awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas, syarikat tenaga global pertama hasilkan LNG daripada dua kemudahan terapung

Bernama
Bernama
25/03/2021
15:40 MYT
Petronas, syarikat tenaga global pertama hasilkan LNG daripada dua kemudahan terapung
Kargo tersebut dimuatkan ke dalam kapal pengangkut LNG Seri Camar yang dikendalikan oleh MISC Bhd untuk penghantaran kepada Pembeli LNG Petronas di Thailand. - Gambar/ Facebook @Petronas
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjadi syarikat tenaga global yang pertama mengeluarkan gas asli cecair (LNG) daripada dua kemudahan terapung berikutan penghantaran kargo pertama oleh Petronas Floating LNG DUA (PFLNG DUA) pada 24 Mac, 2021.
Kargo tersebut dimuatkan ke dalam kapal pengangkut LNG Seri Camar yang dikendalikan oleh MISC Bhd untuk penghantaran kepada Pembeli LNG Petronas di Thailand, katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Petronas berkata PFLNG DUA, kini terletak di lapangan gas Blok H Rotan, 140 kilometer di luar pesisir Sabah, mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 1.5 juta tan LNG setahun dan beroperasi pada kedalaman air 1,300 meter.
Katanya pencapaian ini mengesahkan usaha berterusan Petronas untuk membuka lapangan gas laut dalam dan terdampar dengan penyelesaian LNG terapung (FLNG) yang lebih mampan dan menjimatkan berbanding penyelesaian konvensional.
"Petronas berbangga dengan pencapaian ini daripada kemudahan LNG terapung kedua kami. Kargo pertama PFLNG DUA menunjukkan komitmen kami untuk meneruskan usaha perintis kami dalam menyediakan penyelesaian yang lebih mampan untuk memanfaatkan lagi nilai daripada pengeluaran LNG melalui kemajuan teknologi.
"Begitu juga dengan kemudahan terapung utama kami, mobiliti PFLNG DUA akan membolehkan kami membuka lebih banyak lapangan gas yang terpencil dan terdampar pada masa depan, menyediakan Petronas dengan sumber LNG yang baharu dan mampan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap tenaga bersih," kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
Petronas berkata dengan penghantaran kargo pertama PFLNG DUA, Petronas terus memperluas kepimpinannya dalam teknologi FLNG, selepas memperkenalkan PFLNG SATU, LNG terapung operasi pertama di dunia, pada 2016.
PFLNG SATU turut menyelesaikan penempatan semula FLNG yang pertama di dunia apabila ia dipindahkan ke lapangan gas Kebabangan, Sabah dari lapangan gas Kanowit di Sarawak pada Mac 2019.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#Petroliam Nasional Bhd
#LNG
#kemudahan terapung
#syarikat global pertama
#gas asli cecair
#Petronas Floating LNG DUA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan