KUALA LUMPUR: Pembekal penyelesaian tenaga bersih milik penuh PETRONAS, Gentari Sdn Bhd (GENTARI) terus komited dalam menawarkan dan memacu peralihan tenaga menerusi penyelesaian lebih bersih.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penubuhan GENTARI sejak Jun lalu merupakan langkah positif membangunkan sumber tenaga hijau di dalam dan luar negara pada masa depan.
Beliau berkata, ia juga membantu Malaysia mencapai matlamat negara iaitu pelepasan gas rumah kaca (GHG) bersih sifar pada tahun 2050 seperti digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12.
“Sehubungan itu, pelancaran GENTARI pada malam ini seiring dengan usaha kerajaan ke arah merealisasikan sasaran Dasar Tenaga Negara (DTN) menerusi inisiatif mobiliti hijau, tenaga boleh baharu, serta hidrogen sebagai sumber tenaga utama.
“Ia juga meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa dalam bidang tenaga hijau ke arah mencapai Agenda Pembangunan Mampan 2030,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Rasmi GENTARI Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini pada Khamis.
Sementara itu, Pengerusi GENTARI, Datuk Tengku Muhammad Taufik berkata, syarikat akan memfokuskan usahanya dalam tiga sektor utama, iaitu tenaga boleh diperbaharui, hidrogen bersih dan mobiliti hijau.
“Penyelesaian dalam ketiga-tiga sektor ini juga akan ditawarkan secara bersepadu untuk membolehkan GENTARI memudahkan peralihan kepada tenaga bersih bagi pelanggan dan rakan niaga secara holistik.
“Pada peringkat permulaan, menjelang tahun 2030, GENTARI bercita-cita untuk membina kapasiti tenaga boleh diperbaharui di antara 30-40 GW terutamanya menerusi solar, membekalkan hidrogen sehingga 1.2 juta tan setahun.
“Dan menjadi pembekal penyelesaian mobiliti hijau pilihan dan menyokong ekosistem kenderaan elektrik (EV) dengan menguasai 10 peratus jumlah pasaran melalui pemasangan 25,000 kemudahan pengecasan merentas pasaran utama di Asia Pasifik,” katanya.
Jelas Muhammad Taufik, GENTARI juga akan menawarkan penyelesaian mobiliti hijau kepada penduduk di rantau Asia Pasifik, yang boleh mendatangkan manfaat bukan sahaja kepada pemandu tetapi juga kepada pengguna jalan raya yang lain, misalnya penumpang kenderaan e-hailing yang boleh memilih EV bagi perjalanan mereka.
Pada masa sama, GENTARI baru-baru ini menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU) dengan PETRONAS Refinery and Petrochemical Corporation Sdn Bhd untuk memperkenalkan barisan kenderaan pelepasan sifar yang disokong oleh kemudahan pengecasan EV.
Ia termasuk meneroka potensi kenderaan sel tenaga hidrogen di Kompleks Bersepadu Pengerang, salah satu fasiliti petrokimia bersepadu terbesar di rantau ini. Setakat ini, pemasangan panel solar bumbung 4 MWp telah disempurnakan manakala kerja-kerja pemasangan panel solar atas tanah sebesar 40 MWp di Pengerang sedang dijalankan.
Ehsan A Marisah
Fri Sep 16 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) melancarkan Gentari Sdn Bhd. - Foto GENTARI
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.