KUALA LUMPUR: Petronas merekodkan prestasi yang kukuh bagi separuh pertama 2022 dalam ketidaktentuan pasaran tenaga yang berterusan dan peralihan tenaga yang dipercepatkan.
Prestasi memberangsangkan ini terutamanya disebabkan oleh kenaikan harga minyak dan gas kesan daripada jurang bekalan yang melebar dan kapasiti sistem yang semakin berkurangan, yang terus menyokong keperluan daya tahan operasi mampan pada masa akan datang.
Dalam meneruskan pertumbuhan, kumpulan kekal fokus kepada hasrat untuk menyediakan tenaga yang terjamin, mudah diakses dan lestari kepada pelanggan di Malaysia dan merentasi seluruh dunia.
Ini menyaksikan pada tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2022, Petronas merekodkan pendapatan sebanyak RM172.1 bilion, berbanding RM109.6 bilion bagi tempoh sama tahun sebelumnya, khususnya disebabkan oleh kesan harga yang lebih baik untuk produk utama selari dengan harga penanda aras yang lebih tinggi.
Keuntungan selepas cukai (PAT) melonjak 146% kepada RM46.4 bilion, berbanding RM18.8 bilion sebelum ini, seiring dengan pendapatan yang lebih tinggi berikutan trend peningkatan harga yang sebahagiannya diimbangi oleh kos produk dan cukai yang lebih tinggi.
Perbelanjaan modal (capex) berjumlah RM18.9 bilion, disumbangkan terutamanya oleh projek huluan.
Keseluruhan capex yang dibelanjakan sepanjang suku berkenaan mencerminkan jumlah aktiviti yang kembali ke tahap sebelum pandemik.
Bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2022, kumpulan merekodkan pendapatan lebih tinggi sebanyak RM93.3 bilion, berbanding RM57.1 bilion pada suku sama tahun lalu yang sebahagian besarnya disebabkan oleh impak harga yang menggalakkan untuk semua produk dan kadar pertukaran yang lebih baik.
PAT pula meningkat kepada RM23 bilion berbanding RM9.6 bilion pada suku sama tahun lalu sejajar dengan pendapatan lebih tinggi yang sebahagiannya diimbangi oleh kos produk dan cukai yang lebih tinggi.
Mengulas mengenai prestasi kewangan Petronas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Tengku Muhammad Taufik dalam kenyataan pada Selasa berkata, prestasi kukuh pada separuh pertama 2022 menunjukkan komitmen kumpulan untuk melaksanakan semua langkah yang perlu supaya kekal berdaya tahan.
Katanya, ia selari dengan hala tuju syarikat ke arah mengekalkan kecemerlangan komersial dan operasi dalam semua operasi perniagaan, meskipun berdepan dengan persekitaran global yang tidak menentu.
“Memandang ke hadapan, sejajar dengan strategi pertumbuhan tiga serampang kami dan aspirasi Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE) menjelang 2050, Petronas kekal tegas dalam memastikan tenaga terus dihasilkan dan dibekalkan secara bertanggungjawab dan lestari.
“Kumpulan kekal komited dalam mencipta nilai untuk menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia. Ini termasuklah, menyokong daya tahan ekosistem minyak dan gas tempatan serta memupuk perkongsian erat ke arah mengekalkan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan terus berkembang maju," katanya.
Bagi separuh pertama 2022, Petronas menyumbang kira-kira RM300 juta untuk usaha pembangunan Kelestarian Nasional serta Kesejahteraan dan Pembangunan Komuniti, yang memanfaatkan 500,000 penerima di seluruh dunia.
Pelaburan itu bagi mewujudkan hubungan positif bersama komuniti di mana syarikat beroperasi dengan melindungi alam sekitar dan menambah nilai kepada kesejahteraan pekerja, rakan kongsi dan masyarakat.
Namun, menurut Tengku Muhammad Taufik, ketegangan geopolitik yang berpanjangan, ketidakseimbangan bekalan-permintaan tenaga dan risiko kelembapan global terus mengancam pemulihan ekonomi pasca pandemik.
"Dalam hal ini, Petronas kekal teguh dalam mengukuhkan portfolio terasnya di samping meneruskan strategi pertumbuhan dan agenda kelestariannya pada kadar pesat dan berdaya tahan," jelas beliau. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Aug 31 2022
Petronas kekal fokus kepada hasrat untuk menyediakan tenaga yang terjamin, mudah diakses dan lestari. -Facebook Petronas
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan pelan tindakan pendidikan & penghargaan Rukun Negara
Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengkaji keperluan untuk melancarkan Pelan Tindakan Pendidikan & Penghargaan Rukun Negara sejajar dengan Dasar Perpaduan Negara 2021-2030.
Akta pekerjaan bagi lindungi pekerja OKU/Autistik diperlukan
Beatrice yang juga merupakan individu autistik berkata, bagi mengadakan akta atau menggubal dasar berkaitan, kerajaan perlu libatkan lebih banyak golongan autistik sebagai pemegang taruh utama.
Mesyuarat FOMC: The Fed dijangka kekalkan kadar faedah Mei 2024
Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ia selepas unjuran awal beberapa pakar ekonomi melihat The Fed masih belum cukup yakin dengan usaha menurunkan kadar inflasi di negara itu.
Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino
Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.
Lewis Hamilton buat kejutan muncul di SMK Seri Keramat
Penampilan khas Lewis Hamilton di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Keramat berjaya menarik perhatian netizen.
Pendapatan 2023 Petronas turun kepada RM343.6 bilion, seiring syarikat O&G global
Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas mencatatkan prestasi yang berdaya tahan bagi tahun 2023, biarpun dalam persekitaran yang tidak menentu.
Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.
Kami akan teruskan legasi Tun Taib Mahmud - Premier Sarawak
Allahyarham telah memberi sumbangan yang amat besar, malah beliau merupakan seorang daripada arkitek dalam penubuhan Petronas.
Cadangan loji jana kuasa di Labuan masih di peringkat awal - Petronas
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu di Labuan masih di peringkat awal.
Tiada perbincangan kembali anjur F1 di Malaysia - Petronas
Petroliam Nasional Bhd atau PETRONAS menafikan sebarang perbincangan untuk menganjurkan semula Formula 1 (F1) di Malaysia.
Polis tumpas sindiket seleweng diesel Petronas, 27 ditahan
Polis berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan diesel Petronas melibatkan pembekalan kepada kapal-kapal marin yang beroperasi dengan syarikat minyak dan gas negara itu.
Pelbagai peluang pelaburan hijau dijangka dapat diwujudkan di Malaysia - PM Anwar
Pelbagai peluang pelaburan hijau dan teknologi baharu dijangka dapat diwujudkan di Malaysia susulan komitmen tinggi diberikan kerajaan dalam usaha peralihan tenaga.
Pahang terima sumbangan pakej prihatin Yayasan Petronas
Kerajaan Negeri Pahang menerima sumbangan pakej prihatin berjumlah RM450,000 daripada Yayasan Petronas untuk diagihkan kepada mangsa banjir.