DOHA: Hubungan dua hala serta kerjasama ekonomi antara Malaysia dan Qatar dijangka diperkukuh lagi menerusi lawatan rasmi tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Qatar bermula hari ini hingga 29 Mac ini.
Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan berkata telah tersedia beberapa mekanisme bagi mencapai kedua-dua objektif itu, yang pertama dengan penubuhan Kedutaan Malaysia di Doha pada 2004 diikuti penubuhan Jawatankuasa Bersama Perdagangan antara Qatar dan Malaysia pada 2018 serta Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi Malaysia-Qatar pada 2019.
"Mekanisme terkini adalah pertemuan dan perbincangan di peringkat paling tinggi antara Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Amir Qatar Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sendiri pada 29 Mac nanti," katanya kepada media Malaysia di pejabatnya di sini hari ini.
Beliau berkata ketika pertemuan itu nanti, Perdana Menteri dijangka menyampaikan komitmen Malaysia serta mendengar dan mendapatkan maklum balas Qatar untuk meningkatkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara ke tahap yang lebih tinggi.
"Lawatan ini juga penting kerana ada banyak yang perlu dilihat dalam hubungan Malaysia dan Qatar, terutamanya dalam usaha pemulihan pascapandemik.
TIRAI-QATAR 2 DOHA
"Malaysia dan Qatar masing-masing ada strategi untuk mengawal penularan COVID-19. Walaupun jumlah kes masih tinggi, program vaksinasi dan pemberian dos penggalak membolehkan pandemik dikekang.
"Dalam hal ini, Qatar mungkin lebih awal dapat mengawal pandemik tersebut kerana program vaksinasinya yang sangat agresif," katanya.
Penganjuran Forum Doha edisi ke 20 pada 26 dan 27 Mac serta Kongres FIFA ke-72 pada 31 Mac adalah bukti kepada kesediaan dan kejayaan Qatar dalam mengekang penularan COVID-19.
Menurut Zamshari, Malaysia perlu memanfaatkan hubungan dengan Qatar kerana negara ini mencatat pertumbuhan ekonomi antara empat dan lima peratus dengan kadar pendapatan per kapita yang paling tinggi di dunia, di samping pembangunan pesat dalam bidang pembinaan sebagai persediaan menganjurkan pertandingan bola sepak Piala Dunia November ini.
"Qatar mempunyai kekuatan ekonomi untuk kita sama-sama manfaatkan dari segi peluang-peluang pelaburan seperti bidang pembinaan.
"Untuk Piala Dunia sahaja, terdapat satu syarikat Malaysia yang sudah mendapat peluang untuk ubah suai satu daripada stadium yang akan digunakan. Jadi, mungkin ada syarikat-syarikat Malaysia yang boleh cuba teroka bidang lain," katanya.
TIRAI-QATAR 3 (AKHIR) DOHA
Zamshari berkata Qatar adalah rakan dagang penting bagi Malaysia dengan jumlah dagangan antara kedua-dua negara mencapai AS$0.8 bilion pada 2019 namun berkurang kepada AS$0.5 bilion dan AS$0.63 bilion pada 2020 dan 2021 akibat penularan COVID-19.
"Diharap dengan lawatan Perdana Menteri ini, nilai dagang antara kedua-dua negara ini akan kembali ke AS$0.8 bilion atau lebih lagi," katanya.
Semasa lawatan ke Qatar, Perdana Menteri akan turut mengadakan sesi libat urus dengan komuniti perniagaan dan Keluarga Malaysia di Doha.
Delegasi Malaysia akan turut dianggotai Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup dan Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 27 2022
Perdana Menteri dijangka menyampaikan komitmen Malaysia serta mendengar dan mendapatkan maklum balas Qatar untuk meningkatkan hubungan dua hala. - Foto BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.
Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.
Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.
Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.
Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.
MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.
PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.
Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.