awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
MHS sedia kerjasama dengan kerajaan urus rumah ibadat Hindu secara sah
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

India tidak boikot minyak sawit Malaysia

Bernama
Bernama
13/01/2020
21:34 MYT
India tidak boikot minyak sawit Malaysia
Kok menyeru supaya lebih ramai pekebun kecil sawit di Selangor mendapatkan pensijilan MSPO bagi tanaman mereka. - Gambar hiasan
Menteri Industri Utama Teresa Kok menafikan wujudnya usaha pihak di India untuk memboikot minyak sawit keluaran Malaysia.
Sebaliknya kata beliau, menerusi beberapa perbincangan dilakukan, pembeli minyak sawit di negara berkenaan mahu Kerajaan Malaysia meningkatkan eksport minyak sawit mentah (MSM) dan mengurangkan pengeksportan bekalan berkenaan yang telah diproses.
"Mana ada boikot. Mereka cuma minta kita (Malaysia) lebihkan eksport MSM ke sana dan kurangkan minyak yang telah diproses.
"Apa pun, mereka perlu bersedia untuk membayar duti eksport sebanyak lima peratus yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia ke atas MSM," katanya kepada pemberita selepas program taklimat Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) dan sesi dialog bersama penanam sawit Selangor pada Isnin.
Turut hadir, Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC), Chiew Jit Seng.
Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar baru-baru ini mengenai dakwaan ada pihak di India mahu memboikot minyak sawit dari Malaysia.
Dalam pada itu juga, Kok turut menyeru supaya lebih banyak pekebun kecil sawit di Selangor mendapatkan pensijilan MSPO bagi tanaman mereka.
Ini kerana menurutnya, hanya 4.5 peratus daripada 45,000 hektar kawasan tanaman kelapa sawit milik pekebun kecil di negeri ini mempunyai sijil berkenaan dan angkanya disifatkan sebagai amat rendah.
Sementara itu, Ahmad Parveez berkata pihaknya sedang mengeluarkan surat amaran kepada mana-mana kilang memproses buah sawit dan ladang-ladang kelapa sawit yang belum memulakan proses pensijilan MSPO.
"Mulai bulan ini, kita akan keluarkan surat amaran kepada kilang dan ladang (estet) sawit. Jika mereka ingkar, mulai Julai nanti kita akan mula mengenakan kompaun.
"Dan bermula awal tahun depan, jika pihak berkenaan masih lagi tidak melakukan gerak kerja untuk memperoleh MSPO, MPOB tidak akan teragak-agak untuk menggantung atau menarik lesen mereka," katanya.
Sehingga Jumaat lepas, sebanyak 76.3 peratus atau 345 kilang buah sawit di seluruh negara telah memperoleh sijil MSPO manakala sebanyak 3.67 juta hektar daripada 5.85 juta hektar kawasan tanaman sawit mempunyai pensijilan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#boikot
#India
#kerajaan
#lebihkan eksport
#Malaysia
#minyak
#minyak sawit
#minyak sawit mentah
#MSM
#MSPO
#pekebun kecil
#Pensijilan Minyak Sawit Mampan
#pensijilan MSPO
#surat amaran
#Teresa Kok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan