awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Maybank selaras BR, BLR sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 13 Mei

Bernama
Bernama
11/05/2022
13:08 MYT
Maybank selaras BR, BLR sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 13 Mei
Kadar deposit tetap Maybank dan MaybankIslamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 13 Mei 2022. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 13 Mei 2022, berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, bank itu berkata BR Maybank akan lebih tinggi daripada 1.75 peratus kepada 2.00 peratus manakala BLR akan dilaras daripada 5.40 peratus kepada 5.65 peratus.
"Begitu juga, kadar asas Islam dan kadar pembiayaan asas akan dinaikkansebanyak 25 mata asas daripada 1.75 peratus kepada 2.00 peratus dan daripada 5.40 peratuskepada 5.65 peratus masing-masing," katanya.
BACA: BNM naikkan OPR kepada 2.0 peratus
Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan MaybankIslamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 13 Mei 2022.
Semakan terakhir dalam BR Maybank adalah pada 9 Julai 2020 apabila iadikurangkan daripada 2.00 peratus kepada 1.75 peratus berikutan penurunan OPR dengankuantum yang sama.
Bank Negara Malaysia hari ini meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.00 peratus pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ketiganya tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maybank
#kadar OPR
#Bank Negara
#kesan kenaikan OPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan