KUALA LUMPUR: Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) komited sepenuhnya kepada pematuhan berkaitan dengan isu buruh dan berusaha menjadi antara industri pertama di rantau ini menjadikan pematuhan sosial sebagai ciri-ciri jualan uniknya.
Presiden MARGMA Dr Supramaniam Shamugan berkata persatuan itu telah menerajui usaha tersebut sejak 2018 apabila ia mendukung dasar sifar hutang.
Ia juga memulakan langkah pemulihan yang dijalankan oleh setiap ahlinya bagi memisahkan mereka daripada stigma buruh paksa, menggunakan 11 petunjuk Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berkaitan buruh paksa sebagai prinsip panduan, katanya.
"Industri ini sememangnya sedang bergerak menuju ke arah hala tuju yang betul dan sudah pastinya akan menjadi industri model untuk dicontohi dalam tadbir urus tenaga kerja yang saksama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Supramaniam berkata MARGMA berhasrat untuk bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS).
Bagi tujuan itu, katanya, MARGMA telah bertemu dengan CBP untuk mengadakan perbincangan baru-baru ini.
Beliau berkata MARGMA telah membentuk unit alam sekitar, sosial dan tadbir urus serta pasukan petugas khas untuk mendidik serta menyedarkan secara aktif ahli-ahli dan pekerja mereka mengenai 11 petunjuk ILO berkaitan buruh paksa.
"Usaha aktif ini dilakukan menerusi perkongsian dengan ILO, Amerika Syarikat, United Kingdom, kedutaan/suruhanjaya tinggi Kesatuan Eropah di Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 04 2022
MARGMA telah bertemu dengan CBP untuk mengadakan perbincangan baru-baru ini. - Gambar hiasan/ Reuters
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Permintaan, harga untuk sarung tangan getah perubatan, pembedahan dijangka meningkat - Pakar
Permintaan untuk sarung tangan getah perubatan dan pembedahan meningkat pada bulan lepas walaupun situasi lebihan bekalan yang berterusan dan dijangka mencapai keseimbangan menjelang 2025.
KPK, MARGMA bincang langkah-langkah tangani isu industri sarung tangan getah - Johari
Johari berkata industri sarung tangan getah Malaysia kini beroperasi dalam persekitaran eksport yang agak mencabar.
Malaysia terajui pengeluaran inovatif sarung tangan getah - MARGMA
Negara mengeluarkan kira-kira 259 bilion unit sarung tangan yang dibekalkan ke 195 negara.
KPPK optimis Malaysia mampu capai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bln tahun ini
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) optimis Malaysia mampu mencapai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bilion pada tahun ini susulan terdapat peningkatan dalam budaya kebersih
Persatuan pengeluar sarung tangan getah komited sepenuhnya pematuhan isu buruh
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) komited sepenuhnya kepada pematuhan berkaitan dengan isu buruh.
Pekerja menganggur perlu timbang bekerja di industri perladangan
Ini berikutan permintaan tinggi, terutamanya terhadap sarung tangan getah, ketika dunia memerangi pandemik COVID-19.
Majikan wajar bertanggungjawab bayar levi pekerja asing - Cuepacs
Cuepacs menyambut baik keputusan kerajaan yang mensyaratkan majikan membayar levi pekerja asing berkuat kuasa 1 Jan lepas.