KUALA LUMPUR: Malayan Banking Bhd (Maybank) menegaskan bahawa dakwaan yang ia akan menghadapi masalah kewangan besar disebabkan pendedahan kepada Genting Hong Kong adalah sesuatu yang tidak berasas.
Maybank menjelaskan pihaknya tidak mengulas mengenai pendedahan kepada pelanggan atau pelanggan yang didakwa atas obligasi kerahsiaan.
"Kami ingin menekankan bahawa Maybank amat menitikberatkan perakaunan yang ketat berkaitan peruntukan dan susut nilai pinjaman, mengikut keperluan Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa (IFRS) dan Piawaian Pelaporan Kewangan Malaysia (MFRS), dan perakaunan ini juga tertakluk kepada semakan oleh juruaudit luaran kami dan pihak pengawal selia," menurut Maybank dalam kenyataan pada Isnin.
Kenyataan itu bertujuan menjawab pertanyaan Bernama mengenai laporan akhbar baru-baru ini bahawa Maybank merupakan antara tiga bank Malaysia yang akan berdepan masalah kewangan besar susulan pendedahan kepada Genting Hong Kong.
Maybank menambah, pihaknya mengamalkan proses pemantauan kualiti aset yang ketat, di mana peminjam rentan dikenal pasti dan diuruskan sewajarnya daripada bermulanya sebarang potensi kelemahan kualiti aset.
"Justeru, peruntukan pinjaman akan dilaksanakan secara proaktif daripada bermulanya sebarang kelemahan kualiti aset berasaskan penarafan risiko pinjaman dengan bank.
"Oleh yang demikian, Maybank menegaskan bahawa caj kredit bersih semasa kami bagi panduan untuk peruntukan pinjaman adalah kekal tidak berubah dan kami boleh mengesahkan bahawa kedudukan kewangan kami kekal kukuh," jelasnya.
Media melaporkan keuntungan tiga bank Malaysia termasuk Maybank, dijangka terjejas berikutan masalah yang dihadapi pengendali kapal persiaran, Genting Hong Kong -- firma korporat Asia yang amat terkesan ekoran pandemik COVID-19.
Dua bank lain ialah CIMB dan RHB Bank Bhd.
Straits Times Singapura melaporkan ketiga-tiga bank ini merupakan antara beberapa pemiutang tidak bercagar utama bagi Genting Hong Kong, dengan gabungan pendedahan berjumlah US$600 juta (RM2.5 bilion).
Pemfailan pembubaran Genting Hong Kong dibuat seminggu selepas anak syarikatnya bagi pembuatan kapal di Jerman, MV Werften, mengalami situasi ketakmampuan bayar, dan ia merupakan satu perkembangan yang mencetuskan kemungkiran silang bagi pelbagai pengaturan pembiayaan keseluruhan syarikat itu bernilai lebih US$2.7 bilion, lapornya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 24 2022
Maybank menjelaskan pihaknya tidak mengulas mengenai pendedahan kepada pelanggan atau pelanggan yang didakwa atas obligasi kerahsiaan. - Gambar/ Bernama
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.41 mata kepada 1,542.27 daripada 1,539.86 pada Jumaat lepas.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 9 Mac 2024
Justeru itu, orang ramai dinasihatkan untuk melakukan pelbagai urusan perbankan sebelum gangguan berlaku. Pada masa sama pihak Maybank memohon maaf di atas sebarang kesulitan d
Keuntungan bersih Maybank meningkat 17.5 peratus kepada RM9.35 bilion pada tahun kewangan 2023
Maybank mencatatkan keuntungan bersih tinggi sebanyak RM9.35 bilion, peningkatan 17.5 peratus, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Maybank sasar agih kira-kira RM18 bilion untuk pembiayaan PKS tahun ini
Chong berkata, Maybank menggerakkan hampir RM17 bilion dalam pembiayaan PKS tahun lepas.
Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi suram Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.46 mata kepada 1,527.91 daripada paras penutup Selasa 1,531.37.
Maybank umum beberapa perkhidmatan akan tergendala pada 14 Januari
Perkhidmatan seperti laman Maybank2u (web & aplikasi), aplikasi MAE dan Maybank2u Biz tidak boleh diakses sementara di antara jam 3 hingga 6 pagi.
PADU akan bantu kurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini - Maybank IB
Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu usaha untuk mengurangkan subsidi bahan api sebanyak RM6 bilion tahun ini.
Maybank tawar bantuan banjir kepada pelanggan terjejas di seluruh negara
Bantuan banjir ini akan termasuk, antara lain, penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman, pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik.
Maybank mudahkan pemindahan wang rentas sempadan dengan DuitNow Overseas Transfer
DuitNow Overseas Transfer membolehkan pelanggan Maybank kirim wang dengan cepat dan mudah kepada penerima di Singapura dengan hanya menggunakan nombor telefon mudah alih yang berdaftar.
Alvin Lee dilantik CEO Maybank Singapura
Malayan Banking Bhd (Maybank) hari ini mengumumkan pelantikan Alvin Lee Han Eng sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) negara, Maybank Singapore Limited dan CEO Cawangan Maybank Singapura.