Malaysia sudah pasti menyambut baik penyertaan China dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) memandangkan pakatan terbesar dunia itu sewajarnya terangkum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
"Persetujuan semua anggota TPPA ialah supaya perjanjian ini menjadi blok Perjanjian Perdagangan Bebas Asia Pasifik, yang meliputi semua ekonomi APEC, termasuk China.
"Sebagai rakan dagang paling penting kami, Malaysia sudah semestinya menyambut baik China sebagai anggota TPPA," kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan yang diajukan Bernama sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 2015 serta mesyuarat-mesyuarat berkaitan yang bermula Sabtu ini.
Sejumlah 12 negara terlibat dalam TPPA -- Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam, memuktamadkan rundingan di Atlanta bulan lepas.
China bagaimanapun bukan sebahagian daripada TPPA.
Najib mengulas soalan mengenai sama ada TPPA semata-mata bertujuan memberi manfaat kepada Amerika Syarikat untuk berhadapan kuasa besar ekonomi, China.
"Kami mahu TPPA terangkum sepenuhnya, oleh itu kami akan terus menyokong kemasukan anggota baharu.
"Lebih banyak pasaran untuk barangan dan perkhidmatan dan membangunkan rangkaian bekalan dunia merupakan kedudukan sama sama menang untuk semua pihak yang terlibat - yang termasuk China jika mereka memutuskan untuk turut serta," kata Najib.
Anggota TPPA bertemu di Manila baru-baru ini di luar Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Ditanya sama ada TPPA akan menjadikan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang termasuk China, sebagai bertindih, Perdana Menteri berkata perjanjian itu akan melengkapkan antara satu sama lain.
RCEP merupakan antara perjanjian perdagangan utama yang sedang dirundingkan oleh ASEAN dan rakan dagang bebasnya.
Dengan kesemua 10 anggota ASEAN dan rakan FTAnya, Australia, China, India, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand terlibat, ia menyumbang hampir 30 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) dunia.
"Tidak berlaku pertindihan atau percanggahan antara TPPA dan RCEP. Kedua-duanya kaedah untuk meningkatkan lagi liberalisasi perdagangan, dan atas sebab itulah Malaysia menyokong penuh kedua-duanya," kata Najib.
Perdana Menteri juga berkata 'terdapat aturan pelengkap yang akan menyumbang kepada matlamat yang lebih luas dalam penyepaduan serantau di Asia Pasifik.
"RCEP juga dijangkakan melengkapkan usaha ASEAN untuk menjadi asas pengelauran tunggal, sekali gus memastikan Malaysia terus menjadi tumpuan pelabur asing.
"Ada sebab untuk kita untuk terus memberi penekanan saksama kepada kedua-duanya," kata Najib.
Bernama
Thu Nov 19 2015
"Kami mahu TPPA terangkum sepenuhnya, oleh itu kami akan terus menyokong kemasukan anggota baharu." Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden China, Xi Jinping (kanan) di Sidang Kemuncak APEC di Manila. Foto Bernama
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
9 maut dalam kebakaran gudang di timur China
Sembilan individu yang sebelum ini dilaporkan hilang dalam kebakaran yang berlaku di sebuah gudang sejuk beku yang sedang dalam pembinaan di wilayah Shandong, timur China telah ditemukan maut.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump lantik bekas Senator David Perdue sebagai Duta AS ke China
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump pada Khamis mengumumkan pelantikan bekas Senator David Perdue sebagai duta Amerika Syarikat ke China.
Jumlah pengguna produk AI generatif di China cecah 230 juta
Jumlah pengguna produk kecerdasan buatan (AI) generatif di China mencecah 230 juta pada Jun 2024, mencerminkan penggunaan meluas teknologi berkenaan dalam pelbagai industri di negara itu.
Beijing catat penurunan kes HIV baharu
Beijing mencatatkan penurunan membabitkan kes HIV/AIDS baharu sepanjang 10 bulan pertama 2024, menurut pihak berkuasa kesihatan perbandaran pada Ahad.
Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN komited selesai isu Laut China Selatan
Malaysia komited untuk menyelesaikan sebarang isu berkaitan Laut China Selatan secara konstruktif dengan menggunakan forum dan saluran diplomatik yang sesuai sebagai Pengerusi ASEAN tahun hadapan.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
China akan kuatkuasakan tindakan lebih tegas terhadap penipuan telekomunikasi
Garis panduan ini bertujuan untuk memperkuat penguatkuasaan undang-undang antipenipuan telekomunikasi dan dalam talian negara.
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Sabah catat lebih 2.4 juta pelancong sembilan bulan pertama tahun ini
Sabah mencatatkan 2.41 juta ketibaan pelancong dari dalam dan luar negara bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini dengan pelancong teramai dari China iaitu 39 peratus daripada jumlah berkenaan.