Lebih baik untuk Malaysia Airlines Bhd "berkahwin" dengan AirAsia daripada sewenang-wenangnya membiarkan jenama ikonik itu berkubur, kata wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin hari ini.
Beliau mengambil perhatian bahawa AirAsia pernah "berkahwin" dengan Malaysia Airlines sebelumnya, merujuk kepada perjanjian pertukaran saham mereka pada 8 Ogos, 2011. Perjanjian itu tidak bertahan lama, ditamatkan lapan bulan kemudiannya.
"Apabila perceraian itu berlaku tidak lama kemudian, Malaysia Airlines semakin teruk. AirAsia dilihat terus berada dalam keadaan 'gila talak' kerana diketahui bahawa ia masih berminat dengan Malaysia Airlines," kata Kadir dalam catatan di laman Facebook beliau.
Oleh itu, adalah lebih baik ''berkahwin'' dengan AirAsia daripada sewenang-wenangnya membiarkan jenama itu berkubur, katanya.
"Namun saya faham bahawa terdapat pelamar yang lain. Saya tidak dapat katakan sama ada mereka lelaki sejati atau hanya mat jenin. Apa juga kemungkinan kesnya, rayuan saya adalah jangan biarkan nama Malaysia Airlines berkubur," tegasnya.
Meskipun kerajaan dan pembayar cukai mungkin tidak mampu lagi untuk terus kehilangan wang ke atas Malaysia Airlines, "ini tidak bermakna gulung tikar adalah satu-satu jawapannya," katanya.
BACA: Tawaran perjalanan Malaysia Airlines bermula hari ini
BACA: Beberapa syarikat luar minat beli kepentingan Malaysia Airlines - Daim
Beliau memberi bayangan bahawa syor telah dibuat kepada kerajaan untuk Malaysia Airlines ditutup.
"Saya kata, jangan terlalu cepat. Ini tampak sebagai jalan keluar yang mudah. Saya menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan. Malah mencurigakan," katanya.
Malaysia Airlines, katanya, merupakan nama hebat yang diiktiraf seluruh dunia, dan terdapat banyak jalinan muhibah yang terikat padanya. Ia adalah jenama yang mempunyai "nilai kewangan agak besar", katanya.
BACA: Tun M pertimbang cadangan swastakan Malaysia Airlines
BACA: Nasib Malaysia Airlines: Kerajaan tutup atau jual?
Kadir turut menegaskan bukan sesuatu yang memalukan untuk menjualnya.
"Malah negara kaya seperti Switzerland dan Belanda menjual syarikat penerbangan kebangsaan mereka kepada syarikat penerbangan asing - masing-masing kepada Lufthansa dan Air France.
"Malaysia Airlines telah menjalin perkongsian dengan banyak syarikat penerbangan asing sama ada menerusi usaha sama atau perkongsian kod, yang terbaru adalah dengan Japan Airlines dan Singapore Airlines," katanya.
Bagaimanapun, menutup Malaysia Airlines malah akan mewujudkan duopoli oleh AirAsia dan Malindo Airways, tegasnya.
"Tiada satu daripadanya dapat mengisi kekosongan itu kerana model perniagaan mereka adalah berbeza daripada Malaysia Airlines," kata Kadir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2019
Menurut Kadir, Malaysia Airlines telah menjalin perkongsian dengan banyak syarikat penerbangan asing sama ada menerusi usaha sama atau perkongsian kod. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.
Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.
Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.
Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.
Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya
Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.