Syarikat internet gergasi dunia, Google mengumumkan tarikh untuk pelancaran perkhidmatan penghantaran dron mereka.
Dipanggil sebagai Projek Wing, inisiatif ini bertujuan untuk menghantar barangan kepada pengguna dengan menggunakan dron menjelang tahun 2017.
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Projek Perkhidmatan Penghantaran Google, David Vos.
Menurut laporan BBC, peruncit dalam talian seperti Amazon, Alibaba dan lain-lain juga sedang membuat kajian terhadap perkhidmatan penghantaran dron ini.
“Matlamat kami adalah untuk mempunyai perniagaan komersial menjelang tahun 2017, "kata Vos dalam ucapannya di konvensyen kawalan trafik udara yang diadakan di Washington.
Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai jenis dron yang akan digunakan serta jenis pakej penghantaran tidak didedahkan lagi.
Butiran mengenai Projek Wing muncul pada tahun 2014. Pada mulanya ia dikemukakan oleh Google X, iaitu sebuah makmal eksperimen yang dikendalikan secara berasingan.
Tetapi, ia kini dipercayai berada di bawah kawalan syarikat induk Google, Alphabet.
Difahamkan, kerja awal juga telah dimulakan dengan menguji kepantasan serta keupayaan beberapa dron di Australia.
Laporan awal turut mencadangkan bahawa dron akan digunakan sebagai bantuan bencana untuk menghantar bekalan makanan serta perubatan.
Kohilah Sekaran
Tue Nov 03 2015
Syarikat induk baru Google, Alphabet merancang untuk memulakan perkhidmatan penghantaran barangan menerusi dron kepada pelanggan menjelang tahun 2017.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Hamas keluarkan video dua tebusan Israel
Kumpulan pejuang Hamas mengedarkan video menampilkan dua tahanan Israel yang menyeru kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk memenuhi perjanjian pembebasan mereka.
Israel sedia tangguh serangan ke atas Rafah
Israel bersedia menangguhkan serangan ke Rafah jika perjanjian pembebasan tahanan Hamas tercapai. Menteri Luar Israel, Israel Katz, menegaskan keutamaan pembebasan tahanan.
Restoran nasi kandar dibaling cat, polis kesan tiga lelaki
Cat merah tersebut terkena papan tanda dan pintu hadapan restoran yang mula beroperasi pada Sabtu.
Kawasan Beris Lalang terbakar lagi
Cuaca panas melampau di Kelantan menyebabkan kebakaran ladang dan semak di kawasan Beris Lalang. Penduduk dan pekebun mengalami kerugian
Ringgit dijangka diniaga dalam jajaran kecil
Ringgit Malaysia dijangka berada di sekitar 4.77 berbanding Dolar AS minggu depan, bergantung kepada keputusan FOMC dan data ekonomi AS
Bursa Malaysia dijangka diniagakan dalam jajaran kecil
Analisis terkini menunjukkan Bursa Malaysia berpotensi naik dalam jajaran kecil minggu depan, dengan pandangan positif terhadap kembalinya dana asing. Paras sokongan dan konsolidasi disebutkan.
PM tiba di Riyadh untuk hadiri mesyuarat WEF
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Riyadh bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia. Beliau dijadual terlibat dalam dialog strategik, panel, dan pertemuan bersama pemimpin serantau
Google buang pekerja di Singapura, 190 pekerja terjejas
Pemberhentian pekerja melibatkan individu daripada pelbagai jabatan termasuk jualan, Google Cloud, dan Google Pay antara lain.
Syarikat induk Google umum peletakan jawatan pengerusinya
Menurut satu kenyataan, Schmidt bakal menjadi penasihat teknikal syarikat itu sambil terus berkhidmat dalam lembaga pengarahnya.
Google uji aplikasi kongsi kereta, bakal saingi Uber
Alphabet, pemilik Google menggunakan aplikasi Waze untuk mempertemukan penumpang dengan pemandu yang berkongsi haluan sama.
Google lancar perkhidmatan penghantaran dron menjelang 2017
Dipanggil sebagai Projek Wing, inisiatif ini bertujuan untuk menghantar barangan kepada pengguna dengan menggunakan dron menjelang tahun 2017
5 perkara anda perlu tahu tentang penstrukturan semula Google
Media antarabangsa melaporkan bahawa dengan penubuhan Alphabet, ia boleh fokus kepada pelbagai projek dan mengekalkan Google untuk fokus kepada internet.
Google tubuhkan syarikat induk baharu, Alphabet
Google melalui pengasasnya Larry Page mengumumkan penubuhan syarikat baharu yang akan mengambil alih syarikat gergasi internet itu sepenuhnya, iaitu syarikat Alphabet.