MELAKA: Pemberian insentif RM250,000 di bawah program Pembangunan Usahawan UDA (PPUU) kepada 100 usahawan di Hab Keusahawanan Morten Walk di sini, dijangka dapat membantu melahirkan lebih ramai usahawan berdaya maju di Melaka.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) Datuk Ewon Benedick berkata pembangunan hab tersebut juga merupakan satu langkah proaktif dalam menyediakan fasiliti di lokasi strategik serta kondusif untuk membuka peluang bagi usahawan mengembangkan perniagaan mereka.
"Selain menawarkan ruang niaga di pusat bandar, UDA turut menyediakan insentif dalam bentuk rebat sewa, kos pengurusan atau manfaat fasiliti yang disalurkan kepada 100 usahawan di Hab Keusahawanan Morten Walk ini," katanya kepada pemberita selepas melawat projek pembangunan hab itu di Kampung Morten di sini, semalam.
Dibangunkan di atas tanah berkeluasan 4.13 ekar (1.67 hektar) dengan nilai kos pembangunan RM8 juta, Hab Keusahawanan Morten Walk juga berupaya menjana 1,500 peluang pekerjaan seperti penyewa, pembekal serta kontraktor perkhidmatan.
Kemudahan di pusat tarikan pelancongan seperti Kampung Morten, Melaka River Cruise dan Menara Taming Sari itu dijadual beroperasi pada April ini.
Mengulas selanjutnya, Ewon berkata hab yang menampilkan pelbagai jenis perniagaan seperti makanan, minuman, fesyen, aksesori dan kedai elektronik juga adalah sebuah pusat komersial berkonsepkan moden dan semasa dengan ruang niaga sewaan merangkumi lot berbentuk kabin dan promosi terbuka.
"Hab ini turut dilengkapi satu unit dewan serbaguna yang boleh menempatkan kira-kira 500 orang dan 11 kemudahan tambahan seperti ruang seni dan kebudayaan serta pusat riadah kanak-kanak," katanya.
Sementara itu Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif UDA Datuk Mohd Salem Kailany berkata pihaknya akan mewujudkan tiga lagi Hab Keusahawanan bagi mewujudkan lebih ramai usahawan selain meningkatkan sosioekonomi setempat.
Ini seperti Jejak Warisan atau Heritage Walk, Jalan Sultan Ismail dan Odeon Walk, Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur serta di Kuala Terengganu Golf Resort dengan peruntukan pembangunan bagi setiap hab ini dianggarkan RM10 juta, katanya.
"Hab keusahawanan ini adalah komitmen UDA dalam menyokong hasrat kerajaan untuk memperkasa golongan usahawan. Malah, pelbagai insentif di bawah PPUU seperti Hab Usahawan Malaysia, UDA One Stop Retail Centre atau MARi Mart, UDA Craft Corner KIRANA dan UDA Niaga diharap dapat terus mempergiat aktiviti keusahawanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Feb 26 2023
Ewon (kanan) melawat gerai-gerai kontena yang sudah siap dibangunkan pada sesi lawatan ke Monten Walk dekat Kampung Morten, Melaka, semalam. Turut hadir, Mohd Salem (empat, kanan). --fotoBERNAMA
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Ewon dilantik Pengerusi PH Sabah baharu
Presiden UPKO Datuk Ewon Benedick dilantik sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Sabah menerusi pemilihan dalam Mesyuarat Agung PH Sabah pada Ahad.
Hab PMKS diwujudkan di Sabah, Sarawak tahun depan - KUSKOP
Hab PMKS di Sabah dan Sarawak akan bertindak sebagai platform pusat maklumat sehenti bagi PMKS memperoleh pelbagai maklumat perniagaan.
KUSKOP, QSB berpotensi jalin kerjasama majukan PKS di Sabah - Ewon
Bagi merealisasikan kerjasama, QSB disarankan menjadi syarikat vendor berdaftar dengan KUSKOP.
Kajian pelaksanaan dilakukan bagi teruskan PROTEGE dalam RMK13 - Ewon
Ewon Benedick berkata dapatan daripada kajian mengenai PROTEGE itu adalah penting bagi membolehkan kementeriannya meneruskan program itu dalam RMK13.
Akta Koperasi 1993 akan dipinda - Ewon
Akta Koperasi 1993 akan dipinda melibatkan 96 peruntukan asal dalam akta tersebut yang akan disusun semula dan ditambah baik.
TEKUN Nasional salur pembiayaan RM98.9 juta kepada usahawan Sabah - Ewon
TEKUN Nasional salur pembiayaan sebanyak RM98.9 juta kepada 4,400 usahawan informal dan mikro di Sabah pada tahun ini.
14 daripada 36 pembangunan premis Tamu Desa di Sabah siap sepenuhnya - Ewon
Sebanyak 14 daripada 36 projek Program Pembangunan Premis Tamu Desa di Sabah bagi fasa pertama siap sepenuhnya pada bulan lepas.
21 peratus rakyat Malaysia sertai koperasi tahun lepas - Ewon
Sumbangan gerakan koperasi melalui pengumpulan modal syer dan yuran adalah RM17.45 bilion dan penjanaan aset pula berjumlah RM165.9 bilion.
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal platform PMKS terokai potensi baharu pasaran
Ekspo Pelancongan dan Makanan Halal menjadi platform PMKS menerokai potensi baharu sektor pelancongan dan makanan halal dalam negara.
Semangat merdeka, warga KUSKOP diseru beri perkhidmatan terbaik - Ewon
Warga kementerian seharusnya bersyukur dan merasa bertuah kerana menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia yang berdaulat.