM98 juta tahun lepas, berikutan jualan hartanah meningkat ke paras tertinggi sebanyak RM4 bilion, lonjakan 40 peratus berbanding RM2.9 bilion sebelum ini.
Gamuda turut menyaksikan perolehannya menokok kepada RM4.92 bilion pada tahun kewangan 2022 daripada RM3.27 bilion.
Bagi suku keempat berakhir 31 Julai tahun kewangan 2022 keuntungan bersih Gamuda bertambah kepada RM255.24 juta berbanding RM212.88 juta yang diterima semasa suku keempat tahun kewangan 2021, selepas disokong oleh pendapatan pembinaan dan hartanah yang lebih mantap.
Perolehan untuk suku berkenaan melonjak kepada RM1.87 bilion daripada RM835.95 juta.
"Tidak termasuk peruntukan kerugian rm26 juta secara sekali sahaja ke atas penjualan 50 peratus kepentingan kumpulan dalam Terowong Smart kepada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR), bahagian konsesi melaporkan pendapatan suku tahunan sebanyak RM25 juta berbanding suku tahun lepas iaitu RM11 juta, dan pendapatan tahun semasa berjumlah RM149 juta daripada RM163 juta yang diterima pada tahun sebelum ini.
"Penjualan itu dijangka selesai menjelang Oktober 2022," katanya.
Kumpulan itu ketika bercakap mengenai prospek menjangkakan prestasi tahun depan akan didorong oleh jualan hartanah, peningkatan kemajuan kerja bagi projek pembinaan di Australia serta kerja-kerja penyiapan MRT Laluan Putrajaya.
"Melangkah ke hadapan, daya tahan kumpulan disokong oleh tempahan dalam tangan pembinaannya yang besar iaitu hampir RM14 bilion dan jualan hartanah belum dibil yang mencecah RM6.2 bilion.
"Selain itu, kumpulan ini mempunyai kunci kira-kira yang sihat dengan gearan yang rendah pada masa ini iaitu sebanyak 0.1 kali, yang akan menjadikan wang tunai bersih positif apabila selesai jualan lebuh raya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 30 2022
Gamuda turut menyaksikan perolehannya menokok kepada RM4.92 bilion pada tahun kewangan 2022 daripada RM3.27 bilion.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Tingkat kawalan di sempadan tangani kemasukan kambing, lembu murah menjelang Aidiladha
KPKM meminta jabatan dan agensi kerajaan berkaitan kawalan sempadan memperhebat penguatkuasaan serta kawalan di pintu masuk negara bagi menangani kemasukan kambing dan lembu murah menjelang Aidiladha.
Pelaksanaan LRT Pulau Pinang petanda baik bagi sektor pembinaan - Penyelidikan
Bank pelaburan itu mengekalkan saranan 'positif' bagi sektor pembinaan dengan projek itu dijangka memperkukuh kualiti pendapatan.
Gamuda dijangka raih kontrak RM8 hingga RM10 bilion bagi segmen pertama LRT Pulau Pinang
RHB Investment menganggarkan saiz kontrak segmen pertama Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang) yang bakal diraih Gamuda Bhd adalah antara RM8 bilion hingga RM10 bilion.
Kumpulan Gamuda perkasakan inovasi serantau dengan Google Cloud AI
Ia memperkasakan pekerja Gamuda untuk jadi lebih efisien dan inovatif dalam menyampaikan projek kejuruteraan, pembinaan dan infrastruktur awam.
Gamuda Land, Digital Nasional Bhd bekerjasama dorong Pelan Bandar Pintar
MoU berkenaan memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.
Gamuda meterai perjanjian JV bangunkan loji janakuasa hidroelektrik di Sabah
Ia bertujuan membangunkan Loji Janakuasa Hidroelektrik Upper Padas di Tenom, Sabah dengan anggaran kos projek berjumlah RM4 bilion.
Saham Gamuda naik susulan pengambilalihan di Vietnam
Harga saham-saham Gamuda Bhd meningkat pada sesi awal dagangan Jumaat, didorong oleh laporan media mengenai cadangan pengambilalihan tanah kediaman dan komersial oleh Gamuda Land Sdn Bhd di Vietnam.
MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).
ALR capai persefahaman dengan Kesas, Sprint, Litrak berhubung tuntutan waranti - Gamuda
Gamuda berkata Kesas bersetuju menerima tuntutan ALR berkenaan fi tinjauan dan penggantian kenderaan berjumlah RM1.25 juta.
Gamuda sasar projek pembangunan pam hidro di Australia
Pelan RE Gamuda telah melebihi sempadan Malaysia yang menyaksikan Australia sebagai pasaran terpenting dan utama bagi kumpulan itu.
Gamuda peroleh kontrak projek kereta api bawah tanah di Taiwan
Projek yang mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan itu akan dilaksanakan oleh usaha sama 60:40 tidak diperbadankan yang terdiri daripada Gamuda dan AWEC.