Alphabet, syarikat induk gergasi teknologi Amerika Syarikat iaitu Google, mengumumkan pada Khamis bahawa Eric Schmidt akan meletak jawatan sebagai pengerusi eksekutif lembaga pengarah pada Januari 2018, lapor agensi berita China Xinhua.
Menurut satu kenyataan, Schmidt bakal menjadi penasihat teknikal syarikat itu sambil terus berkhidmat dalam lembaga pengarahnya.
"Selepas sepuluh tahun sebagai CEO dan tujuh tahun sebagai Pengerusi Eksekutif, saya tidak sabar untuk bergelumang dalam bidang sains dan teknologi terkini serta kedermawanan," kata Schmidt menerusi akaun Twitter pada Khamis.
"Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan Larry dan Sergey demi masa depan kami di Alphabet ini," katanya.
"Larry, Sergey, Sundar dan saya percaya bahawa masanya telah tiba untuk evolusi Alphabet dalam peralihan ini. Struktur Alphabet berfungsi dengan baik dan Google serta Other Bets sedang berkembang maju," kata Schmidt dalam satu kenyataan.
Larry Page, CEO Alphabet, memuji Schmidt kerana berusaha sejak beliau menyertai Google pada 2001 dalam menyediakan "kepakaran perniagaan dan kejuruteraan serta visi yang jelas berkaitan masa depan teknologi" kepada syarikat itu.
Alphabet berkata lembaga pengarah akan melantik seorang pengerusi bukan eksekutif yang baharu pada mesyuarat seterusnya dalam bulan Januari.
Google, gergasi carian paling popular di dunia, diasaskan oleh Page dan Sergey Brin pada September 1998.
Pada Oktober 2015, Alphabet menjadi syarikat induk Google, yang mempunyai lebih 70,000 pekerja di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 22 2017
Schmidt (gambar) dipuji kerana usahanya menyediakan "kepakaran perniagaan dan kejuruteraan serta visi yang jelas berkaitan masa depan teknologi" kepada syarikat itu. - Gambar fail
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Negara perlu 6,000 veterinar tampung keperluan industri
Malaysia juga berhasrat untuk memenuhi nisbah seorang doktor haiwan kepada 5,000 penduduk.
Pindaan Garis Panduan Lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah.
Kerajaan proaktif tangani ajaran sesat masuk ke negara ini
Kerajaan sentiasa ambil langkah proaktif sekat penyebaran ajaran sesat ataupun fahaman yang bertentangan dengan akidah umat Islam di negara ini.
AWANI Pagi: Hari sedunia bagi keselamatan & kesihatan di tempat kerja 2024
Memahami kaitan perubahan iklim kepada isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan, yang diangkat sebagai tema Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja tahun ini. Diskusi bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan Awam, Safety Management Academy 7.30 pagi nanti
Jualan kediaman kekal memberangsangkan - TA Global
Kenaikan harga hartanah akibat tekanan inflasi ke atas harga bahan binaan tidak menghalang hasrat rakyat Malaysia untuk memiliki rumah idaman.
Rakyat Israel desak kerajaan bawa pulang tebusan yang tinggal
Ribuan berkumpul di Tel Aviv pada Sabtu malam bagi mendesak kerajaan Israel mencapai perjanjian gencatan senjata dengan Hamas dan membawa pulang tebusan yang tinggal
Google buang pekerja di Singapura, 190 pekerja terjejas
Pemberhentian pekerja melibatkan individu daripada pelbagai jabatan termasuk jualan, Google Cloud, dan Google Pay antara lain.
Syarikat induk Google umum peletakan jawatan pengerusinya
Menurut satu kenyataan, Schmidt bakal menjadi penasihat teknikal syarikat itu sambil terus berkhidmat dalam lembaga pengarahnya.
Google uji aplikasi kongsi kereta, bakal saingi Uber
Alphabet, pemilik Google menggunakan aplikasi Waze untuk mempertemukan penumpang dengan pemandu yang berkongsi haluan sama.
Google lancar perkhidmatan penghantaran dron menjelang 2017
Dipanggil sebagai Projek Wing, inisiatif ini bertujuan untuk menghantar barangan kepada pengguna dengan menggunakan dron menjelang tahun 2017
5 perkara anda perlu tahu tentang penstrukturan semula Google
Media antarabangsa melaporkan bahawa dengan penubuhan Alphabet, ia boleh fokus kepada pelbagai projek dan mengekalkan Google untuk fokus kepada internet.
Google tubuhkan syarikat induk baharu, Alphabet
Google melalui pengasasnya Larry Page mengumumkan penubuhan syarikat baharu yang akan mengambil alih syarikat gergasi internet itu sepenuhnya, iaitu syarikat Alphabet.