KOTA KINABALU:Kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan 'Majlis Penasihat Ekonomi Sabah' (SEAC) yang terdiri daripada pemain industri, ahli akademik dan badan bukan kerajaan (NGO) untuk melengkapkan usahanya dalam pemulihan ekonomi negeri itu.
Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor yang juga Menteri Kewangan Sabah berkata SEAC adalah usaha dibuat secara sukarela oleh anggota dilantik yang telah bersetuju untuk memberikan perkhidmatan mereka kepada negeri tersebut sebagai penasihat.
Beliau berkata idea SEAC dicetuskan ketika kerajaan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil alih pucuk pimpinan.
"Sejak Oktober tahun lalu, majlis penasihat berkenaan tidak membuang masa dengan mengumpulkan kesemua anggotanya untuk mencari jalan penyelesaian untuk memulihkan ekonomi negeri Sabah," katanya selepas kepada pemberita mesyuarat khas SEAC di sini pada Isnin.
SEAC diketuai oleh Tan Sri David Chu Sui Kiong sebagai Pengerusinya manakala Datuk Tan Kim Beng memegang jawatan Setiausaha SEAC.
Hajiji berkata rancangan itu harus dilaksanakan selepas keadaan menjadi stabil pasca-COVID-19.
Sementara itu, beliau mengumumkan tindakan pembangunan negeri Sabah atau Hala Tuju Sabah Maju Jaya (Pelan Pembangunan SMJ 2021-2025) yang kini dalam peringkat akhir dan akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada masa yang terdekat ini.
"Pelan Pembangunan Hala Tuju SMJ akan melibatkan sektor swasta dan di sinilah kita melihat SEAC sebagai antara platform untuk membawa perubahan dan mengubah ekonomi Sabah," katanya.
Beliau juga membincangkan keperluan dan keutamaan Sabah untuk Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) semasa pertemuan dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
"Tujuan pertemuan itu adalah untuk menjalin kerjasama yang lebih besar dan bekerjasama dengan kerajaan persekutuan. Antaranya adalah untuk meningkatkan aliran masuk pelaburan domestik dan asing di Sabah dan khususnya untuk membawa lebih banyak pelaburan baharu ke Sabah.
"Sasaran kami adalah untuk meningkatkan nilai pelaburan yang diluluskan, Sabah mencatat sebanyak RM11.7 bilion untuk suku pertama 2019 dan membuktikan bahawa Sabah akan terus menjadi destinasi pelaburan yang menarik bagi pelabur asing," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 11 2021
HAJIJI: Sejak Oktober lalu, anggota majlis penasihat berkenaan telah bertemu mencari jalan penyelesaian untuk memulihkan ekonomi negeri Sabah. - BERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Kerajaan negeri Sabah tubuh Majlis Penasihat Ekonomi
SEAC adalah usaha dibuat secara sukarela oleh anggota dilantik yang telah bersetuju untuk memberikan perkhidmatan mereka kepada negeri tersebut sebagai penasihat.