MAXIS dan Nokia kini umumkan kerjasama, di mana kedua-dua syarikat akan bersama-sama membangunkan dan memacu ketersambungan rangkaian generasi baharu.

Antara yang akan menjadi fokus hasil kerjasama ini adalah dalam menambah baik sekuriti rangkaian, selain meningkatkan kebergantungan serta kebolehpercayaan terhadap rangkaian.

Maxis menyatakan akan bekerjasama dengan Nokia dalam mengimplementasi pelbagai teknologi baharu yang dibangunkan Nokia pada rangkaian Maxis di Malaysia.

Salah satunya adalah termasuk integrasi perlindungan daripada ancaman komputer biasa, mahupun komputer kuantum.

Di samping itu, kedua-dua pihak turut akan bekerjasama dalam arena pelaksanaan pembangunan rangkaian yang efisien pada persekitaran awanan.

Ini juga dilihat selari dengan permintaan rangkaian yang meningkat dari hari ke hari.

Nokia sendiri menyatakan mereka gembira untuk bekerjasama dengan Maxis dalam terus menambah-baik infrastruktur rangkaian, selain meneroka kepada sejumlah teknologi rangkaian baharu di Malaysia. -Amanz