KUALA LUMPUR: Sejak mula beroperasi pada Disember 2015, Mara Digital Mall yang pertama diwujudkan di sini menyediakan platform kepada usahawan teknologi maklumat (IT) memasarkan produk mereka kepada pelanggan secara lebih meluas.
Walaupun mengalami pasang surutnya, pusat beli-belah yang terletak di lokasi strategik di bangunan Mara di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu terus menawarkan kemudahan kepada usahawan IT dengan mengenakan kadar sewa pada kadar yang lebih rendah berbanding tempat lain.
Peniaga Azmil Asrop, 34, pemilik Setia IT Solution yang menawarkan khidmat membaiki dan menyelenggara komputer, berkata beliau telah menjalankan perniagaan di situ sejak mula ia dibuka dan bersyukur perniagaannya dapat terus bertahan walaupun ada turun naik dan pasang surutnya.
"Awal empat tahun, jualan baik tapi lepas COVID-19 memang terkesan. Perniagaan setakat ini okay sahaja dan bertahan lebih enam tahun berniaga di sini, saya juga (sudah) ada pelanggan tetap.
"Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan, kami diberi pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan dan sewa di sini (juga) murah berbanding tempat lain. Walaupun ada (sesetengah) orang yang tak tahu kewujudan Mara Digital Mall ini, kami harap pihak pengurusan boleh tingkatkan lagi promosi," katanya.
Dilaporkan inisiatif Mara Digital Mall telah mencatatkan perolehan RM18.4 juta pada November 2016, iaitu selepas setahun ia diwujudkan.
Pengusaha Liman Empire, Noorasyikin Shafie, 24, yang baru sahaja beroperasi enam bulan lepas, bersetuju bahawa lokasinya yang terletak di tingkat tiga telah mengehadkan kedatangan pengunjung ke premisnya berbanding kedudukan kedai di tingkat bawah.
"Jualan tidak begitu teruk dan kami masih mempunyai pelanggan yang datang ke kedai kami tetapi bilangannya tidak ramai, jadi kami ambil inisiatif sendiri, promosikan kedai melalui platform dalam talian seperti Shopee, Lazada, Facebook dan TikTok.
"Kami tidak boleh terlalu bergantung kepada pelanggan yang datang ke kedai, jadi kami perlu gunakan media sosial untuk iklankan produk dan kedai kami, biasanya kami galakkan pelanggan kami untuk datang ke kedai kerana biasanya mereka lebih suka membeli komputer secara fizikal berbanding secara dalam talian," katanya.
Susulan lawatan mengejut Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke pusat beli-belah itu pada Isnin, beliau berkata Majlis Amanah Rakyat (Mara) telah diarah untuk meneruskan projek Mara Digital bagi membuka lebih banyak peluang kepada belia bumiputera menceburi bidang keusahawanan IT.
Beliau berkata beberapa pusat Mara Digital telah ditubuhkan setakat ini iaitu di Shah Alam, Selangor; Kuantan, Pahang dan Ipoh, Perak, manakala lokasi lain yang telah dikenal pasti ialah Larkin, Johor; Kuala Terengganu, Terengganu; Kota Bharu, Kelantan; Kuching, Sarawak dan Kota Kinabalu, Sabah.
Pembukaan Mara Digital sebagai pusat jualan peralatan telekomunikasi dan IT pada 2015 dicetuskan oleh Ismail Sabri yang pada ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Pembukaan Mara Digital sebagai pusat jualan peralatan telekomunikasi dan IT pada 2015 dicetuskan oleh Ismail Sabri yang pada ketika itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. - Bernama
Jumlah mangsa banjir berlindung di PPS di Perak, Johor dan Pahang kekal
Jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak, Johor dan Pahang masih kekal setakat pagi ini.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
KKLW kenal pasti 4 lokasi baharu MARA Digital Mall
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengenal pasti empat lokasi baharu untuk meluaskan rangkaian pusat teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) Bumiputera, MARA Digital ke seluruh negara.
MARA Digital Mall catat jualan RM18.4 juta hingga November lepas
Pusat IT, MARA Digital Mall mencatat jualan berjumlah RM18.4 juta sehingga November lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
MARA Digital Mall diperluas di setiap ibu negeri bermula tahun depan - Ismail Sabri
MARA Digital Mall yang baru beroperasi seminggu di Mara Atrium Busana Mall, Jalan Tuanku Abdul Rahman akan diperluas di setiap ibu negeri seluruh negara bermula tahun depan.
Operasi MARA Digital Mall baru seminggu, bukan pengukur tidak berjaya - Ismail Sabri
Kerajaan menegaskan pengoperasian MARA Digital Mall yang baru seminggu, tidak sepatutnya dijadikan ukuran bahawa pusat pengedaran barangan digital itu tidak berjaya.