KUALA LUMPUR : Keuntungan bersih RHB Bank Berhad (RHB Bank) susut 18.1 peratus kepada RM2.03 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
RHB Bank memaklumkan, penurunan itu adalah disebabkan kerugian pengubahsuaian bersih berikutan pemberian moratorium kepada pelanggan dan kerugian kredit (ECL) lebih tinggi.
Pendapatan turut merosot kepada RM12.59 bilion daripada RM13.53 bilion, sebelumnya.
Namun Pengarah Urusan Kumpulan RHB Banking Group, Datuk Khairussaleh Ramli berkata, pendapatan berasaskan dana bersih lebih tinggi dan pendapatan berasaskan bukan dana membantu mengimbangi pengurangan keuntungan dalam tempoh itu.
"Pendapatan berasaskan dana bersih menyaksikan peningkatan sebanyak 6.3 peratus tahun ke tahun kepada RM5.3 bilion yang didorong oleh pengurusan kos pembiayaan yang proaktif yang turun sebanyak 23.8 peratus tahun ke tahun serta disokong portfolio akaun semasa dan simpanan (CASA) sepanjang tahun 2019 dan 2020," katanya dalam sidang akhbar pengumuman prestasi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020 RHB Bank secara maya, di sini pada Jumaat.
Khairussaleh turut menjelaskan, jumlah aset kumpulan itu meningkat sebanyak 5.3 peratus pada Disember 2019 kepada RM271.1 bilion pada 31 Disember 2020, yang disebabkan peningkatan pinjaman, pembiayaan dan portfolio sekuriti.
Katanya, RHB kekal berhemat dan terus mengadakan peruntukan kecemasan bagi menangani sebarang kesan buruk yang berpotensi ke atas kualiti aset berikutan pandemik COVID-19..
"Hasilnya, ECL meningkat ketara kepada RM1.14 bilion daripada RM275.8 juta manakala nisbah caj kredit tahun penuh bertambah kepada 0.58 peratus berbanding 0.18 peratus yang dicatatkan pada tahun lepas," ujarnya.
Beliau juga menjangkakan tahun 2021 akan terus memberi cabaran ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi impak kepada perjalanan ekonomi negara.
"Di peringkat antarabangsa, kerajaan dan bank pusat bersama-sama mengambil langkah-langkah komprehensif daripada kesan langsung ke atas ekonomi ekoran pandemik," katanya.
Beliau juga memberi jaminan bahawa RHB Bank akan terus menyokong pelanggannya terutamanya daripada golongan B40 menerusi pembayaran bersasar yang dilaksanakan sehingga 30 Jun ini.
"Kami akan bersama-sama pelanggan untuk melalui tempoh yang sukar ini," tambahnya lagi.
Umavathi Ramayah
Fri Feb 26 2021
Khairussaleh Ramli berkata, keuntungan bersih RHB Bank susut 18.1 peratus kepada RM2.03 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. - Gambar fail/Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (07 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
MAG catat untung bersih RM766 juta, kali pertama sejak 2010
MAG kembali untung dengan mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM766 juta pada TK2023, berbanding kerugian bersih sebanyak RM344 juta pada TK2022.
Pendapatan sektor telekomunikasi dijangka menguncup sedikit bagi tahun kewangan 2024
Pendapatan sektor telekomunikasi diunjur menguncup sedikit bagi tahun kewangan 2024 berikutan keuntungan yang lebih rendah dan persaingan sengit dalam pasaran mudah alih.
Untung bersih Malaysia Airports melonjak kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan bersih Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) meningkat kepada RM543.17 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (tahun kewangan 2023) daripada RM187.20 juta pada tahun kewangan 2022 d
Keuntungan bersih Public Bank naik kepada RM6.65 bln bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan Public Bank bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 meningkat kepada RM6.65 bilion daripada RM6.12 bilion setahun lalu.
Keuntungan bersih Maybank meningkat 17.5 peratus kepada RM9.35 bilion pada tahun kewangan 2023
Maybank mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM9.35 bilion, peningkatan 17.5 peratus, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Keuntungan bersih FGV turun kepada RM103 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan perniagaan perladangan sebelum zakat dan cukai merosot daripada RM2.12 bilion kepada RM294.82 juta.
Keuntungan bersih Takaful Malaysia tahun kewangan 2023 naik kepada RM346.91 juta
Perolehan menokok kepada RM3.45 bilion, didorong perolehan lebih tinggi yang diraih oleh perniagaan takaful keluarga dan takaful am.
TM untung bersih RM1.87 bilion pada 2023, melonjak 63.6 peratus
Hasil TM catat peningkatan kepada RM12.26 bilion pada 2023 berbanding RM12.1 tahun sebelumnya, didorong prestasi kukuh Unifi dan TM Global.
Bursa catat positif dalam dagangan awal
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.49 mata kepada 1,545.98 daripada 1,545.49 pada Khamis.
Untung bersih Maxis turun kepada RM993 juta bagi tahun kewangan 2023
Keuntungan bersih Maxis Bhd untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 (TK2023) turun kepada RM993 juta daripada RM1.15 bilion pada TK2022.