RAWANG: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) telah menerima 3,000 tempahan untuk Myvi generasi ketiganya sejak minggu lepas sebelum pelancaran rasmi model itu pada Khamis ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata pengeluaran kereta kompak mampu milik paling laris itu telah dimulakan sejak 9 Nov.
"Penghantaran kereta baharu ke Sabah dan Sarawak juga telah dilakukan sebelum acara pelancaran rasmi pada 18 Nov ini bagi memastikan ia dapat dihantar kepada pelanggan dalam masa yang ditetapkan," katanya pada taklimat media di ibu pejabat Perodua di sini hari ini.
Myvi baharu ini akan dilengkapi dengan teknologi yang dinaik taraf, ciri keselamatan pintar yang dipertingkatkan, ekonomi bahan api yang lebih baik serta berwajah baharu, dengan varian merangkumi 1.5 liter AV (Advance Variant), varian 1.5 liter H, varian 1.5 liter X, serta dua varian 1.3 liter G.
Harga Myvi baharu ini bermula daripada RM45,700 hingga RM58,800 di Semenanjung Malaysia (tanpa insurans).
Menurut Zainal Abidin, syarikat itu memantau dengan teliti stok serta pengeluarannya tetapi tidak dapat mengunjurkan sebarang jumlah sasaran jualan bagi tahun ini susulan gangguan dalam ekosistem dan rantaian bekalannya.
"Katakan kami boleh capai 205,000 buah (kereta), ini sudah cukup baik berdasarkan keadaan semasa dan sebenarnya, jika kami boleh melakukan lebih daripada 200,000 jualan, ia sebenarnya agak positif bagi Perodua," katanya.
Pada Oktober lepas, Perodua berjaya menghasilkan 29,803 unit dan menjual 27,858 kenderaan disebabkan oleh pengeluaran yang lebih baik dan penghantaran pantas kenderaannya kepada pelanggan.
Dari tahun ke tahun, Perodua mencatatkan jualan sebanyak 146,951 unit dari Januari hingga Oktober tahun ini.
Pada awal tahun ini, Perodua menghadapi masalah pengeluaran disebabkan kekurangan bekalan cip, namun syarikat masih mampu menangani gangguan berkenaan untuk memastikan jangkaan pengeluaran pada tahun ini dapat dipenuhi.
"Sehingga akhir tahun ini, berdasarkan perancangan dan unjuran semasa kami, apa sahaja keperluan membabitkan pengeluaran kami akan dipenuhi kerana kami sentiasa berkomunikasi dan berbincang dengan pembekal dan mereka komited untuk membekalkan keperluan kami bagi tahun ini," katanya.
"Tetapi untuk suku pertama tahun depan, kami masih tidak pasti kerana belum mendapat apa-apa komitmen daripada mereka (pembekal) tetapi kami akan cuba yang terbaik dan berharap keadaan akan pulih," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 17 2021
Harga Myvi baharu ini bermula daripada RM45,700 hingga RM58,800 di Semenanjung Malaysia (tanpa insurans). - Foto BERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Wanita berdepan detik cemas Myvi dihanyut arus deras
Dalam rakaman itu, seorang wanita dipercayai pemandu kereta berpaut pada Perodua Myvi berwarna kelabu yang dihanyutkan arus deras.
Terlelap sejenak, 'King' rempuh lima kenderaan
Siasatan awal mendapati pemandu kereta Perodua Myvi berusia 34 tahun itu dalam perjalanan dari Jalan TTDI Groove 1/1 menghala ke rumahnya di Taman Jelok Indah selepas membuat kerja penghantaran barang
Lelaki maut nahas Myvi-lori balak di Temerloh
Seorang mangsa yang mengalami kecederaan berjaya keluar sendiri dari kereta Myvi.
Banjir: Bomba lancar SAR cari mangsa terbabas, terperangkap dalam kereta
Setakat 2 petang tadi, kerja-kerja pencarian masih diteruskan di kawasan Felda Nitar 2, yang juga lokasi mangsa dipercayai terbabas ke tebing jalan.
5 maut dalam kemalangan libatkan dua kenderaan di Kluang
Lima termasuk dua kanak-kanak maut dalam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan di Batu 13, kawasan Kahang, Jalan Mersing, petang tadi.
Myvi rempuh pasar raya di Manjung
Pemandu berusia 75 tahun itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.
Polis cari lelaki ludah kereta Myvi
Polis telah merakam keterangan wanita berusia 26 tahun itu selepas dia membuat laporan pada jam 2.30 petang Rabu.
Polis buru pemandu Myvi berlagak samseng
Polis sedang mengesan seorang lelaki memandu kereta jenis Perodua Myvi secara berbahaya dan berlagak samseng.
Perodua Myvi terbabas, musnah terbakar
Seorang pemandu wanita menempuh detik cemas apabila kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas di Lebuhraya Sultan Abdul Halim.
Jualan kenderaan UMW Holdings merosot kepada 32,600 unit pada April
Pada April, momentum jualan yang kukuh berterusan apabila UMW Toyota Motor mencatatkan jualan yang bertambah baik.